Da'i musim keenam sudah menemui penonton di TV3, setiap hari Jumat, jam 9 malam. Hari ini merupakan episode pertama program Da'i Pendakwah Nusantara ke udara (20 Julai 2018). Seramai 10 peserta baru akan berentap dalam Da'i 6 2018 ini.

Saya sempat menonton program ini yang merupakan antara program realiti menarik mencari pendakwah muda. Program ini yang dihoskan bersama Datuk Rosyam Nor dan Da'i Izzhar bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Senarai & Biodata Ringkas 10 Peserta Da'i Musim 6 (2018)

Untuk Da'i musim keenam ini, selain menampilkan 10 peserta baru yang hebat-hebat, ia turut juga memperlihatkan barisan pengetua dan tenaga pengajar baharu iaitu Dato’ Ustaz Mohd Zawawi Yusoh sebagai Mursyid, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin sebagai Murabbi.

Anda tentu nak kenal siapa yang menjadi peserta untuk Da'i musim keenam ini kan? Aha .. berikut adalah senarai 10 peserta yang telah terpilih.

Senarai 10 Peserta Da'i 2018

Senarai Biodata Ringkas 10 Peserta Da'i Musim 6

  1. Da’i Syahmi, 20, Temerloh, Pahang
  2. Da’i Imran, 21, Klang, Selangor
  3. Da’i Amirul, 23, Jitra, Kedah
  4. Da’i Wafi, 24, Tanah Merah, Kelantan
  5. Da’i Adam, 26, Ranau, Sabah
  6. Da’i Haziq, 22, Ipoh, Perak
  7. Da’i Danial, 27, Kuantan, Pahang
  8. Da’i Hafiz, 25, Sg Petani, Kedah
  9. Da’i Raisyah, 18, Ipoh, Perak
  10. Da’i Syazwani, 21, Sik, Kedah 

Daripada 10 senarai peserta Da'i musim keenam (2018) ini, hanya dua peserta adalah peserta wanita, iaitu Da'i Raisyah dari Ipoh, dan Da'i Syazwani dari Sik. Masing-masing berusia 18 dan 21 tahun.

Peserta musim 2018 ini lebih menarik kerana peserta Da’i kali ini mempunyai latarbelakang pendidikan yang tidak hanya terhad dalam bidang agama sahaja, malah mereka terdiri daripada latar bidang seperti Perakaunan dan Sains Tulen.

Hebat kan?

Nak kenal lagi?

Biodata Ringkas Peserta Da'i Musim 6 (2018)

Baik, saya senaraikan biodata ringkas setiap peserta Da'i musim ke-6 (2018) ini buat anda ...

Biodata Da'i Danial

Biodata Da'i Danial

Biodata Da'i Amirul

Biodata Da'i Amirul

Biodata Da'i Adam

Biodata Da'i Adam

Biodata Da'i Imran

Biodata Da'i Imran

Biodata Da'i Haziq

Biodata Da'i Haziq

Biodata Da'i Hafiz

Biodata Da'i Hafiz

Biodata Da'i Raisyah

Biodata Da'i Raisyah

Biodata Da'i Wafi

Biodata Da'i Wafi

Biodata Da'i Syahmi

Biodata Da'i Syahmi

Biodata Da'i Syazwani

Biodata Da'i Syazwani

Da’i musim ke-6 sekali lagi ditaja oleh Almas Beauty & Health selaku penaja utama. Ia akan menampilkan dua juri utama yang disandang oleh Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail.

Untuk Da'i musim keenam ini, para peserta akan dinilai berdasarkan:

  • Juri Tetap (80%)
    • Pengisian Al-Quran & Hadis (30%)
    • Gaya & susunan isi (30%)
    • Kreativiti persembahan (20%)
  • Murabbi (20%) 


Kalau anda punyai kelapangan setiap malam hari Jumaat, pastikan anda untuk menonton program ini. Jangan lupa gunakan #DaiTV3 di laman sosial anda sebagai tanda sokongan kepada program ini, sebagai menyemarakkan lagi Da’i musim ke-6, Penyambung Legasi Dakwah!.
Moga bermanfaat.

Oh ya, agaknya siapa Da'i pilihan anda daripada senarai 10 peserta Da'i Pendakwah Nusantara tu .. boleh kongsi dengan saya? Tinggalkan komen di bawah ya...

Sumber: FB Dai TV3 dan Infobergetar

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sempat tengok sekejap je hari tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak tgk kehebatan anak-anak muda menyampaikan dakwah, bolehlah tonton Dai Tv3 ini.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement