Sedihnya Maira. Foto: Lensahasrul

Salam semua bloggers.
Saya bukan blogger otai. Saya bukan blogger yang popular. Itu fakta. Tapi saya ada hak sebagai seorang individu menyampaikan apa yang terbuku di hati, apa yang terfikir di benak. Sebab itulah saya ingin ada blog. Saya ingin tulis, menyampaikan dan mencari pengetahuan untuk dikongsi bersama. Saya bercerita dari pengalaman saya - suku abad diberikan Tuhan kepada saya meneroka hidup yang semakin lanjut usia - bila mati menjadi satu 'alarm' yang perlu diambil erti.

Bila kita menyampaikan satu pandangan berunsur negatif (pada pandangan orang lain), kita seharusnya tackle dengan kebijaksaan yang jitu. Bukan setakat mengeluar kata dek kerana hati yang geram dan rasa jijik yang tak sepatutnya. Berpada-padalah. Kerana bila anda menulis dengan penuh rasa imarah, dengan ayat yang bisa; ia sebenarnya entri yang mengundang rasa tidak puas hati. Mungkin ada yang menyokong, tapi adakah mereka berani berada di depan tatkala pistol dihalakan kepda diri anda?

Jangan aniaya orang dan dalam kata lebih khusus, jangan aniaya blogger lain. Tak baik. Berdosa mengaibkan orang ni. Kalau jatuh hukum fitnah, macam mana? Nak memberikan pandangan dan rasa tidak puas hati - silakan, tapi bila anda menyebut saja nama orang, nama blogger secara terang-terangan, anda dah bawa diri anda untuk diadili. Dan selalunya, bila manusia diadili oleh manusia, ada banyak kurangnya, apatah lagi anda bukan hakim yang layak.

Jika ingin memberikan nasihat, berkatalah dengan baik. Bahasa jiwa bangsa. Dah tiada jiwakah anda sampai melupakan bahasa dengan kata-kata lebih manis tapi bermakna. Biar kenyataan anda ramping dan kemas, tetapi penuh pengertian yang mendalam dengan isi yang tersirat. Tak perlu mengamuk, tak perlu berbahasa kasar. Itu bukan yang diajar oleh mereka yang terdahulu. Itu bukan diwahyukan Tuhan kepada umat akhir zaman. Bukan.. bukan. Tak belajarkah anda tentang sejarah?

Kekerasan. Baik dalam bahasa dan perbuatan tidak akan bawa anda ke mana-mana. Tiada jalan penyelesaian di situ. Api diberi api takkan padam.

Betapa jelek sekalipun anda terhadap blogger lain, cubalah menegur dengan rasa kasih sayang. Dia juga umat akhir zaman seperti anda. Dia juga akan diadili kelak. Dia juga akan mengadap Tuhan. Bukan anda sorang saja. Jika anda menegur dengan rasa benci, dengan rasa meluat, dengan rasa jijik .... adakah telinganya akan mendengar?

Kita semua bakal berhimpun di satu tempat yang sama. Jangan nanti ... pada ketika itu, si dia datang kepada anda .... dan dengan izin Yang Maha Esa, menuntut segala macam kebaikan yang telah anda persembahkan semasa di dunia. Kita tidak mahu menjadi papa kedana di akhirnya hanya kerana sebuah blog!

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. begitulah bila nafsu mnguasai minda.. yg hanya tahu mnjatuhkn org lain.. kan lbh baik kita sama2 maju dlm dunia blog ni dgn teguran yg membina.. bukan yg mnjatuhkn...

    BalasPadam
  2. hurmmm..bila baca entry HH ni teringat lak baru2 ni saya kena kutuk2 keji2 kat dalam satu blog siap attach bukti bagai lerr..hadesss..!! padahal kita berblogging ni kadang2 tersama perkataan tersama entry kan..tp xperlah..jumpa kat sanun lar..sbb DIA maha mengetahui segalanya..pernah patah hati nak berblogging tp minat dan kesabaran mengatasi segalanyaa.

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement