Nombor Akaun Maybank Tabung Harapan Malaysia

AI Trade
Nombor akaun rasmi Tabung Harapan Malaysia. Menerusi satu sidang media, pihak kerajaan Pakatan Harapan menerusi Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah memaklumkan mengenai penubuhan sebuah tabung khas untuk rakyat Malaysia menderma bagi membantu kerajaan melunaskan hutang negara.

Nombor Akaun Rasmi Tabung Harapan Malaysia

Nombor Akaun Tabung Harapan Malaysia
Satu siaran media berkaitan kewujudan tabung khas dinamakan Tabung Harapan Malaysia ini juga telah disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia, ditandatangani Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng.

Surat siaran media itu menjelaskan antara lain nombor akaun rasmi Tabung Harapan Malaysia (THM) yang akan digunakan untuk menguruskan pemberian derma daripada rakyat Malaysia. Akaun rasmi untuk THM adalah menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452.

Siaran Media Penubuhan Tabung Harapan Malaysia

Kenyataan rasmi penubuhan Tabung Harapan Malaysia


Selain itu, siaran media itu turut menyatakan bahawa derma perlu dilakukan dalam bentuk matawang Ringgit Malaysia. Pemberian derma bukan satu paksaan dan tidak tertakluk kepada jumlah minima mahupun maksima.

Tabung Harapan Malaysia Dapat Respon Positif Rakyat Prihatin

Menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan tersebut, telah menampakkan keprihatinan rakyat Malaysia untuk menderma seikhlas mungkin. Tabung Harapan Malaysia mendapat sambutan sangat positif daripada rakyat Malaysia yang prihatin kepada masalah hutang negara yang dikatakan hampir RM1 Trillion.

Di bawah ini antara bukti yang dilampirkan rakyat Malaysia yang telah prihatin dan sudi menderma ke Tabung Harapan Malaysia sebaik sahaja ia diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Hebat sungguh sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan ini. Inilah yang dinamakan sebuah kerajaan yang disenangi. Walaupun kerajaan boleh mewujudkan mekanisma tertentu untuk mengutip dana kewangan bagi penyelesaian hutang negara; pihak kerajaan tahu ada ramai rakyat yang mahu membantu untuk Malaysia yang lebih baik.

Ramai yang sudah melakukan apa yang patut. Anda? Saya?

Harapnya sumbangan derma rakyat ini akan digunakan sebaik mungkin dalam memastikan hutang negara tidak terlalu membebankan. Dan semoga kerajaan Pakatan Harapan dapat memaklumkan akan jumlah terkini kutipan derma dalam Tabung Harapan Malaysia supaya ianya telus.

Jangan sia-siakan pengorbanan dan sumbangan rakyat.

Saya juga berharap langkah kerajaan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia ini akan dilihat oleh pelabur sebagai bukti bahawa kerajaan Pakatan Harapan disokong penuh oleh rakyat Malaysia dari segenap lapisan.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments