As-Salam.
Ada yang anggap menggunakan nama domain sendiri macam yang saya lakukan ini adalah mahal. Dulu, saya menggunakan nama domain yang diberikan blogspot .... hasrulhassan.blogspot.com, memang dah ok dah ... kemudian, kerana mungkin saya ingin menyahut seruan diri saya sendiri, saya beli nama domain hasrulhassan.com.

Saya dok cakap2 dalam entri saya, tukar nama ... beli domain sendiri untuk kelihatan profesional dan unik - erkk ye ke? Dari dok suruh orang lain buat tips dan petua tu, baik saya buat, sebagai satu cara untuk buktikan apa yang saya katakan dalam blog saya ni benar. Nanti, ada yang tuding jari kata cakap tak serupa bikin ..kan kan ... dan yeah ... akhirnya lepas akaun Churp-churp saya meletoppppp, saya berkesempatan untuk beli domain dengan nama sendiri, jenama sendiri - HASRULHASSAN.COM.

Bangga? Tentulah ... sebab ia satu tanda pencapaian. Buat setengah orang mungkin tak ambik kisah. Tak mengapalah, lain orang, lain target, lain visi dan misi.

Persoalan yang timbul, mahal ke nak guna nama domain ni? Weihhh ...murah je .... USD10 Setahun jer ... atau RM30-40 Setahun ...bukan sebulan ..tetapi setahun. Aha.... jangan fikir pasal hosting lagi, dan ada nama domain sendiri ..kira dah tempah tu orang lain tak leh nak ambik dan guna nama domain anda tu selama setahun, dan selama setahunlah anda akan dikenali dalam dunia maya ini sebagai NAMAJENAMA dot com ... best tak?

Anda bernasib baik sebab guna blogspot dan bukan wordpress, sebab di dalam blogspot, anda tak perlu ubah banyak, hanya redirect laman blog lama anda ke nama domain baru anda, ianya sangat mudah. Malah anda hampir tak perlu menggunakan banyak sangat ilmu. Nak saya buat entri pasal ni tak?? heheheh...mehkasik bayar boleh? weeeee.....

Ia jadi mahal bila anda bertukar hosting iaitu bukan lagi menggunakan platform blogger.com untuk publish entri anda dalam blog. Selalunya bila blog itu menggunakan hosting sendiri, ia akan menggunakan platform wordpress yang lebih mesra pengguna dan banyak kelebihan. Tapi itu untuk yang advanced .... macam saya dan anda ...memadai cuma beli domain sendiri - hanya bermula dari RM30 setahun je .... nak beli tak? KLik kat banner iklan yang ada dalam blog ni ..ok!

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ha ah la...ingat nak tuka lepas berite2 pasal blogspot haritu

    BalasPadam
  2. wahhhh macam tau tau aje Mak Dara tengah bercadang cadang nak beli domain ye hehe.. besttt besttt dah faham sikit2 tentang domain ni.. tangkiuu =)

    BalasPadam
  3. @ZIPPO MILLER Jangan salah faham .. domain beza dengan hosting. Mungkin guna domain sendiri tapi hosting still guna blogger, so tetap ada efek.

    BalasPadam
  4. @hasrul hassan
    betol tu bro. hosting masih blogspot yg berkuasa,risiko pun masih ada :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement