Salam.
Saya nak kongsikan satu cerita pendek ini. Mungkin dah ramai mengetahui dan baca kisah ini. Sukacita nak diingatkan bahawa anda perlu berfikiran terbuka dan jangan buat kesimpulan awal, sila baca sampai habis ... tentu nanti anda akan tersenyum sendiri ...

Kisah ini telah dikongsikan kepada saya lapan tahun dahulu, seperti mana cerita-cerita lain yang pernah saya bawakan dalam blog ini. Jika anda suka, anda boleh share, atau boleh saja copy paste untuk entri dalam blog anda ...:)

Kisah Seorang Puteri Yang Boleh Mencairkan Segalanya

Pada zaman dahulu, tinggallah seorang puteri raja yang sangat cun bersama ayahandanya di sebuah negeri berdekatan dengan Istanbul dalam suasana aman dan damai. Kecantikan puteri tersebut amat perghhh ..... sukar dibayangkan dan sering diperkatakan sehingga ke negeri Arab.

Keindahan paras rupa dan budi pekerti puteri tersebut amat terkenal dan sering menjadi igauan para putera raja dan rakyat jelata. Kerana itu, tiada seorang pun gadis di negeri tersebut yang dapat menandingi kecantikan, kelembutan budi bahasa dan kesopanan yang dimiliki oleh puteri tersebut. Kiranya puteri ini memang perfect la untuk dijadikan isteri pertama ... atau kedua .. atau ketiga buat mereka yang mampu ... hehehee

Dikisahkan, bonda puteri tersebut mangkat ketika puteri masih lagi bayi. Puteri tersebut membesar bersama ayahanda, dayang-dayang serta penjaga penjaga istananya dengan penuh kasih sayang.

Walaubagaimanapun, puteri tersebut mempunyai suatu kehebatan iaitu dapat mencairkan semua benda apabila dipegangnya. Pegang je sudu, sudu cair; bila pegang gelas, gelas jadi cair.  Maka, gundah gulana sungguh hati si raja memikirkan masalah yang dihadapi oleh puteri tunggal kesayangannya itu. Hari ke hari, si raja cuba mengubatkan puterinya itu tapi tetap gagal. Habis dukun dan pawang dipanggil untuk mengubatinya, tapi tiada apa yang berubah. Puteri itu tetap dengan kuasanya.

Si raja semakin bimbang memandangkan usianya semakin senja. jadi baginda pun mengadakan pertandingan, sesiapa yang dapat menyembuhkan puterinya itu, akan dikahwinkannya dengan puterinya itu dan ditabalkan menjadi penggantinya kelak. Maka, berduyun-duyunlah para putera raja dan pemuda dari segenap negeri untuk mencuba nasib mengubati puteri tersebut. 

Maka, datanglah seorang putera raja; "Tuanku, beta membawa logam titanium, logam ini paling keras di dunia, tiada benda yang dapat mencairkan logam ini"

Lalu si raja menyuruh puterinya memegang logam tersebut, dukacita, logam tersebut mencair sebaik sahaja si puteri menyentuhnya. Pulanglah si putera raja itu dengan hati yang kecewa. 

Kemudian, datang pula si pelombong; "Tuanku, patik membawa berlian, tiada benda yang dapat memotong dan mencairkan berlian di dunia in tuanku" 

Si raja pun berkata; "Wahai puteriku, cuba anakanda pegang berlian itu"
Lalu dipegangnya berlian itu. Namun malang tetap merundung, berlian itu tetap cair. Kemudian, berturutan pula peserta lain mencuba nasib, tetapi tetap semuanya gagal.

Hati si raja menjadi semakin gundah gulana. Tiba tiba, datang seorang pemuda kebanyakan dengan berpakaian compang camping. 

"Tuanku bolehkah patik mencuba nasib, tuanku?"

Si raja menjadi pelik kerana si pemuda tersebut tidak membawa apa apa peralatan. Lalu, si raja bertanya.

"Wahai pemuda , di manakah barang kamu?" 
Jawab si pemuda tersebut; "Barang hamba ada dalam seluar hamba, tuanku! Tuan puteri kena seluk ke dalam seluar hamba tuanku"

Llalu si raja menyuruh puterinya menyeluk ke dalam seluar si pemuda tersebut. Pada mula nya si puteri keberatan dan segan untuk berbuat demikian, tetapi selepas dipaksa oleh si raja, puteri tersebut pun melakukannya. Si puteri pun menyelukkan tangannya ke dalam seluar pemuda itu.

"Ah!" tiba-tiba mulut si puteri terlopong dan air mukanya menjadi kemerahan dan tunduk malu. Tanya si pemuda; "Tuan puteri dapat pegang barang hamba tak?" jawab si puteri dengan perlahan dan terketar ketar.

"Dapat ....." 

Si raja bertanya; "Cair tak?"
Jawab si puteri; "Tak, keras ayahanda!"

Si puteri tunduk kemaluan dan terus berlari kedalam bilik. Si raja amat gembira dan terus melangsungkan perkahwinan antara puterinya dan pemuda tersebut. Semasa akad nikah si raja bertanya pada bakal menantunya;

"Apa benda yang anak beta pegang hari tu?"
Jawab si pemuda tersebut,"M&M tuanku!, cair di mulut, tidak di tangan!" 

 Hehehe... uhhh uhh ..jangan marah saya ehh .. sekadar berlawak di malam hari.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hehehehe..Sakit perut baca, tak tau la sebab lawak cerita ni atau ketawakan diri yg terkejut bila baca separuh jalan tdi...Haru biru kepala otak jap.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement