As-Salam.
Bang...bang....boommm .... heh ... alahai, follower oh follower. Saya suka anda follow blog saya, serius saya suka ... sapa yang tak suka kalau dari sehari ke sehari blog anda meningkat jumlah followernya.

Saya suka tengok cerita Grey's Anatomy, saya tengok cerita ni di NTV7, dan jika ada keperluan, saya akan tonton kat Astro milik pak mertua saya .... sebab kat umah saya memang tak ada Astro. Saya boleh kata, saya follow cerita ini, saya tahu karektor dalam cerita ini, saya tahu apa jadi pada sesuatu situasi yang berlaku, malah saya boleh bercerita pada babak2 tertentu. Namun, tak dinafikan, ada masa saya tak sempat nak tonton cerita ini, miss gak la beberapa episod.

Saya fikir isu follow-memfollow ni adalah isu bagi blogger baru, biasalah tu, saya pun blogger baru gak yang mencari follower. Maaf saya kata, ada masa saya tak suka orang paksa saya follow, sebab saya sendiri tak suka buat. Apa yang saya selalu lakukan adalah beritahu yang saya follow blog tu - itupun sebab saya join segmen yang menyediakan platform follow menfollow ni.

Apa kriteria saya menjadi follower - walaupun tak penting sangat buat sesetengah orang/blogger .... saya akan follow blog yang menunjukkan minat pada blog saya, contohnya, jika mereka sering komen entri saya, jika mereka join segmen saya, jika mereka meninggalkan link url mereka di blog saya - tanpa sebut suruh saya follow .. :P

Tapi, oleh kerana memang sifat saya yang ringan jari, saya akan klik mana2 je blog yang saya fikir berbaloi untuk saya follow. Orang lain punya terma, maaf sekali lagi, saya tak tahu. 

2 Perkara Paling Penting Buat Blog Untuk Dikenali

Macam inilah yer, follower ni tak berapa penting sangat pun sebenarnya, apa yang paling penting ialah dua perkara ini:
  1. Blog berada dalam bloglist
  2. Blog berada dalam bookmark pelayar internet

Sebabnya, hanya dua benda ini sahaja yang akan mengesahkan mereka ini menghargai, dan paling penting baca blog anda ... walaupun sekali sebulan! Ini menunjukkan mereka benar-benar ikut blog anda dan bukannya hanya terlekat pada ruang follower yang ada di blog anda!

*p.s: Saya join je mana2 segmen nak menambah follower jika kesempatan, dan dengan daya yang ada saya cuba support mereka yang sediakan platform itu. Maaf kalau ada yang terasa jika saya tak follow blog mereka walaupun mereka follow blog saya ...

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. follow i balek ye..hehehehe

    BalasPadam
  2. setuju.. kb rasa dihargai sgt bila ramai kwn kata dorang dah bookmark blog kb.walaupun dorg takde blog.. :)

    BalasPadam
  3. setuju! ramai xsemestinya semua akan follow.. ada org buka blog tiap2 hari, ada yg jarang2 skali.. ada juga yg berbulan2 skali baru bukak.. manusia ni mcm2 kerenah n sifatnya :-)

    BalasPadam
  4. i follow u.. follow i balik ye.. hehehe

    BalasPadam
  5. aha..betul..apa yg penting adalah readers suka blog kita dgn ikhlas sebab entri yang menepati citarasa mereka..yg penting adalah n3 yang berkualiti dan persahabatan sesama blogger..

    tap siyes, peningkatan jumlah polower tu memang menggoda..=D

    BalasPadam
  6. Saya Setuju dengan Pendapat BK...

    sebenarnya Pembaca tulisan kita paling best..sebb rasa dihargai gilak

    BalasPadam
  7. hoyeah sokong2.. klu ada 1000 follower, x smstinya 1000 tu akn baca stiap entry kita.. follower yg btl2 minat ngan blog n follow evry update ada kurang 10% pada aku..

    BalasPadam
  8. hoyeah sokong2.. klu ada 1000 follower, x smstinya 1000 tu akn baca stiap entry kita.. follower yg btl2 minat ngan blog n follow evry update ada kurang 10% pada aku..

    BalasPadam
  9. Abe pun same, kalu btol2 minat dgn blog tu baru follow. Kasi goreng itu blog.:D

    UPDATE: Hah! Memang betul la tu!!!

    BalasPadam
  10. Wa setuju yang PALING penting blog ada dalam bloglist..
    Lagi banyak TAPAK, lagi banyak SEWA, lagi byk HASIL!

    FOLLOW UP comment - Are U the ONE?

    BalasPadam
  11. saya rasa dihargai bila orang komen entry saya...kadang2 ade yg dtg follow je dan suruh follow balik..tp lepas tu xmuncul2 dah kat blog kita..huhu...

    BalasPadam
  12. sy lebih teruja kalau ada blog sy di bloglist org lain....satu lg komen..maknanya diorg baca entry. tu sbb kat blog xletak shoumix =)

    BalasPadam
  13. setuju sgt..dan sy takut dengan ayat "i dah follow u and pls follow me back"..selalu teragak agak nak folo balik ke tak,nak folo balik ke tak..isshhh ni bukan fb..yang penting baca entri..

    http://erniefaizalsiti.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement