As-Salam.
Kalau baca artikel dan penulisan mengenai politik ... fuh ... leh ada yang menyirap darah. Mana taknya, walaupun ada kata-katanya benar, tetapi disebabkan cara penyampaiannya yang tak kena cara, ia seolah satu provokasi untuk pihak lain untuk memperkatakan hal yang sama dengan fikiran mereka.

Meluat ... ya, selalunya HH merasa meluat membaca cerita dan kisah-kisah politik Malaysia ini ... sana sini kutuk mengutuk, kata mengata ... ada je simpul mati yang disulam dalam cerita. Ada sahaja fakta yang diputar belitkan agar artikel itu jadi sedap untuk ditatap.

Ntahlah. Susah nak tahu mana yang betul dan yang benar. Yang sini kata betul, yang sana kata fitnah. Yang sini kata dok tegakkan benang yang basah, yang sini pula meraban kata inilah kebenaran.

Baik media arus perdana, mahupun tabloid picisan ... ada sahaja berita yang menjengkelkan bila berkata tentang politik. Blog? Uhhh lagi dasyat ....fitnah buta tuli .... ngeri doh.

Yang malangnya ialah ... berita dikeluarkan untuk bercerita ... tapi nampaknya mereka yang komen lebih banyak bercerita dari artikel atau cerita asal ...uhh aloh ..gadoh dalam ruangan komen la pulak ...ish ish iish ... manusia oh manusia ...

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kegilaan ini adalah angkara manusia sendiri yang terlalu taksub dengan puak masing2 di mana kebenaran di nafikan dan semakin rakus mengejar kuasa dan tidak kira apa bendera sekalipun tetapi yang jelas perkara ini cuma berlaku kepada kaum bumi yang beragama islam khasnya tetapi yang lain amat bijak menimbang tara apa yang perlu dan tidak perlu...di lakukan!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement