Ehemm ... tadi saya dah tunjuk tempat iaitu Jeti Sungai Udang. Sekarang saya nak tunjukkan apa yang kami sekeluarga dah beli dari Jeti Nelayan Sungai Udang, Nibong Tebal. Aha .. inilah ikan-ikan yang dah kami beli. Ada 5 jenis semuanya ... dengan harga kurang dari RM50. Segar .... semuanya ikan baru naik dari bot nelayan. Syiookkkk ... siap lompat-lompat lagi tu.
Ikan Segar dari Jeti Nelayan Sungai Udang


Sekali beli dua ekor nih, RM12 ... besar tapak tangan .. ikan bawal emas (rasanya) dan ikan nyok2 kecik, sesetengah tempat panggil ikan aya (pantai timur), kalau ikut nama LKIM .. ikan Giant Traveller (GT). Sedap buat kari nih .. uhhh jangan memain. Kalau beli kat kedai biasa ... selalu buat kari kepala ikan.


Yang ni 3 ekor ikan timbang lebih dari sekilo ... dalam RM18 semuanya ... ikan ni ikan reject dari peraih sebab badan dia tak cantik. So kami ambik la ... RM10 sekilo. Tadi masak ikan ni wat masak lemak cili api dan goreng ... perghhh manis bersari beb. Memang lazat .. makan nih saja je pun sodapppp ... ratah gitu.


Ikan ni saya konpius skit namanya, separa tokey tu cakap nama ikan ni ikan balan, tapi nampak macam ikan susu atau ikan bulan je. Dah check kat carta ikan .. tak ada rupa pun .. paling dekat ialah ikan senangin, tapi ekornyer berbelah. Uhh lantak .... tak tahu nama apa ada kesah .. ye tak? Heh .. janji sodap ... dan memang sodapppp .... kenyal je isinya.


Tu dia .. penuh satu sinki kami ... :) semuanya ikan segar .. kurang dari RM50. Sapa2 nak beli ikan? Meh meh .. beli ikan segar.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. best tuh ikan segar2...murah lak tuh...kat jb nih tak dapat lah ikan dgn harga camtuh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Borong dari Jepun