As-Salam.
Ini cara lama, trafik perlu power, dan kemudian barulah blog anda dikenali ramai. Ia merupakan satu fundamental buat mana-mana laman web, termasuklah blog. Apabila trafik meningkat, barulah orang lain, pengunjung baru perasan akan kehadiran blog anda.

Jadi, mungkin ada yang naik hairan, ada blog yang nampak macam popular sebab ada ramai followers, tetapi trafiknya (berdasarkan pageviews) tidaklah sehebat mana. Dan ada juga yang pelik, ada blog, yang followers di blognya alahai.... jauh dari sesetengah blog yang ada puluh ribu followers ... tapi pageviews dia ... perghh main juta2 seminggu! 

Ini dinamakan sebagai asam rencah dunia blogger Malaysia. Ada yang bijak guna SEO, maka ... tak perlu ada ramai followers, mereka akan mudah diteroka dari laman enjin carian. Ada kala, orang akan klik dengan capaian carian yang ada, tapi belum tentu akan kekal di blog tersebut. Maka, dengan mudah dapat satu trafik hanya dengan guna kata kunci atau keyword yang menarik.

Ada pula blog, yang beriya mengumpul followers, sampaikan nak baca blog dia pun kena klik jadi followers dulu baru leh baca .... :P .... followers gini bagai dipaksa untuk setia dan jadi pembaca, maka alamatnya ... tiada mungkin trafik tinggi sebab mereka hanya singgah sekali sahaja.

Maka, dalam dunia blog ini .... segalanya tidak ikut aturan seperti sepatutnya ... tidak lagi macam dahulu. Mungkin kerana itulah tidak lama lagi pihak Google atau Blogspot akan memansuhkan Google Friends Connect - atau followers dalam blog .... :)

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. :) nice.....susah juga nak kekalkan traffik ni...

    yang penting happy bila berblogging ni

    BalasPadam
  2. BEST JGK ENTRI NIH! thanks share (^__^)

    BalasPadam
  3. Yup..amacam saya..memang susah nak kekalkan trafik 10k sehari..bila masuk Sabtu dan Ahad lagilah susah nak tarik pembaca..

    BalasPadam
  4. LAGI TIPS Di sini..tumpang share yer HH

    Edisi Tips! Bagaimana Tajuk Artikel dan SEO Mempengaruhi Enjin Carian Google?

    http://informations-the.blogspot.com/2012/03/edisi-tips-bagaimana-tajuk-artikel-dan.html

    BalasPadam
  5. Oo, begitu.

    Susah juga sebenarnya nak tarik trafik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement