Syoklah Penjawat Awam Johor Dapat RM1,000 Bantuan Aidilfitri 2018

Borong Online dari China
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir sudahpun umumkan yang penjawat awam di Malaysia bakal menikmati bayaran khas untuk Aidilfitri 2018 sebanyak RM400 dan sebanyak RM200 untuk pesara kerajaan. Pun begitu, pembayaran khas Aidilfitri atau bonus 2018 ini hanya untuk penjawat awam gred 41 ke bawah sahaja.

Penjawat Awam Johor Diberikan Bantuan Khas Aidilfitri Sebyak RM1,000

Penjawat Awam Johor Diberikan Bantuan Khas Aidilfitri Sebyak RM1,000

Alhamdulillah, syoklah mereka yang berjawatan di bawah gred 41 dan ke bawah di semua sektor kerajaan persekutuan. Lapang dada dah bila dah tahu bakal menerima pembayaran khas Aidilfitri ini dijangka pada 7 Julai 2018.

Tapi lagi syok kalau seandainya anda kerja kerajaan di negeri Johor. Fuh ... diberitakan kerajaan Negeri Johor bersedia untuk memberikan bantuan khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM1,000 untuk semua penjawat awam di negeri tersebut.

Malah, pemberian bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 ini turut dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan berkanun di negeri tersebut.

Syok memang syok. Rasa lega banyak tu ...

[Dah Baca?] Desas Desus Pemberian Bonus Aidilfitri 2018 Penjawat Awam Terjawab

Berlainan dengan kakitangan awam persekutuan - hanya mereka yang di bawah gred 41 sahaja akan menerima pembayaran khas Aidilfitri sebanyak RM400.

Hmm bagi sayalah, kenapa tidak diberikan lebih sehingga RM1000 untuk kakitangan awam gred 41 dan ke bawah ini, jika dah terhadkan pemberian berdasarkan gred jawatan .. ye tak? Paling tidak nanti, bolehlah anak-anak buah belanja boss buka puasa ... hehehe...




Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. Kannn ... banyak tu dapat 'bonus aidikfitri' sampai rm1000

      Delete
  2. rezeki depa noh, bestnya.. nak raya2 gini mmg pkai duit byk..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lagi2 kalau keluarga besar. Skarang barang pun dah mahal, belanja runcit pun leh sampai RM500 sebulan dah skrang.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.