Puasa Ramadan 1439H/2018 telah ditetapkan bermula 17 Mei 2018 (khamis) bagi keseluruhan Malaysia. Pengumuman mengenai tarikh mula puasa telah pun dimaklumkan menerusi kaca tv media arus perdana oleh penyimpan mohor besar Raja-Raja, baru-baru ini.

Jadual Imsak & Jadual Berbuka Puasa Pulau Pinang serta Seluruh Malaysia

Untuk itu, sukacita saya nak kongsikan jadual imsak dan jadual berbuka puasa untuk seluruh Malaysia, khususnya untuk negeri Pulau Pinang.

Saya kongsikan secara khusus jadual imsak dan jadual berbuka puasa Ramadan 1439H untuk negeri Pulau Pinang memandangkan saya tinggal dan menetap di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Jadi, perkongsian kali ini bukan sekadar untuk perkongsian rakan pembaca blog saya, tetapi untuk rujukan dan panduan buat diri saya juga.

Informasi dan panduan jadual imsak serta jadual berbuka puasa ini diambil dari portal JAKIM dan portal rasmi Mufti. Malah menerusi portal JAKIM, anda boleh muat-turun secara percuma semua jadual imsak dan jadual berbuka puasa untuk seluruh Malaysia untuk tahun 1439H/2018.

Jika nak muat-turun secara direct setiap panduan jadual waktu berbuka puasa termasuklah waktu imsak; bolehlah lihat pada bahagian akhir entri blog saya ini. Saya sudah sediakan untuk anda terus muat-turun dengan hanya satu klik.

Jadual Waktu Imsak - Buka Puasa 1439H Negeri Pulau Pinang

Jadual Waktu Imsak - Buka Puasa 1439H Negeri Pulau Pinang
Untuk versi poster yang lebih besar, boleh klik SINI.


Baik, di bawah ini pula adalah senarai jadual imsak dan berbuka puasa untuk negeri-negeri lain di Malaysia. Ianya dalam bentuk pdf, anda boleh klik pada bahagian muat-turun tu ye.

Jadual Waktu Imsak dan Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia - JAKIM

Anda boleh muat-turun terus ke smartphone anda untuk rujukan kemudian.
NEGERI MUAT TURUN
 Perlis  klik sini
 Johor  klik sini
 Kedah klik sini
 Kelantan klik sini
 Melaka klik sini
 Negeri Sembilan klik sini
 Pahang klik sini
 Perak klik sini
 Pulau Pinang klik sini
 Sabah klik sini
 Sarawak klik sini
 Selangor klik sini
 Terengganu klik sini
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya klik sini
 Wilayah Persekutuan Labuan klik sini

Selamat menunaikan ibadah puasa, dan jangan lupa untuk niat puasa bulan Ramadan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement