As-Salam.
HH tengok sekarang ni dah makin popular fesyen Cardigan (Kardigan) ni. Antara yang suka pakai ialah gadis-gadis Melayu yang bertudung, ia dah jadi satu trend baru. Dan baru-baru ini, saya ada menonton Safiyya di TV9, dan nampaknya, pengacara Rina Salleh (Bekas Juara Gadis Melayu) juga mengenakan fesyen Cardigan ini.

Pakaian fesyen Cardigan digayakan oleh Rina Salleh semasa trip ke China. Foto: Blog Rina Salleh

HH bukanlah seorang yang terang mata mengenai fesyen, namun secara subjektif saya nampak fesyen ini amat sesuai untuk gadis-gadis Muslim. Masakan tidak, ia tidak ketat, tidak menampakkan liuk tubuh. Ia sesuai kerana ia pakaian longgar dan santai.

Dan semua tahu bahawa wanita merupakan target fesyen, jadi perlulah wanita menyesuaikan pakaian dan fesyen ikut kehendak yang sesuai, dan paling penting ia tidak melanggar adat dan hukum. Dan dengan sedikit ubahsuai, aksesori tertentu, fesyen Cardigan ini boleh dipakai samada untuk bersantai, bersama keluarga, bershopping mahupun ke pejabat. Di sini saya berikan sedikit tips untuk berpakaian Cardigan.

4 Petua Memilih Fesyen Kardigan
  • Lengkapkan dengan tali pinggang - Untuk tambah kelainan anda boleh mengenakan tali pinggang di luar kardigan. Tali pinggang itu boleh yang model tirus atau yang lebar. Sama ada anda memakai kardigan berlengan pendek atau panjang, berpotongan ketat atau longgar, dengan skirt atau celana, semuanya akan memberi penampilan yang berbeza-beza. Supaya gaya tidak ‘mati’ anda boleh membuka beberapa kancing (butang) atas cardigan atau biarkan semuanya terbuka.
  • Pilih warna-warna cerah - Sesuai dengan usia muda, pemakaian kardigan dengan warna-warna cerah boleh menambahkan keceriaan pada penampilan anda. Tetapi harus ingat, kardigan dengan warna semula jadi seperti hitam, coklat, krim, atau biru tua memang wajib dimiliki. Jika ingin sesuatu yang berbeza anda juga boleh memilih kardigan warna cerah yang bermotif.
  • Tambahan aksesori - Untuk kardigan berwarna cerah yang polos, anda boleh menambah pemakaian aksesori seperti skaf dan beg tangan dengan motif yang lebih menarik seperti corak harimau atau bunga-bunga besar.
  • Beri sentuhan retro - Skirt atau gaun labuh potongan A-line yang dipadu padankan dengan kardigan akan memberikan gaya retro yang menarik. Untuk memberi kesan trendy, anda boleh menambahkan tali pinggang tirus berwarna kontra.
So selamat mencuba yer.  Dan pada mereka yang belum mencuba atau ingin mencuba fesyen Kardigan ini, anda boleh dapatkan daripada butik Rina Salleh. Untuk info lanjut sila ke blog Rina Salleh. KLIK SINI!

Sekadar berkongsi dari sumber: Berita Harian Online

Rina Salleh: Sehelai Cardigan sebagai pelengkap gaya!


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

13 Komen

yup...sy peminat cardigan..thanks for the tips..
:)

Reply

baru hendak berjinak2 dengan cardigan....


New Entry: Fairy tail = Ekor kucing

Reply

asalkan menepati ciri2 menutup aurat yg sempurna :)

Reply

mmm..sy pun suka tp belum sempat nak shopping bahagian baju:D

Reply

sye pon suke cardigan ihihi~~

Reply

great tip and lovely photo with wonderful fashion style.

Reply

wow..xsangka le dpt tips cardigan kat sini...:))

Reply

@NuReLLe Sesekali .. mana yang baik dan suka tu tak salah pun dok promote .. hehehehe...

Reply

masyaAllah, tak sangka ya lelaki pandai berfesyen hebat :) tq anyway!

Reply

@Rina Salleh Cik Rina .. siapa yang tak mahu cantik? jika tidak si lelaki .. bagaimana dengan isteri dan wanita2 lain dalam hidup lelaki tu? :)

Reply

slam.just drop by..wanna tq 4 your entry because gives me idea^^

http://bloknoktah.blogspot.com/2011/05/tips-untuk-recycle-pakaian.html

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.