As-Salam.
Kalau anda seorang pelajar IPT atau kolej, anda sebenarnya punyai banyak idea untuk dikongsi bersama pembaca blog anda. Malah, dalam satu sudut, anda punyai kelebihan sendiri kerana anda lebih dekat dengan dunia ilmu serta informasi. Ada banyak sumber informasi yang boleh anda kongsikan kepada semua, malah kepada rakan-rakan IPT yang lain.

Dan, HH fikir ... anda bertuah kerana punyai audiens dan pembaca daripada golongan sasaran tertentu. Jika anda seorang pelajar IPT dan kolej, anda boleh bercerita mengenai kehidupan survival anda sebagai pelajar, contohnya;

  • Anda boleh buat tips bagaimana untuk berjimat membeli makanan.
  • Tips mencari rumah sewa yang sesuai.
  • Panduan memilih rakan belajar.
  • Panduan memilih calon suami (untuk pelajar akhir).
  • Tips agar sentiasa update nota kuliah.

Dan banyak lagi yang boleh anda kongsikan mengikut pengalaman anda. Paling menarik, entri-entri ini adalah evergreen dan dibaca sepanjang zaman. Esok lusa, mungkin anak-anak jiran anda pula yang akan baca dan dapat manfaat daripada entri anda.

Secara amnya, jika anda seorang pelajar IPT dan kolej, anda boleh buat entri hampir setiap hari, dengan bercerita apa yang anda lalui dari pagi sampai ke petang. Tetapi lebih baik anda berkongsi sesuatu yang lebih berinformatif seperti yang telah HH nyatakan tadi atau mungkin anda boleh dapatkan segala sumber daripada pusat sumber dan rakan sekuliah anda.

Mudahkan? Siapa kata ... jika anda pelajar IPT, anda tak ada atau kurang idea untuk menulis entri baru setiap hari?

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement