As-Salam.
Sesetengah dari kita beranggapan bahawa sesebuah blog boleh menjana pendapatan dengan mudah, asalkan ada blog dan ada entri. Sebenarnya, ia adalah perkara sebaliknya. Ia tidak semudah yang disangka ramai.


Ramai yang beliak mata apabila ada blogger yang menjana pendapatan daripada blog beratus ringgit sebulan, apatah lagi andai beribu ringgit sebulan.

Pencapaian seperti itu boleh dilaksanakan, ia tidak mustahil, cumanya perlu kerja keras. Bagi HH, jangan terlalu memikirkan soal duit ..duit ..duit dan duit apabila membuat blog. Walaupun anda memang buat blog untuk bisnes perniagaan anda.

Bagi mereka yang anggap buat blog boleh buat duit dengan mudah, sila lempar jauh2 pandangan dan tanggapan tersebut. 

Jangan jadi hamba duit sehingga blog anda menjadi hanya satu blog memaparkan perkara-perkara berkaitan duit semata - maksud HH, hanya iklan ...iklan dan iklan atau hanya produk nak dijual sahaja.

Cubalah, buat blog yang setidak-tidaknya berikan sedikit informasi yang baik, contohnya andai jual tudung, ceritakan tentang asal usul tudung, mengapa kena pakai tudung dan sebagainya. Atau contohnya lagi, andai jual coklat, ceritakan asal usul coklat, jenis-jenis coklat, kandungan nutrisi dan sebagainya, sebagai salah satu isi penting di dalam blog niaga anda.

Pastikan dulu blog anda itu punyai apa yang perlu agar ia boleh memanfaatkan orang lain, dan insyaAllah, satu hari nanti ... manfaat yang telah anda berikan, pasti akan diberikan ganjaran sepatutnya.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement