As-Salam.
Sedikit ungkapan yang saya ambil dari penulisan Dr. Mohd Asri:

Manusia yang memburu ilmu dengan penuh kejujuran, menemui TUHAN di setiap penjuru ilmu. Firman ALLAH: (maksudnya) “Tidakkah engkau melihat bahawa ALLAH menurunkan hujan dari langit, lalu KAMI keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan warnanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam. Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan ALLAH dari kalangan hamba-hamba-NYA hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya ALLAH MAHA KUASA, LAGI MAHA PENGAMPUN” (Fatir: 27-28).

Moga kita semua dapat ambil iktibar daripada apa yang dinyatakan. Ilmu itu memartabatkan diri dan umat. Ia membezakan sesama manusia secara rohaniah. Dan ilmu takkan mekar seandainya kita menyekat diri sendiri untuk menyuburkannya.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama
PENAFIAN (DISCLAIMER)

Konten ini adalah pendapat serta perkongsian peribadi penerbit berdasarkan pengetahuan, pengalaman, serta dari sumber dipercayai. Sebarang persamaan mahupun percanggahan adalah secara kebetulan.

Sila rujuk Disclaimer untuk penafian penuh.