Ini mungkin merupakan sejarah moden yang mencatitkan peristiwa besar yang telah berlaku dalam bulan Ramadhan. Boleh dikatakan ia satu kemenangan besar apabila keegoan tentera Israel tercalar dalam peristiwa ini. Peristiwa kekalahan Israel ini berlaku dalam Perang Yom Kippur.

Tertawannya Garis Bar Lev, Israel

Peperangan ini melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali dengan beberapa nama lain, termasuklah Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan juga Perang Ramadhan.

Bagi mereka yang sering meneliti sejarah Palestin, dan dunia Arab, peristiwa ini dianggap sangat besar kerana ianya merupakan satu peperangan yang mencorakkan dunia politik moden dunia Arab dengan negara Israel.
Tewasnya Israel, Tertawannya Garis Bar Lev, Israel
Peperangan ini adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu, Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan.

Pada tahun 1971, 500 juta dolar Amerika diperuntukkan oleh Israel bagi membina kubu yang dinamai Garis Bar Lev. Kubu ini dinamakan sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Hebatnya kubu ini sehinggakan Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel.

Dalam peperangan ini, salah satu fakta menarik yang tak ramai tahu ialah peranan seorang sarjana Islam - Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau juga merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez.

Kehebatannya dalam mengetuai tentera mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement