Jika anda tidak ada minat, jangan buat! Begitu juga dalam berblogging. Jika sekadar suka-suka kerana melihat orang lain ada blog, dan anda pun nak ada blog .... blog anda tak kemana. Tapi, alasan ini hanya boleh dipakai jika anda ingin blog anda dikenali dan ramai pembaca. Kalau anda inginkan blog anda punyai ramai pengikut, mahu dilihat oleh ramai blogger, mahu pendapat anda didengari satu dunia ... maka tanamkan minat mendalam dalam dunia blog.
Ada banyak sebab orang suka berblogging. Antaranya, nak berkongsi ilmu dan pengalaman hidup. Ada lak kerana ia adalah salah satu cara untuk dia promosikan bisnes dia secara online. Ada lak kerana blog adalah tempat dia mencari kawan. Ramai lak yang menjadikan blog sebagai satu catatan harian yang menggantikan diari. Terserah. Walau apa pun alasan .... semuanya mesti ada minat. Bila anda minat, anda akan buat yang terbaik. Bila terbaik .... anda suka .. orang lain pun akan suka. Bila dah suka ... blog anda akan ada follower sendiri, dan tak perlu susah payah, orang lain akan promote blog anda.
Betul. Banyak blog yang ada ramai pengunjung, yang ada ramai followers, yang dibaca setiap hari oleh bloggers lain adalah blog-blog yang ditulis oleh mereka yang minat untuk berblog. Penulisan mereka pun tampak menarik walhal ianya hanya kisah jiran mereka yang tercekik tulang!
Jadi, sebelum anda nak berblog. Tanya diri anda - adakah anda berminat nak berblog? Tujuan anda berblog? Dah clear benda-benda tu ... anda lihat pula apa target anda ... sebab dalam apa bentuk kerja yang kita buat, perlu ada tujuan dan target atau misi serta visi. Kalau tidak ..... ianya hanya akan menjadi sampah sahaja, ibarat kita makan nasi lemak bungkus. Tengok nasi lemak cantik dan kemas berbungkus, isinya sedap ... memang nasi lemak terbaek ... dah habis makan ....pembungkus dibuang! Kan dah jadi sampah.
Jadilah seperti kari ... makin lama disimpan .. makin sedap, ada kuah ... simpan dalm peti ais, esok nak pakai panaskan .. letak isi balik ... dan terus sedap dan sedap. Walaupun kari tu dimasak 3 hari lepas.... asyik diperhangat, dan kuah menjadi makin pekat, ia jadi makin sedap. Kalau tak dimakan dengan nasi, dijadi cicah untuk roti canai. :)
nice tip.. betul tuh.
ReplyDeletehee..sokong2..semua benda yang kita buat tu kena de minat..baru puashati..:))
ReplyDeleteroti cicah kari..alamak..tiba2 lapar lak even dah breakfast jap td..huu~
uban oh uban ku..
tepat sekali!
ReplyDeleteApa-apa pun dalam hidup ini kalau kita nak lakukan sesuatu mestilah berasaskan minat. Sama jugak macam belajar. Belajar something yang kita minat. Confirm kita akan enjoy! =)
ReplyDeletethanks untuk tips =) bab kari tu yg paling best..
ramai bloging sbb duit :)
ReplyDeletekecur liur dgr roti cicah kari..hehe..anyway thanks sebab mengingatkan kami semua.
ReplyDeleteseronok berblog...banyak benda kita tahu...benda yang baik je
ReplyDeleteermmm
ReplyDeletealamak sy lain arrr...
sy sgt suka membaca..masa terluang ketika di hadapan pc
kompom membaca blog2 yg menarik..n komen hehehe
tapi...xda minat la menulis2 hihihi
so iam reader not blogger
erkkkk
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.