Sekadar Hiasan. Foto: Lensahasrul
Salam.
Saya nak kongsikan satu luahan perasaan seorang isteri bernama Nana (bukan nama sebenar) di sebuah laman forum. Saya harap anda tidak cuba menghukum di sini, sekadar melihat dan cuba memahami situasi. Mungkin pengalaman Nana berhadapan krisis begini dengan suami boleh dijadikan satu ingatan, pedoman dan panduan hidup berumahtangga.

Meh baca:
Assalamualaikum........
Ini first time nana buka thred kat sini,selalunya nana baca citer org je, tapi hari ni xtahan sangat nak luhkan juga, nak bgtau org lain malu... so nana luahkan la kat sini...

Last week nana dinner dgn hubby kat luar, then nana nak la romantik2 dgn hubby, tetiba lak terjupe member hubby nana yg kje 1 pjbat, so dorang sembang2 la, hubby tinggal nana sorang2 kat meja.... geramnya nana.... igatkan dorang sembang jap je, tapi punye la lama dorang besembang.......... adoi..... nana dah hot ni.........rasa dah bosan sangat2 duk lama2 kat meja 2, air pun dah habis, sampai krem punggu tunggu dia.... bengangnya!!!!!!!!!!!!!!

Setelah naik kematu punggung nana tunggu hubby,dia pun dtg la kat nana dgn muka xbesalah dia... tesengih2... blh plak dia tnya nana " nak blik dah? jom..." nana jwb r " ingatkan tadi nak sembang sampai pg..." trus nana blah.... lepas 2 otw nak p kat kete
blh plak dia yg naik hangin marah2 nana, ckap nana saja bt perangai, nana diam je la mlas nak menjawab,padahal dlm hati ni dah berapi sngat2.... masuk je dalam kete trus dia mengamuk,jerit2, ckap nana sj bt dia marah n hampir2 jugak dia nak lempang nana.... mulut dia asyik tengking nana je,nana buat2 pekakkan telinga je la.... makin nana diam makin dia mengamuk.... nana buat dek je.... lama jugak la dia mengamuk tapi nana bt tak tau je.... yg paling nana xblh than bila dia halau nana suru nana p blik rumah mak nana,dia dah xnak jaga nana lagi, dia suruh nana duk dgn mak..... stetment 2 yang nana xblh than, trus nana jwb " ok fine! ayg blik rumah mak!" wah... dlm hati ni hanya tuhan je yg tau betapa sedih nye hati ni, dekat2 nak ry ni kena halau plak dengan suami.... sedih sgat2 xtau nak ngadu kat sape.... otw blik rumah kami langsung xbecakap, sampai je rumah dia terus masuk bilik lain, so mlm 2 kami tak tido skali la sampai sekarang, kami langsung tak bertegur, lau selisih pun bt mcm xknal je....

Walau nana sakit hati dia halau nana tapi nana xblik pun rumah mak nana coz nana pikir pasal anak ,nana kuatkan jugak hati ni, anak nana kecik lagi....sebenarnye, nana dah tawar hati dgn hubby, dah lm makan ht dengan sikap dia.... lau kat rumah dia jarang nak sembang dgn nana, asyik mengadap letop je.... on line....tgok katon on line.... baca komik on line...memang xleh berenggang la letop 2 dgn dia, nana dduk kat sebelah dia pun dia bt xtau je,dia buat nana ni macam tunggul batu je....nana sembang dgn dia pun dia bt tak dengar je,terus hilang mood nana,so nana rasa bosan sgt kat rumah, dah la penat kat tempat kj,blik rumah igatkan bllh la nak manja2 dgn hubby tapi hubby lak bt tak lyan.....tdo pun sorang2... kekdang dia yg tido dl, nana ni blik kj sibuk la bt kj rumah plak.... nana xharap pun dia nak tlg nana tapi sekurang2nya berbual la dgn nana,sekejap pun xpe la, ni langsung xnak lyan nana...... sedih sgt2.....

Kekadang nana terpikir siapa sebenarnya nana di sisi dia?? lepas nana lahirkan baby sikap dia terus berubah,dah xmcam dl.... tapi one thing yg bgus pasal hubby nana ni,dia kalau dgn bby dia memang bagus , itu memang perangai dia yg paling nana suka...dia syg sgat2 kat baby, care sangat pasal baby kitorang...pernah sekali nana pegang bby then nana minta tlg dia ketipkan kuku bby tapi dia terketip isi bby,tapi sikit je la,so bby nangis la, blh plak dia slahkan nana coz nana yg suruh dia ketip kuku bby,dia tengking nana kaw2 dpan adik beradik dia,dpan kwan2 adik dia.... ya allah malunya nana..... dia mengamuk gila,mati2 dia salahkan nana.... masa 2 memang nana xthan dah air mata mmang laju je trun.....ayah dia tanya la nape nana nagis tp nana xbgtau r nape,yg pasti mmang adik2 dia dengar dan nampak hubby nana marah2 n tengking nana....

Sekarang ni, nana xtau nak bt mcm lg, hati ni mmang dah xleh trima prangai dia yg panas baran n suka mengamuk.... nana memang dah tawar ht kat di... dah xleh nka tgok muka dia lg.... rasa sakit hati sgat2,asyik terdengar2 je kata2 yang dia halau nana malam 2.... Tak lama lagi nak rya, nana nak sgt blik jupe mak kat kpg, tp taun ni turn ry kat rumah mak mertua.... tapi nana nak jugak blik kpg....lau nana blik sorang nati apa plak mak pikir coz hubby n bby nana xblik sekali.... cian kat mak nana rindu sgt nak tgok cucu dia coz nana pun dah lama x blik kpg....

Korang rasa mcm mn,patut x nana blik kpg jugak ry ni??? tp lau blik kna blik sorang2 la naik bas.... nati apa plak mak pikir nana blik sorang2.... sebenarnya nana rindu sangat2 kat mak..

Dah baca? Ada komen?

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sikap suami mmg kdg2 menjengkelkan.. suami inginkan seorg isteri yg sempurna.. yg pandai melayan suami, mengurus rumahtangga tapi adakah suami menjadi suami yg sempurna buat isteri?

    Mungkin bukan nana saja yg hadapi situasi suami buat isteri mcm tunggul ni. Kdg2 kalau di rumah mmg tak berborak langsung dgn isteri. Isteri buat keja rumah suami sibuk tgk TV. Bila isteri duduk sebelah pun buat tak tahu.

    Kadang2 hati isteri ni terguris dgn tindakan suami sdr dan secara x sedar isteri memprotes mungkin tidak mahu melayan suami. Yela bila suami 'menginginkan' barulah nampak isteri tu. barulah jadi kucing terngiau-ngiau.

    Adakah isteri ini dianggap 'pelacur kelas atasan'? sya berckp berdasarkan pengalaman2 yg rakan-rakan sya pnh ceritakan.

    isteri slalu saja sabar dan mengalah tp suami begitu ego. pendapat sya pulang sajalah ke kampung dan bawalah baby sekali. smp bila nak simpankan? lambat laun org pasti tahu. Berada di sisi suami pun, suami x pandang & tak hargai dan juga tak sedar kebaikan isteri. Maka utk apa lg? meneruskan hidup dengan hanya makan hati terhadap suami?

    BalasPadam
  2. mmm..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul...

    carilah jalan berbincang dengan sisuami..beritahu tentang apa yang perlu/disukai dalam berumahtangga...(rasional lah sikit dengan permintaan tentang perlu/ suka itu)...emosi tetap kena jaga

    Bahagia itu lebih kepada MEMBERI...bukan menerima sangat...

    Berbahagialah dengan PERBEZAAN antara kita dan pasangan...

    Baik suami atau isteri...janganlah mengharap pasangan MENGIKUT gaya yang kita mahu...tetapi sama-sama 'memandu' seperti yang telah di tetapkan oleh eraturan...peraturan Allah kan dah lengkap...

    sekian..maaf jika ada kesilapan dalam memberi komen..saya banyak kekurangan..

    BalasPadam
  3. susah juga nak komen pasal kisah umah tangga ni. tapi, baru2 ni di TV3 ada cerita pasal mentua yg tak kasi menantu pulang ke kg emaknya sampai 15 tahun...dah bagi pulang, raya pertama, ngam2 pulak maknya meninggal dunia..jadik, orang kata bertolak ansurla sesama suami dan isteri..kalu tak ada emaknya, mcmmana suami atau isteri bole lahir ke dunia. kalu tak maknya juga, siapala suami dan isteri kita tu ye..

    berbalik kpd cerita c nana, mungkin nana perlu ambik cuti selama beberapa hari untuk menenangkan fikiran dan jauh sekejap dari suami, dari keja2 umah yg tak habis2..mana tahu selepas ini si suami akan tercari2 mana c isteri...raya seminggu ke umah emak ker...tapi dgn syarat bawa baby sekali..kita tengok apa reaksi suami..

    kekadang, isteri perlu cari ruang untuk diri sendiri, memanja di spa, urutan, holiday dan sebagainya bagi menenangkan ketegangan yg dihadapi. takut2 masalah emosi ini akan terbawa2 dan menjadi satu mslh besar buat kehidupan seharian jika dibiar2kan. yg rugi diri sendiri juga, suami tak rugi apa2 pun..tak putus urat pun mcm perempuan semasa melahirkan anak..mcm2 penyakit keluar, penyakit lupa, penyakit pangkal rahim, kanser payudara dan mcm2 ada...so, sayangila diri kita sebagai perempuan dan jika kita happy dan ceria sudah tentu si suami juga akan turut happy dan bangga dengan penampilan kita...:)

    BalasPadam
  4. sgt2 mengusik hati nurani ku dgn luahan nana..mmg menyedihkan klu ddk sebumbung tp x bersama..paling menyedihkan bila ruang masa yg ada tidak digunakan sebaiknya, mengeratkan hubungan kekeluargaan..

    BalasPadam
  5. kisah nana ni sama macam saya. suami panas baran mengamuk cmtu la. tapi lagi teruk.. saya dimaki hamun dgn perkataan2 yg tak elok.. babi, sial, pu***ak. dia tak suka mak ayah saya.. maki2 blkg. berat sebelah kluarga dia je. saya tak boleh nk bersuara langsung.. tak boleh nak meluahkan apa yg terbuku di hati. nanti saya jugak yg kena maki balik. saya banyak pendam dalam hati..
    sejak ada anak saya rasa suami kurang layanan terhadap saya, kurang bercakap, asyik nampak salah saya. luaran nampak mcm bahagia happy tapi dalam hati hanya Allah yg tahu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement