As-Salam.
Ramai di kalangan blogger adalah merupakan surirumah, mereka kini lebih banyak meluangkan masa di depan pc dari dok bersembang di tepian tembok dengan jiran sebelah. Surirumah, duduk di rumah bukan bermakna mereka cetek pengetahuan dan kering dengan idea untuk menulis blog. Sebaliknya, ada banyak perkara yang boleh dikongsikan oleh blogger yang merupakan surirumah sepenuh masa.

8 Idea Menulis Entri Blog Untuk Surirumah
  1. Menulis dan memberi petua mengenai masakan. Tentu ada petua yang kadangkala kecil je tapi praktikal untuk digunakan oleh semua.
  2. Meluahkan permasalahan anak-anak dan cadangan mengatasi. Kadangkala ada pengalaman yang sedikit luar biasa dengan anak-anak yang boleh dikongsikan, dan mungkin diberikan cara penyelesaian masalah anak-anak itu, contohnya tips hilangkan ruam lampin, petua untuk hilangkan kutu di kepala anak dan sebagainya.
  3. Menulis dan memberikan petua mengenai kerja rumah seharian. Contohnya apabila anda mop lantai, tentu ada tips dan petua tertentu yang boleh dikongsikan.
  4. Berkongsi idea dekorasi rumah. Rumah yang cantik idaman semua. Jika anda bijak atau mungkin pernah terbaca mengenai idea deko, boleh dikongsikan dengan yang lain.
  5. Berkongsi dan bercerita mengenai hobi anda di rumah, contohnya berkebun, atau memasak atau mungkin mengumpul setem (ada ke??).
  6. Anda dan keluarga mungkin pernah melancong atau pergi ke tempat-tempat tertentu, jadi bolehlah bercerita mengenainya, sertakan sekali info yang perlu agar entri anda lebih bermaklumat.
  7. Elakkan bercerita kisah yang bersifat terlalu peribadi, atau masalah suami isteri dan rumahtangga anda. Sebaliknya buatlah entri yang memberikan tips dan petua berkaitan masalah anda .... ia bukan sahaja memberikan anda ruang info untuk diri sendiri tapi berkongsi dengan yang lain.
  8. Kisah anak-anak .... memang sangat comel jika dapat diperincikan dalam blog. Anda boleh ceritakan perkembangan anak-anak anda dari lahir sampailah boleh ia berjalan kaki ke sekolah sendiri. Sesetengah tu, mungkin ada anak istimewa yang perlukan jagaan tertentu, ini mungkin baik untuk dikongsikan buat mereka yang kurang pengalaman.

Nah ...banyak idea untuk ditulis buat surirumah. Jadi, bolehlah update sehari sekali  .. ye tak? Untuk menampakkan entri anda lebih menarik, cubalah cari gambar yang berkaitan di dalam internet - dan jangan lupa berikan backlink atau sumber gambar tersebut.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam HH..syu bru je redeem tunai rm10..dan emel dah dihantar..lps tu kena wat ape lg ye?

    BalasPadam
  2. hehe kalau ikutkan memang banyak boleh tulis ..tp tulah kadang2 idea tk mari

    BalasPadam
  3. Ya! betul tu bacalah blog akak..
    Kisah 3 anak istimewa dan pesakit kanser

    http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement