Tahu tak ada banyak haiwan terutama serangga yang suka makan haiwan lain? Malah, ada sejenis serangga yang diketahui mampu memakan haiwan mamalia seperti burung.

Biasanya, yang umum kita tahu bahawa burung yang akan makan serangga. Ia sememangnya diet kebanyakan burung untuk menjadikan serangga dan unggas kecil sebagai makanan. Tetapi awas dengan labah-labah dari jenis Tarantula.

Labah-Labah Goliath, Serangga Pemakan Burung


Serangga dari jenis labah-labah ini dikenali sebagai Goliath Pemakan Burung. Ia mendapat nama setelah seorang pengembara telah menemukan labah-labah besar ini sedang memakan seekor burung Kelicap.

Goliath Bird Eater Tarantula merupakan labah-labah terbesar di dunia dengan saiz yang boleh menjangkau sehingga 30cm. Nama saintifiknya dalam dunia sains adalah Theraphosa blondi; cabang dari arachnid iaitu serangga yang punyai banyak kaki.

Labah-labah gergasi ini banyak terdapat di hutan hujan benua Amerika Selatan, ia juga merupakan serangga arachnid yang terberat sehingga boleh mencapai 170g.

Usianya juga agak panjang. Diketahui, labah-labah ini boleh hidup sehingga 25 tahun bagi betina. Namun, untuk spesies jantan, jangka hidupnya lebih pendek iaitu sekitar 3-4 tahun sahaja.


Goliath Easter Tarantula ini mempunyai variasi warna dari perang gelap ke warna coklat cerah. Badannya dipenuhi bulu-bulu halus dan agak tajam di bahagian abdomen.


Walaupun lelabah ini pernah dilihat memakan burung, namun secara amnya ia tidaklah berbahaya kepada manusia. Walaupun ia mempunyai taring di giginya dan berbisa, tetapi bisanya tidak fatal seperti kebanyakkan labah-labah lainnya.


Di sebalik namanya sebagai pemakan burung, diet utama serangga yang suka merayap ini bukanlah burung, tetapi serangga-serangga kecil lainnya. Oleh kerana itu, Tarantula ini banyak juga dijadikan sebagai haiwan peliharaan eksotik.




Sumber: WIkipedia. Gambar: Environmental Graffiti dan Cute And Weird

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. huwaaa..geli..adesss..naseb baik kat malaysia xde kan??kalau xnak pindah negara. haha

    BalasPadam
  2. sangat geliiiiii yucksss...
    kecik ke besar ker yang biasa ker memang geliiii............

    BalasPadam
  3. owh, harry porter! tiba2 teringat harry porter plak!

    BalasPadam
  4. yeke xberbahaya pd manuasia..ad manusia y matikan sebab kena gigit ngan labah2 2..musykil la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement