As-Salam semua.
Kadangkala, naik malu juga saya bila Amri lebih prihatin dari saya bila bercakap soal haram dan halal ni. Mana taknya, Amri yang usia 7 tahun .... dah tahu produk mana yang boleh dan tak boleh dimakan. Malah, saya tersentak bila dia cakap .... "Abah, yang tu tak bleh makan la .. tak halal!"

Terima kasih kepada guru dan cikgu yang mengajarnya semasa di Tadika Islam Perak. Dari situ, Amri lebih cekap dari saya bila nak membeli barang di kedai atau supermarket. Amri lebih dulu periksa samada produk nak beli tu halal atau tidak ... pastu dia akan tengok tarikh luput ... pastu dia akan tengok harga.... kalau tak penuhi 3 kriteria ni .. dia akan cakap dan sebolehnya minta saya jangan membelinya.

Soal haram dan halal bukan soal remeh temeh ... jika makan benda terang2 yang haram .... bernanah berlendir nanti. Eeeiiii .. takut. Anda tak risau ke? Saya tentulah risau. Sebolehnya saya mahukan makanan yang saya dan anak beranak saya makan tu sumber halal dan bersih.

Saya menyerahkan soal nak check dan tentukan produk tu halal atau haram pada mereka yang arif - Pihak Jakim. Jika tiada tanda halal .. maknanya ia tidak diakui bersih dan ikut syarak dan undang yang ditetapkan. Boleh juga diandaikan sesuatu itu halal jika nampak siapa dan di mana produk tu dibuat depan mata kepala sendiri - cam belacan dan keropok lekor. Tapi bila soal makanan yang lebih universal yang banyak benda campuran lain .... kebersihan dan kehalalannya mungkin boleh diragui.


KUALA LUMPUR 8 Feb. – Tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar produk makanan dan minuman di dapur rumah anda diragui status halalnya.

Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di lima pasar raya besar sekitar ibu kota menemui, sejumlah 25 daripada lebih 50 barangan menggunakan logo halal tidak diiktiraf.

Tambah menyedihkan apabila kebanyakannya terdiri daripada barangan makanan yang digunakan setiap hari seperti mi segera, kicap, tuna dan rempahan sup selain makanan ringan.

Kesemua produk yang mempunyai logo ‘halal’ tersebut cuba dijejaki melalui laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) namun tiada maklumat mengenainya.

Pemeriksaan ini sekali gus membuktikan produk-produk itu tidak didaftarkan secara sah.

Berbeza dengan barangan sama daripada jenama lain yang diperiksa, maklumat seperti nama syarikat, jenama dan jenis barangan serta tarikh tamat tempoh sijil pengesahan halal dipaparkan.

Paling mengejutkan, enam produk yang telah diharamkan penggunaan logo halal oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuatkuasa pada 5 Februari tahun lalu, masih kebal di pasaran.

Tindakan dalam memastikan kesejahteraan umat Islam benar-benar terpelihara dari aspek halal haram mengikut ajaran agama itu mungkin tiada impaknya apabila logo seperti Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International masih boleh dilihat digunakan pada hampir setiap jenis makanan.

Ini juga memudahkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaburi mata pelanggan menerusi logo halal masing-masing.

Tambah malang, hanya sebilangan kecil produk di pasar raya didapati menggunakan logo standard Jakim biarpun jabatan itu sudah menetapkan sejak Ogos 2009, ia hendaklah dicetak pada label produk berserta dengan nombor rujukan MS dan 10 digit terakhir nombor rujukan permohonan.

Statistik Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula menyatakan sebanyak 60 peratus daripada 66 kes pelbagai kesalahan yang dikesan pada tahun 2010 adalah melibatkan pemalsuan logo halal Jakim. - dipetik dari Utusan Malaysia Online


Untuk info: Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:


Logo Halal Malaysia:
  1. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  2. Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  3. Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  4. Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  5. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut
Jika ingin lebih tahu tentang pensijilan Halal ini, anda boleh lawati laman web Halal Malaysia

Kerana mengikut ketetapan dan undang2 .. mungkin ada produk yang ada tanda Halal ... akan diharamkan ... dek kerana ia paparkan tanda halal yang tidak sah!

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bila halal tukar jadi haram, ada rasa mcam geli geleman pulak~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement