As-Salam.
Kepada mereka yang kagum akan bagaimana sesuatu blog itu berjaya di dalam penyenaraian enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo Search dan pelbagai lagi .... anda sepatutnya bukan takat nganga mulut dan melopong ... kagum akan kehebatan blog2 berjaya dalam SEO (Search Engine Optimatizion) tetapi sama-sama lakukan perkara yang boleh mantapkan blog anda untuk SEO.

Ada beberapa cara mudah untuk membolehkan enjin carian mengenali blog anda berdasarkan isi kandungan yang bermutu yang ada dalam blog anda.

Cara paling mudah ialah dengan meningkatkan kualiti blog dan sentiasa kemaskini blog dengan entri-entri yang menarik. Oh ya, menarik tak semestinya kontroversi, menarik tak semestinya perlu provokasi, menarik tak semestinya perlu jaja nama blogger terkenal mahupun artis terkenal. Ada banyak cara lain yang membolehkan enjin carian menyenaraikan blog anda di  tempat pertama.

Selain itu, pastikan anda lakukan perkara berikut:

6 Perkara Mantapkan Blog Untuk SEO
  1. Ping blog anda ke enjin carian menerusi laman-laman ping berikut: Autoping, Pingler, Ping-o-matic. Ia mudah dan insyaAllah berkesan.
  2. Pastikan blog anda mesra SEO - anda boleh lihat tutorial untuk mesra SEO di sini: SEO Friendly
  3. Namakan gambar anda dengan katakunci sesuai. Kebanyakan carian menerusi blog ini adalah hasil daripada menamakan gambar tertentu dengan katakunci tertentu tapi bermakna.
  4. Pastikan isi kandungan anda bermutu, lain dari yang lain dan sebolehnya tidak ditangkap muat dengan konsep 'copy-paste' semata.
  5. Banyakkan internal linking antara entri-entri anda... tetapi jangan sampai terlalu banyak sampai mengelirukan enjin carian.
  6. Akhir sekali ..... jangan menipu SEO ..... tajuk lain, tetapi isi kandungan lain ...

Selamat mencuba. Oh ya .. jangan hanya baca je .. tapi cubalah buat ... :)

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak berapa faham sgt pasal SEO ni tapi yang pasal tajuk lain, isi lain tu memang selalu terkena..

    Bila kite gugel something, jumpa satu entri ni yang tajuk die mmg exactly apa yang kita cari..

    Alih2 isi dia mengecewakan..

    Sama ada
    1. Tak ada kaitan langsung
    2. Paling banyak pun 3 ayat je tentang tajuk..

    Kadang2 naik menyampah ngn 'entri kosong/menipu' ni..

    BalasPadam
  2. masih bnyk yg perlu belajar lagi pasal seo ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement