As-Salam.
Amboiiii .... besoonya mulut. Erkk, menguap memang best. Lagi beso ternganga rasanya lagi puas kot. Pastu sekali dengan regang2kan badan lagi ... perghhh memang lepas tu rasa selesa je kan?

Bagi seorang muslim, bukan boleh nak nguap suka-suka hati je. Ada adab yang perlu diikut. Jika anda ibu bapa yang ada anak, ajarlah anak-anak untuk praktikkan adab mudah ini. Bukan apa, tak elok rasanya .... lagi2 siap ada kuar suara.

Adab Menguap
Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka.. juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.


Juga disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah swt kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia dari syaitan.

Rasulullah saw bersabda:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda "Sesungguhnya Allah swt suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah swt.. hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah". Adapun menguap adalah dari syaitan.. jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin.. kerana apabila kamu menguap.. syaitan ketawa melihatnya. - Riwayat Bukhari. 

Ala, kalau ikut logik pun, bukan ke nampak buruk kalau dok buka mulut luas2? Ishhh common sense la bai ..... lagi2 kalau anak dara ...uhhhh huduh bebenor nampaknya kalau anak tekak pun leh nampak tatkala nganga beso2 tu ... :P hilang ayu weihhh ...........

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul3.. lagi pulak menguap ni bejangkit.. bila sorang menguap, adalah yang akan ikut menguap... Jgnkan melihat, saya yang baca entri ni pun tiba2 terasa nk menguap ni..

    BalasPadam
  2. @Eizanabila hahaha leh menguap bca entry ni? ye kot kan setan ada je keliling kita

    BalasPadam
  3. sangat sangat setuju.. hilang ayu bila menguap besor2 sangat hehe

    BalasPadam
  4. jom singgah dan terjah ke blog sy,
    ade pelbagai info2 terkini lagi sengsasi yg ado,
    paling hot hari ini di blog sy,..
    ''4 rakyat malaysia maut dalam serangan bom di golok,
    ''lelaki bertelanjang ganggu penduduk flat ditangkap,
    dan pelbagai aneka info2 terkini yg ado,.
    nak tau lebih lanjut jom terjah beramai2 ke blog sy,..

    BalasPadam
  5. betoi2. hilang keayuaan bila nganga luas2. karang ternampak cili kat gigi tu. hehe

    BalasPadam
  6. huhu dulu selalu menguap xtutup mulut..lpastu bila parents n kwn selalu ingtkn skrg dh jd kebiasaan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement