Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1439H

AI Trade
Ramadan tiba lagi. Alhamdulillah, kita semua diberikan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadan, bulan yang penuh barakah serta istimewa untuk umat Islam seluruh dunia.

Saya tak berapa ingat bilakah pertama kali saya mula berpuasa penuh di dalam bulan Ramadan. Mungkin di usia remaja belasan tahun, mungkin juga sebelum itu .. mungkin juga bila dah umur masuk 20an. Saya tak pasti, kerana saya tak ingat. Anda ingat?

Ramadan Datang Lagi

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1439H/2018
Dah usia 40an ni, banyak perkara yang tidak saya ingat. Walaupun dah banyak lalui pelbagai rencah hidup, namun bukan semua peristiwa dan kejadian melekat di kepala. Apatah lagi bila dah semakin meningkat umur, banyak sel-sel otak dah kurang berhubung gamaknya.

Alhamdulillah, saya rasa syukur dapat bertemu dengan Ramadan 1439H pada tahun 2018 ini. Bertambah rasa syukur apabila kehadiran Ramadan tahun ini masih lagi bersama dengan orang-orang yang tersayang, termasuklah emak saya.

Kali ini, Ramadan 2018 .. emak saya akan menunaikan ibadah puasa bersama saya sekeluarga di Penang, setelah beberapa tahun sebelum ini, menunaikan ibadah ini di Kuala Lumpur, ketika tinggal bersama dengan adik saya di sana.

Azam Ramadan 1439H

Salam ramadan 2018
Ramai rakan blogger yang telah tanamkan azam hebat untuk bulan Ramadan tahun ini. Menerusi segmen yang pernah saya anjurkan hari tu, beberapa rakan blogger telah berkongsi niat dan keazaman untuk mendapatkan limpahan rahmat kehadiran Ramadan dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Ada yang berazam untuk kurangkan berbuka puasa di luar. Ada yang berazam untuk tidak berbelanja di bazar Ramadan. Ada yang berazam nak masak berbuka puasa sedap-sedap untuk suami dan anak-anak .. dan macam-macam lagilah. Aha .. bagaimana dengan anda? Ada azam khusus ke diniatkan untuk bulan Ramadan tahun ini?


Ramadan sememangnya bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam seluruh dunia. Inilah waktu paling sesuai dan paling mujarab untuk melihat kembali akan fitrah diri yang selama ini dilupakan. Dek kerana keseronokan dunia, ramai yang terlupa akan tujuan sebenar menjadi makhluk ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini.

Daripada Abu Hurairah R.A lagi katanya bahawa Nabi S.A.W bersabda (bermaksud): “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (H.R al-Bukhari)

Ramadan adalah peluang untuk menebus segala kesilapan dan kesalahan. Ramadan adalah peluang untuk mencari seberapa banyak nikmat pahala yang telah Allah S.W.T sediakan khusus untuk umat Muhammad S.A.W. Ramadan bulan mulia, penuh barakah yang tidak dinampak oleh mata kasar yang melihat.

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda (bermaksud): Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (H.R al-Bukhari dan Muslim)

Berpuasalah dengan niat kerana Allah S.W.T. Berpuasalah selama sebulan di bulan Ramadan. Tunaikan kewajipan rukun Islam ini dengan sebaiknya. In Sha Allah.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al Baqarah: 183)

Blog post atau entri ini adalah untuk mengingatkan saya mengenai puasa di bulan Ramadan, dan semoga ia juga boleh dijadikan panduan untuk rakan-rakan pembaca beragama Islam. In Sha Allah, saya berazam untuk jadikan ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini, khususnya untuk menjadikan diri saya lebih baik dari segi kesihatan.

In Sha Allah, moga ibadah di dalam bulan Ramadan tahun ini juga lebih baik, dan akan menjadikan saya serta keluarga saya menjadi Muslim yang lebih baik selepas itu.

[Baca Juga] Jadual Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Pulau Pinang dan Seluruh Malaysia 1439H/2018

Salam ramadan 1439H.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam Ramadhan saudara HH..
    Semoga kita terus istiqamah menambah amalan sepanjang bulan Ramadhan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadan, terima kasih. Mudah-mudahan yang terbaik buat kita semua, in Sha Allah

      Delete
  2. Salam Ya Ramadhan Saudara Hasrul Hassan

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.