Salam.
Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu - dengan nama ini: Billy The Kid. Kalau sesapa peminat cerita koboi, tentu ada sedikit pengetahuan mengenainya. Billy The Kid, merupakan antara penjenayah termuda semasa zaman koboi di Amerika. Boleh dikatakan ia dikatakan lagenda jugaklah sebab merompak banyak bank dan juga gerabak keretapi. Kalau nak tahu cerita dan kisah Billy The Kid, anda boleh google.

Billy The Kid
Highlight saya dalam entri ini ialah mengenai gambarnya yang telah berjaya dijual atau dilelong dengan bidaan USD$2.3 juta (hampir RM10 juta). Gambar ini dikatakan ditangkap oleh seorang jurugambar pada masa itu dengan harga 25 sen. Gambar ini ditangkap di Fort Summer, New Mexico dan menggunakan kaedah 'metal plate'.

Billy The Kid dikatakan dalam sejarah telah menembak mati 21 orang, dan ada pula mengatakan hanya sembilan orang yang ditembak mati oleh penjenayah ini. Nama sebenar pula dikaitan dengan beberapa nama; iaitu Henry McCarty,  William H. Bonney dan juga Henry Antrim.

Gambar yang berusia 130 tahun itu, kini dimiliki oleh seorang jutawan bernama William Koch dalam satu lelongan di Denver, Amerika Syarikat pada 25 Jun 2011.

Sumber: CNN Edition

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. biasa dngar nama ni tp xtahu sgt info pasal pnjnayah ni..org biasa guna nama dia dlm filem jer..x ingat la filem mana..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement