Tajuknya simple je ... tapi telefilem ini memang buat saya antara terbaik untuk tahun ini arahan Bade Hj Azmi. Saya dan ibu saya sempat layan .... baru je habis kejap tadi. Dan gara-gara kisah yang diutarakan dalam telefilem ini membuatkan ibu saya yang tercinta mengalirkan air mata. Saya pun dok sebak2 gakk .... 

Ibu Saya Menangis Melihat Telemovie Ini

"Mati kot ...." kata mak saya.
"Ishhh tak la ... lau mati mesti dah abis dah citer ni" kata saya.
"Mak dia tak nangis pun .. ehhh mak sedih ke .. naper nangis lak ni ... ?" tanya saya.
"Sedih ... sedih la tengok mak dia tu .. anak dia tu.." jawab mak saya.

Hmmm memang citer ni sedih .... citer tentang pengorbanan ibu terhadap anak-anak, pengorbanan anak-anak kepada ibu mereka yang menjadi ibu tunggal. Bermula dengan cerita, si ibu kehilangan suami, dan sejadah bergambar kaabah menjadi subjek utama .... menggambarkan hasrat tak kesampaian suami dan juga ayah kepada 3 orang adik beradik - yang ingin menunaikan umrah. Itulah tajuk telefilem ini - Sejadah Kaabah.

Sejadah Kaabah. Foto Ehsan: OhBulan
Dari situ, perjalanan cerita bermula dengan menampakkan plot si ibu mencari nafkah dengan menjual nasi lemak, mengambil upah menjahit .... hanya untuk menyara keluarga dan memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Plot mula berubah bila si anak yang baru 10 tahun turut membantu ibunya menjual nasi lemak.

Dari menjual di kawasan terlarang (sebab tak ada lesen meniaga) hingga plot cerita berubah dengan si anak bernama Izah cuba menjual nasi lemak dengan berbasikal ... 

"Nasi lemakkkkkk ....nasiii lemaakkkkk ..."

Dan uhh nama Siti Nurhaliza jadi bahan sumber inspirasi si Izah. Dari situ ... plot disulam akan kematangan si anak lelaki yang belajar di Matrikulasi, juga buat kerja sambilan .... juga kerana ingin membantu ibunya.

Lakonan Eika Farhan Memikat Hati Saya. Foto Ehsan: Oh Bulan.
Kemudian .... tiba bab sedih ... si Izah yang beria-ria nak tukarkan sejadah kaabah milik ibunya, telah masuk pertandingan karangan dan menang di sebalik kemerosotan pelajaran akibat letih menjual nasi lemak. Izah meninggal sebab eksiden ....  hmmm... dia menang johan .. dan kata-kata akhir dalam telefilem ini:

"Mak .... bolehlah Mak pergi umrah ...."
"Nanti Mak bawa Izah sekali yer ...... "

Sebak gak la ... dan paling menarik ... saya sangat sukakan lakonan si Izah ini ... siapa dia? Hmmm dia ialah Eika Farhana. Petah dan sedap je bila dia menuturkan bicara .... siyes saya fikir tadi saya dah terpikat.

Turut berlakon dalam telefilem yang mengesankan ini: Selain Eika Farhana ialah Sharifah Shahrizah, Esliza Loy, Hanis Kamal dan Noorkhiriah

Pembetulan: Pelakon terdiri dari  Eika Farhana, Sharifah Shahrizah, Elliza Razak, Hanis Kamal dan Noorkhiriah.

Video di sebalik telefilem ini:

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ahahk2.. Bade nyer arahan msti sad ending..
    tapi ape2 pn nice story ler..
    Shooting Dengan Nur TV Production

    BalasPadam
  2. memang sayu la...
    kat tv1 pun cite best gak...
    sedih jugak...
    endingnye si mak meninggal..

    BalasPadam
  3. wahh! syamimi tak tgk pom cite ni. sbb tgk iklan dia pun da mcm tacinkkkk je! haha
    kalo tak mst da nanges2. ahhaha

    so syamimi tgk tv2. action bebeh! ehhehe

    BalasPadam
  4. mmg sedih cerita ni..
    sy pun tertarik kat eika gak hehe

    BalasPadam
  5. ingtkn yaya je yg d0p seb0k sapu air mata..
    mmg sdh la, kekadng kalu kite rasa ksusahan bru la kite tau mnghargai kn

    BalasPadam
  6. Hmmm ... ye .. kalau sesapa pernah alami pengalaman sama mesti terasa hiba. :( Teringat arwah abah.

    BalasPadam
  7. just sempat tgok iklannya je. tgok iklan pun mcm best cite ni. ketinggalan nak tgok cite ni semalam. huhu.

    BalasPadam
  8. ada pembetulan sikit. Pelakon dalam telemovie ini dibintangi oleh Eika Farhana, Sharifah Shahrizah, Elliza Razak, Hanis Kamal dan Noorkhiriah.

    BalasPadam
  9. @Mohd Arif Bin Abdul Samad Salam. Terima kasih. Saya dah perbetulkan dalam entri.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement