As-Salam.
Kenal tak dengan Dr. Azizan? Dia dikatakan dan dilabel sebagai seorang jurulatih kejayaan nombor satu di Malaysia. Dia berjaya dalam bidangnya, pernah mengetuai pasukan pemasaran yang berjaya, dia ada perniagaan yang pelbagai yang membawa keuntungan jutaan ringgit. Perniagaan berjaya, kaedah pemasarannya berjaya, dan dia seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu untuk menjadi sepertinya yang telah berjaya.


Dia ada pengalaman sendiri. Dan dari pengalaman itu, dia kini latih orang lain untuk berjaya sepertinya.

HH teringin jadi seperti Dr Azizan. Berkongsi dan memberi sesuatu dari pengalaman. Tak hebat tapi kerana pengalaman yang ada itu, bukan semua orang ada, maka tidak salah untuk dikongsi dengan orang lain, agar kesilapan yang HH telah lakukan sebelum ini orang lain, terutama blogger tak buat.

Pimpin baru menjadi blogger berjaya, lebih berjaya dari HH, dah cukup bermakna dah. Nak jadi cikgu, HH tak reti ... sebab HH suka rotan orang ... hahahaha....  Tapi, mana-mana pengalaman HH untuk cuba menjadi seorang blogger yang berjaya, akan HH kongsikan kepada yang lain, terutama mereka - blogger baru yang punyai niat untuk meraih kejayaan sendiri dalam dunia blog ini.

Kerana itulah, blog ini - yang memuatkan topik Panduan Menulis Blog cuba berikan.

Tak terkenal, tak masyuk tak mengapa, asalkan ilmu yang sedikit ini diguna-pakai oleh orang lain, alhamdulillah. Terasa tiada sesalan buat blog ini untuk anda semua.

Semoga anda semua lebih berjaya dari HH dalam dunia blog.

Kredit Gambar: Kerabu Bersuara

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sama-samalah kita berkongsi ilmu ya :)

    BalasPadam
  2. Semoga terus berjaya bro. Asal tak letak link ke label Panduan Menulis Blog tu? Kadang2, ada gak yang malas nak cari walau kat tepi saja butang nak klik. Lol. Memudahkan.

    BalasPadam
  3. betul..Dr.azizan amat berkaliber dalam kerjaya dan juga bagi ilmu kpd yg memerlukan :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement