Borong Jambu Batu Lohan Segar dari Ladang di Trong, Taiping

Satu waktu dulu pernah viral dan popular jeruk Jambu Batu Lohan yang dijual dengan pelbagai warna. Sekilas pandang jeruk jambu batu yang dijual macam buah epal bersaiz besar, tetapi sebenarnya ia adalah buah jambu yang telah dijerukkan dan diberikan pewarna.

Ketika jeruk jambu tu menjadi viral, ia sangat mudah didapati pada setiap Rehat dan Rawat (RnR) Plus, terutama yang berada dalam negeri Perak. Al maklumlah, produk jeruk jambu ini berasal dari sebuah ladang jambu di Trong, berdekatan Taiping.

Memborong Buah Jambu Batu Lohan dari Ladang Trong, Taiping

Borong Buah Jambu Batu Lohan dari Ladang Trong, berdekatan Taiping
Malah jeruk jambu batu ini sangat popular dan menjadi tarikan kepada pelancong luar dan dalam di Cameron Highlands, Pahang ... sehingga ramai yang sangkakan ia merupakan produk kawasan peranginan tersebut.

Jika anda ke Cameron Highlands, pasti akan jumpa jeruk buah jambu ini.

Jeruk buah jambu batu atau jambu Lohan terdapat dalam dua warna iaitu merah dan hijau muda. Disebabkan warna inilah menjadikan ia sedikit unik dan menarik perhatian orang. Ada yang menjual jeruk jambu dan menggelarkannya Jambu Kristal.

Err tak pernah lihat???

Gambar Jeruk Jambu Batu Viral

Di bawah ini adalah contoh jeruk jambu batu yang popular dan pernah viral tu .....
Jeruk jambu batu atau Jambu Batu Kristal
Jeruk buah jambu batu viral
Okeh.

Saya bukan nak cerita sangat pasal jeruk jambu batu ni, sebabnya saya tak minat sangat. Saya tak suka dengan idea meletakkan pewarna kepada buah-buahan segar. Ia tak berapa bagus... walaupun ia sekadar 'hiasan' untuk buah tersebut.

Oh ya, kalau anda yang tak pernah rasa jeruk buah jambu batu .. hmm rasanya adalah masam-masam macam jeruk dan ada rasa manis buah jambu .. so masam-masam manis jambulah.

Pergi Borong Jambu Batu Segar Terus dari Ladang

Baru-baru ini, saya dan keluarga telah berkesempatan untuk pergi ke ladang buah jambu tu yang terletak di Trong. Tak susah nak cari lokasi ladang ni kerana ia betul-betul berada di seberang jalan sebuah tasik yang luas.

Jika anda datang dari arah Taiping, ladang ini berada di sebelah kiri jalan, sebelum tiba ke sebuah stesen minyak.

Kalau ikutkan, anda tak boleh pergi dan masuk sesuka hati ke ladang ini yang luasnya saujana mata memandang. Ada hari tertentu untuk pergi masuk, membeli dan memborong buah jambu batu jenis Lohan di ladang Trong ini.
Ladang jambu batu Lohan di Trong, Taiping Perak
Tiada pagar khas di laluan masuk ke ladang ini. Cuma sayugia nak ingatkan bahawa, jalan masuk ke ladang atau kilang jambu batu ini agak sempit sedikit. Ia jalan berturap dengan kiri dan kanannya penuh dengan pokok-pokok jambu batu jenis Lohan.
Kilang jambu batu di Trong, berdekatan Taiping
Anda takkan nampak kilang proses buah jambu batu ini dari jalan besar. Anda kena masuk beberapa ratus meter jauh dari jalan utama, barulah akan nampak satu bangunan besar di tengah-tengah ladang.

Bila sampai sahaja ke bahagian kilang jambu ini, ada beberapa bahagian dipisahkan. Satu untuk pemprosesan jeruk jambu, dan bahagian lain untuk memproses jambu batu segar. Jambu batu jenis Lohan diasingkan mengikut pasaran dan juga saiz buah.

Harga Borong Jambu Batu Lohan

Harga jualan borong juga berbeza-beza mengikut saiz atau gred. Anda boleh lihat seperti dipaparkan di bawah ini.
Harga borong buah jambu batu Lohan pelbagai gred/saiz


  • Gred AA - RM4.50 sekilogram
  • Gred A - RM4.00
  • Gred B - RM3.70
  • Gred Bk - RM2.80
  • Gred C - RM2.00

Buah jambu di ladang ini memang dijaga dengan baik sejak ia mula berbuah lagi. Pembungkusan atau pembalutan buah dibuat awal ketika buah jambu batu masih di pokok.

Jika anda lihat dalam gambar-gambar di bawah, buah jambu batu Lohan yang masak memang sudah siap terbalut dengan rapi dengan span khas dan juga plastik lutsinar.
Proses pengasingan buah jambu batu ikut gred
Jambu batu diasingkan ikut gred di kilang jambu Trong
Syarikat yang mengendalikan ladang dan kilang jambu batu Lohan di Trong ini dah lama beroperasi. Malah, syarikat ini dah banyak dapat pelbagai anugerah daripada FAMA dan kerajaan negeri Perak. Jadinya, hasil keluaran jambu batu dari ladang ini memang diiktiraf terbaiklah di Malaysia.

Buah Jambu Batu Lohan juga merupakan produk hasil tani negeri Perak yang membanggakan selain buah lain seperti Limau Bali dan juga Durian.
Anugerah dan pengiktirafan pengeluaran jambu batu Lohan

[Dah Baca?] Rasa Buah Jambu Susu atau Jambu Tetek

Kami memang banyak borong buah jambu batu Lohan ni. Uhh berkilo-kilo jugalah.

Kami borong jambu batu bukan setakat untuk dimakan sendiri secara segar, tetapi juga memenuhi pesanan kawan-kawan di Parit Buntar. Bagus buah jambu batu ni ye .. banyak khasiat dan kebaikkannya untuk kesihatan.

Buah jambu yang dijual di ladang ini memang semuanya kualiti terbaik. Walaupun ada gred-gred ikut saiz, rasa buah kekal sama dan tetap sedap.

Sedap Dimakan Dengan Asam Boi atau Dibuat Jeruk Asamboi

Memang sedap jika disimpan di dalam peti ais, apatah lagi kalau dapat dicicah dengan serbuk asam boi .. hmmmm yummii .. huhu.

Bila dah borong banyak buah jambu ni, bolehlah buat jeruk jambu asamboi sendiri. Cara nak buat dan penyediaan sama je dengan jeruk mangga asamboi yang popular tu. Letak asam dan letak cili padi, dan simpan dalam bekas .. lepas tu letak dalam peti sejuk.

Jika anda berminat nak pergi beli atau borong buah jambu batu segar dari ladang, anda boleh berpandukan kepada Waze atau Google Map dengan menaip "Green Fruit Enterprise". In Sha Allah, akan jumpa tempat ni.

Kalau tak pasti, leh rujuk peta Google di bawah ..


Post a Comment

8 Comments

  1. Murah kalau beli terus dari ladang.. fresh je bila mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Banyak pilihan .. kami pilih saiz kecik sikit, harga jambu batu yang saiz kecik skit lebih murah, jadi boleh dapat banyak skit .. hehe

      Delete
  2. saya pun minat jambu. biasa beli tepi jalan sini je ada jual jambu dari muar. tapi tak tahu la apa beza dgn yg di perak

    ReplyDelete
  3. Yang jeruk tu, dah berapa kali ke cameron pun, saya tak terasa nak membeli atau merasanya..tak tau kenapa, mybe sbb tgk colornya ...

    Kalau jambu batu yee, pantang nampak memang saya beli heheheh

    ReplyDelete
  4. Puas hati kalau dapat beli terus dari ladang...

    ReplyDelete
  5. buah jambu tu nampak segar sekali, harga pun rendah belum masuk pasaran

    ReplyDelete
  6. Wahhh....murah-murah la.. Boleh la singgah membeli terus di ladangnye nanti. Jeruk jambu batu tu dulu leya pub suka gak makan die.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.