Ramai dah blogger yang ada bisnes sendiri, ada yang jual kuih, ada yang jual kain, tidak kurang juga yang bisnes jual tudung. Dan mereka ada cara mereka sendiri untuk tarik pelanggan. Kebanyakkan dari mereka ini sebenarnya bermula secara offline, dan apabila nampak potensi dari sambutan yang mereka dapat, maka perniagaan secara online pun dibuat. Persoalan, nak buat blogshop - apakah ciri-ciri yang bagus perlu ada?

Perniagaan online paling mudah ialah dengan membuat blog niaga atau blog shop. Simple je. Dengan adanya widget-widget tertentu, sebuah blog niaga simple dapat diwujudkan tidak lebih dari 30 minit pun.

Blog shop memberi peluang kepada mereka untuk perbesarkan jaringan pelanggan mereka. Dari cakap2 mulut, menerusi teman-teman, pelanggan2 sedia ada, mereka lebarkan sayap bisnes dengan membuat jualan separa automatik menerusi blog.

Tetapi, apakah ciri-ciri sebuah blog niaga yang baik?

Ciri sebuah blogshop yang bagus

20 Ciri-Ciri Sebuah Blog Niaga Yang Baik

  1. Blog Niaga punyai nama blog yang komersil, yang elegan dan nampak 'jenama' tersendiri. 
  2. Nama blog atau jenama senang diingati untuk dijaja secara mulut ke mulut.
  3. Blog Niaga tu ringan, senang nak load, dan tidak semak dengan perkara tidak berkaitan.
  4. Mempunyai layout yang simple dan kemas. Selalunya 2 bahagian utama/2 column.
  5. Header mestilah mencerminkan jenama, barang niaga ataupun jenis blog niaga tersebut.
  6. Gambar produk atau barang niaga disediakan untuk tatapan bakal pembeli.
  7. Blog niaga dilengkapkan tanda harga barang niaga.
  8. Cara-cara serta kaedah pembayaran disertakan dengan lengkap.
  9. Nama penjual atau pengedar atau syarikat disertakan untuk rujukan.
  10. Ada cara untuk hubungi pemilik blog niaga, samada email yang sah, nombor telefon mahupun alamat (lebih baik berikan kesemuanya).
  11. Mempunyai logo sendiri untuk blog niaga tersebut, menunjukkan penjenamaan. Atau boleh juga memaparkan gambar pemilik blog niaga tersebut sebagai satu bentuk ia bukan satu penipuan.
  12. Memaparkan komen-komen pembeli yang berpuas-hati dengan produk yang dijual.
  13. Mengandungi kosa kata penafian sebagai satu cara dan kaedah untuk mengelakkan sebarang tindakan mahkamah ataupun salah guna info dalam blog.
  14. Maklumat produk yang diberikan mestilah tepat dan sesuai. 
  15. Jika ia produk berkaitan makanan, sertakan pensijilan kilang ataupun sijil halal.
  16. Jika ianya produk baru, sertakan cara penggunaan yang betul.
  17. Gunakan gambar sendiri untuk keyakinan pembeli. (bukan diambil dari Google)
  18. Sediakan kotak pertanyaan, ruangan komen yang sesuai.
  19. Sediakan cara nak tracking barang dan produk dihantar seperti pos laju dan sebagainya.
  20. Daftar perniagaan anda dengan SSM.

Rasanya itu je kot ciri-ciri sebuah blog niaga yang baik yang boleh HH berikan. Ini adalah berdasarkan pengalaman HH menyediakan khidmat mengendalikan laman web perniagaan sedikit masa dahulu. 

Paling penting ialah membina keyakinan para dan bakal pembeli barang niaga anda. Jangan sesekali tersilap, dan jika ada, maklumkan.

Anda boleh lihat contoh-contoh blog niaga ini:

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. uikssssssss hahahhaaaa nak beniaga ape ye ???? speak mata kot

    BalasPadam
  2. Waaa AC yg 1st =D thanks admin hasrulhassan.com...jealous ngn wbsite .com
    doakan tau semua yg membaca/review, AC pn nk upgrade jugak ke .com dlm ms terdekat ^-^
    makin byk wish, makin cepat la upgrade hehehe

    BalasPadam
  3. singgah! sesape yang nk promot perniagaan bleh la letak kat sini... http://promotehere.blogspot.com/2012/01/iklankan-perniagaan-anda-disini.html

    BalasPadam
  4. tambah 1 item lg.. :)
    jika ada shopping cart, ianya lebih mudah utk melihat semua barangan yang dijual seperti di sini http://www.qmaeshop.com/

    BalasPadam
  5. 20 ciri-ciri itu memang terbaik..

    rasa-rasanya ada tak macam disebut kat atas pada blog saya di bawah :

    komen skit..

    http://from-moncheh.blogspot.com

    BalasPadam
  6. wah banyak tips ni boleh guna untuk blog saya ni yang baru mula buat blog...silalah singgah ke blog saya jika sudiwww.rayflexs.blogspot.com

    BalasPadam
  7. sangat2 setuju dgn ciri2 di atas. zaman skrg ni blog ni boleh la dikatakan ianya ialah cara dapatkan duit tambahan utk poket anda. especially kalau anda bole luahkan atau tulis apa yang anda suka. jadi kerja tersebut tak menjadi beban bahkan menjadi sesuatu yang seronok utk dibuat...pada aku once blog korang dah stabil, bole start promote kat kawan2. mana tau , kalau diaorg suka sharing kau, benda tu bole jadik viral.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement