Salam.
Jika anda salah seorang peminat filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tentu biasa dengan filem keluarga yang penuh tunggang terbalik - Keluarga 69. Tapi, itu ok lagi, leh faham susur galur dan rantaian keluarga, siapa anak, siapa bapak - yang mana bapak kawin dengan anak kepada isteri anaknya....huhuhuuhu...

Tapi yang akan saya kongsikan ni, perghh lagi kronik ... saya nak jejak satu persatu pun pening dah. Anda bijaksana bukan? Tolong selesaikan boleh tak?

Baca kisah ini dan beritahu siapa Ramli ....

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli.

Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. 

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Setakat ini, boleh keep track lagi kan?

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak Mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli.

Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli. 

Persoalan: Adakah kedudukan Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri?

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement