As-Salam.
Saya buka email, ada sahabat berkongsikan sesuatu yang sangat menarik dan pada saya boleh dipraktikkan dalam bulan Ramadhan ini di mana tadarus Al-Quran menjadi antara amalan yang dilakukan oleh kebanyakkan orang.
Tips yang nak saya kongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Baca sekali lagi .... menghafal muka surat yer ..bukan menghafal surah dalam Al Quran. Aha ... ini merupakan cara mudah agar anda lebih cepat ke surah yang ingin anda cari.
Sebenarnya, ia sesuatu yang menakjubkan juga kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk dalam Al-Quran.
Bagaimana?
Mari lihat contoh yang diberikan ini:
Contoh 1Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82, sila rujuk Al Quran untuk kepastian.
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan para sahabat dan rakan mencari muka surat dengan mudah dalam Al Quran berlandaskan juzuk.
salam...
ReplyDeleteni tips yg bagus. saya pun rasa susah kalo xde petua mcm ni. t.k.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.