Bangku Kosong Muncul dalam Majalah In Trend Februari 2011


Salam semua yang suka melepak sini.
Ohhh terima kasih. Tak sangka pulak yer. Mula tu berangan kat entri ni [Syok Sendiri Bila Wartawan Tanya Saya] ... tup tap .. bila dapat info blog Bangku Kosong masuk majalah In Trend .. terus saya keluar bawak 3 orang anak saya ke kedai magazine.

Bawak keter dengan berhemah ..... pusing kiri .. belok kanan dan behenti.

"Abah nak pegi mana nih?" tanya Amri setelah saya ambik dia dari sekolah.
"Nak pergi kedai buku" jawab saya dengan hidung separa kembang.
"Kat mana?" tanya Amri lagi ....
"Ala .. abah nak gi kedai yang ada meinan tu la .. tempat beli paper tu la" sampuk Zikri. Maira dok sengeh2 sebab seronok dapat jalan2.

Dah sampai .... masuk kedai .. tengok2 kat rak yang ada .. ehh tak ada pulak majalah ni. Saya pun tanpa segan tanya kat tauke.

"Bos ... ada majalah In Trend tak?" tanya saya sambil mata melilau .....
"Ada ... cakap saja ... saya bikin cari" kata tauke kedai bercermin mata.
"Ala punya .. nah ... kasik tau .... saya cari kasik u" sambil menghulurkan majalah dengan cover Juliana Evans kat saya.

Saya capai .. terus ... tak cakap apa2 .. belek punya belek ... dah nah ... ini dia:




Saya nampak muka familiar kat situ. Hmm betullah ... blog ni ada dalam majalah ni bersama dengan beberapa blog lain yang hebat-hebat belaka ..uhhh.... best je rasa di hati.

"Bos ... kasik tengok ini, ada serupa sama saya punya muka tak?" selamba je tanya kat tauke tu.
"Apa sama?" sambil tauke buka cermin mata nak tengok apa yang saya cuba tunjukkan kat dia.
"B.A.N.G.K.U .. bangku kosong ... apa ni, u ka?" tanya si tauke lepas belek2 penuh minat.
"Waa .. ada masuk sini ka .. apa ini?" tanya si tauke.
"Saya punya blog ... internet masuk sini .. majalah ni" kata saya.
"Ohh itu macam .. hmmm .." sambil si tauke bagi balik pada saya dan saya pun terus bayar.


Dari kejauhan, Zikri dok laung2 suruh saya beli mainan yang dok tergantung kat depan kedai tu. Saya buat tak dengar.

Masuk kereta ... saya tunjuk kat Amri dan Zikri.

"Tengok ni .. sama tak?" tanya saya pada mereka.
"Hehehehe... abah la .. abah Bangku Kosong la .. nak bagitahu mama lah" jerit Amri.
"A'ah la ... abah sama la" sampuk Zikri.


Saya. Diam je. Tapi dalam hati berbunga-bunga. Walaupun kecil tersorok di pinggiran, namun kini saya yakin .. blog saya kini diiktiraf.

Terima kasih kepada anda semua yang sedang membaca blog ini. Tanpa anda .. siapalah saya. Tanpa anda ... saya tak mungkin hadir dengan idea dan nukilan. Terima kasih .. nih ucapan sambil buat flying kiss ni ... lalalala ...

Oh ya .. terima kasih kepada majalah In Trend terbitan Astro ini kerana memberikan bloggers ruang dalam majalah ini, ini baik bagi kami semua yang ingin menyampaikan apa yang ingin kami sampaikan. Terima kasih.
Bisnes Kambing

Post a Comment

12 Comments

  1. Congratsss...entah kurun ke berapa baru boleh masuk magazine ni..huhu..itu pun kalau masih idup blog sy..ish ish ish...

    Entry Semasa:
    Bila Pisau Tercucuk Pipi

    ReplyDelete
  2. Tahniah juga dari DTS-Mat Gebu utk Bangku Kosong...

    ReplyDelete
  3. wahhhh
    bestnye dapat masuk majalah !
    jeles ni..huhuhu

    tahniah eh..
    da ikut jejak langkah abg ben dan abg eq

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua. Kalau tidak kerana anda ... takkan ada blog ini. :)

    ReplyDelete
  5. cool.. congrats!
    bila lah blog saya akan terpapar kat newspaper :P

    ReplyDelete
  6. tahniah...
    kami terpilih utk edisi march.... alhamdulillah... rezki kami juger :)

    ReplyDelete
  7. Wa... no wonderlah sy pun peminat setia blog mr HH.... pernah masuk magazine, memang hebat. Tahniah :)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com