As-Salam. Pernah juga beberapa kali saya cuba singgah di beberapa blog menerusi widget follower, tetapi apa yang saya dapat adalah blog not found. Aiseh, sedih gak la rasa di hati sebab tak dapat nak jenguk blog follower. Tak pasti kenapa berlaku sedemikian, mungkin frust kot dengan dunia blogging ni.

Namun, apa yang mungkin adalah dek kerana kita sendiri sebagai blogger agak kurang nak memberikan support terhadap blog-blog yang baru nak naik ni. Mereka sebenarnya ada minat nak berblogging tetapi minat mereka dimatikan oleh beberapa sebab.

Antaranya;
  1. Blog kurang follower, menyebabkan mereka menganggap bahawa dunia blogging bukan tempat mereka. Mereka kecewa sebab mereka merasakan mereka tak ada support dari kalangan blogger sendiri untuk meneruskan minat mereka.
  2. Blog tak ada pengunjung yang ramai - pageviews tak naik2. Oleh sebab itu mereka merasakan bahawa blog yang mereka buat tidak menarik minat orang untuk singgah dan baca apa yang mereka tulis.
  3. Blog kurang komentar. Bila mereka menulis entri, tiada sambutan dari kalangan pengunjung untuk melontarkan idea dan juga respon. 

Itu adalah 3 perkara yang saya nampak, dan banyak dikeluhkan oleh kebanyakkan blogger, tak kiralah lama atau baru. Ada juga menutup blog sebab mereka merasakan kehadiran mereka dalam dunia blog sudah sampai ke penghujungnya.
Di sebalik tumbuhnya blog bagai cendawan, ada juga blog yang dah mati. Bersawang tak apa lagi sebab masih boleh dibersihkan ... tetapi bila berlaku blog not found .... tak dapat la den nak nulongnya dah .....

Pastinya, perlukan minat yang sangat mendalam, dan ketekunan serta iltizam dalam dunia blog. Ianya tak mudah, perlukan masa. Cuma, letakkan minat yang tinggi untuk melakukan yang terbaik, insyaAllah pasti akan ada kejayaan manis yang menyusul. Banyak tu tidak, tapi pasti akan ada.

Buat blogger yang dah lama bertapak, cubalah bantu apa yang terdaya buat memperkenalkan  blog-blog baru ini. Tak jadi follower tak apalah ... tapi berikan pendedahan agar yang berminat leh mengetahui, leh follow, leh komen, leh baca apa yang blogger baru ini cuba kongsikan dalam dunia blog.

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul! sangat setuju :) bile follower sikit rase macam, baik tulis diari je kat rumah..:|

    BalasPadam
  2. insyallah Mas tak akan kecewa sbb Mas tulis blog utk kepuasan..

    pasal isu unfollow tu Mas cuma terkilan je sbb ada jugak yg berperangai camtu!

    BalasPadam
  3. kalau tidak buat promosi akan kewujudan blog kita...mana ada orang tahu pasal blog kita...berani mencuba bukan menunggu untuk orang singgah blog kita...seperti seorang jurujual datang ke setiap rumah menjual barang...orang tak tahu barang apa kalau dia tak cakap...apapun jangan menunggu...itu je

    BalasPadam
  4. Mahu menambah. Kadangkala mereka yang berbloging ikut orang. "Orang buat blog, aku pun nak buat bloglah". Lebih kurang macam tu. Blog sebenarnya kena tahu apa yang mahu menulis. Dan sesetengah mereka tak ada 'passion' ni. Pendapat dari akulah.

    Entri terkini:
    Entri Terkini:
    Baru Dua Tahun Usia Blog Aku. Baru Dua Kali Tukar Header Blog

    BalasPadam
  5. nak dapat semangat blogging tu susah. sebb tu ramai yang bersawang. huhu

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    bg yg nak menulis blog tu, kene la tetapkan apa matlamat kita nak menulis tu sbnrnya.. seperkara lg selain drp sebab2 yg dinyatakan, idea nak ditulis dan sumber bahan yg nak ditulis tu mungkin xde. so diorg rasa susah nak bergerak dlm dunia blogging ni. blh jadi jugak diorg ni xbrape faham mcmana nak bergerak sbg blogger dan kekurangan tunjuk ajar dan panduan..

    SELAMAT BERPUASA

    happy blogging :-)


    regards,
    BLADE EDGE

    BalasPadam
  7. hehe,miss punya blog pun susah dapat komen =p

    BalasPadam
  8. Bidang penulisan pastinya bukan semua berkebolehan...
    Tetapi saya memilih tujuan berkongsi maklumat...
    Jika tiada pengunjung pun tidak terasa penat menyediakan entri...

    BalasPadam
  9. setuju...
    tapi kalau nk nama ,glamer berblog..
    baik xya..
    LT blog..sbb kepuasan..
    sape follow tuh rase time kaseh
    cuma berukband LT susah nk nk blog walking selalu...:)maaf :) tapi akan singgah :)

    BalasPadam
  10. perlukan kadar momentum istiqamah yang tinggi untuk kekal dalam dunia blog ni..

    BalasPadam
  11. entahlah,kita perlukan lebih ramai blogger yg komitmen kot sbb sy da byk jg jmpe blog yg follower nya berpuluh2 sahaja tetapi begitu rajin update entri yg bgus2 (bukan hanya hal personal).

    BalasPadam
  12. setuju yg nombo 3. followers 2476, pageview 13399 tu dh byk gile bg sy. bersyukor dgn ape yg ade n jgn tamak. x pyh tutop blog. doalah satu hri nanti follower ngan pageview tu akan pecut ben ashari ke, oh artis ke,,

    BalasPadam
  13. yg nombo 3 sy slalu camtu tp x la smpai buat decision nk tutop blog

    BalasPadam
  14. Dulu hampir2 juga kecewa.. tapi teruskan juga sekadar untuk kepuasan.. Kadang-kadang rajin.. Banyaknye malas.. tapi at least ada entri sikit2 jadilah..:)

    BalasPadam
  15. ada juga yang tutup sebab tak tahan dengan kejian haters

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement