Ok. Saya akan cuba berikan penjelasan sebaik mungkin supaya anda faham kenapa blog anda masih lagi belum ditentusahkan oleh pihak Google Adsense.
Kenapa Adsense Masih 'Under Review'?
Sebelum anda boleh menerima iklan-iklan Adsense dipaparkan di blog anda, perkara pertama ialah memastikan 3 perkara penting di bawah telah dilakukan setelah anda mendaftar dengan Adsense.1. Blog anda mesti dihubungkan (connect) dengan Adsense
Caranya ialah dengan memasukkan kod Adsense yang diberikan sewaktu awal anda mendaftar akaun penuh Adsense. Ia kelihatan seperti kod di bawah:
<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
google_ad_client: "ca-pub-XXXXXXXXXXX",
enable_page_level_ads: true
});
</script>
Anda perlu meletakkan kod ini di dalam ruangan <head> atau sebelum penutup </head> blog anda. Jika anda tidak letak, Adsense tidak dapat kenalpasti blog anda.
2. Anda telah memasukkan alamat sah untuk pembayaran Adsense
Anda perlu memasukkan alamat rumah yang betul ketika membuat pendaftaran akaun Adsense anda. Ketika akaun anda telah sampai had minima menerima income Adsense, satu surat khas akan dihantar mengandungi kod pin yang perlu anda sahkan secara online.Alamat yang tidak betul akan menyebabkan akaun Adsense anda dibatalkan. Dan untuk permulaan, pihak Adsense juga akan menyemak samada alamat rumah yang anda berikan itu valid atau tidak.
3. Verifikasi Menerusi Telefon
Sebaik sahaja anda daftar secara percuma bagi mendapatkan akaun Adsense penuh, anda akan diminta memasukkan nombor telefon untuk menerima satu sms daripada Adsense. Adsense akan memberikan pin 4 angka untuk verifikasi. Anda perlu masukkan nombor pin 4 angka ini apabila diminta.Orait, 3 perkara ini anda wajib buat ketika awal-awal membuat pendaftaran Adsense.
Jika semua tu dah dilakukan, pihak Adsense akan membuat review atau meneliti kandungan blog atau laman web anda. Perkara penting di sini ialah blog yang anda daftarkan ketika diminta memberikan URL blog/web ialah ianya mesti memenuhi terma serta polisi Adsense.
Secara amnya, polisi Adsense merangkumi:
- Blog mesti fully-functional - ada menu, ada header, ada footer, ada maklumat perhubungan, ada pernyataan disclaimer, ada pernyataan terma penggunaan; dan paling penting mesti ada konten yang cukup.
- Blog mestilah tidak memaparkan kandungan yang menyokong diskriminasi, hasutan, isu perkauman, kandungan lucah, berkaitan dadah, keganasan serta kandungan yang boleh disabitkan kesalahan undang-undang negara.
Pihak Adsense akan hantar email memberitahu bahawa permohonan anda berjaya.
Apabila anda terima email dari Adsense, mereka turut memberikan beberapa tips untuk meletakkan banner kod iklan Adsense. Tujuannya adalah supaya blog anda boleh memaksimumkan income Adsense.
Anda mungkin perlu ke laman rasmi Adsense, login gunakan email yang didaftarkan untuk Adsense dan kemudian pilih jenis-jenis banner serta iklan untuk diletakkan dalam blog.
[Baca] 7 Sebab Permohonan Adsense Untuk Blog Ditolak
Boleh tonton video ini andai penjelasan saya kurang memuaskan.
Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya. Jangan ketinggalan untuk baca banyak tips berkaitan Adsense yang telah saya kongsikan sebelum ini.
Jika blog anda masih lagi belum daftar Adsense untuk jana income sampingan dalam USD, boleh gunakan panduan ini - Panduan Adsense
Akhir sekali, ini nasihat daripada pihak Google Adsense sendiri jika aktivasi belum dapat dilakukan...
If your account is not activated, you'll receive an email explaining the reason(s) why. Depending on what issues you need to fix, you might be able to activate your account after you fix them.Jadi, tak perlu risau. Mereka akan bantu anda dapatkan akaun Adsense penuh anda. :)
Bagus info ni, Bolehlah saya gunakan nanti.. terima kasih
BalasPadambetul juga..
BalasPadaminilah antara sebab permohonan saya masih under review..
nak mohon baru pun sukar kerana mereka masih trace alamat yang sama
Saya belum pernah lagi apply AdSense. Memang ada niat nak apply tapi nak cukupkan dulu syarat2. TQ share :)
BalasPadamCubalah apply. Tak susah pun apply. Yang susah (buat stgh orang) ialah nak dapatkan kelulusan tu
PadamGud info. Thanks
BalasPadamTerima kasih Cik Tie.
PadamDisclaimer pun kkena buat ye tuan
BalasPadamTeringat masa mula2 nak apply adsense nie.. punye la payah.. nasib syukur dpat juga.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.