5 Rahsia Wanita Jepun Berpinggang Ramping Tanpa Amal Diet Ketat

Tahukah anda wanita Jepun memang suka makan. Tetapi tabiat mereka makan tak sama dengan kebanyakan wanita Asia yang lain. Itulah rahsia mereka kekal ramping walaupun usia meningkat. Anda tentu sangat jarang nampak wanita Jepun yang berperut buncit atau menggelebeh.

Wanita Jepun jarang berdiet sebab mahu kurus atau ramping. Mereka ada tabiat makan yang bagus yang menyebabkan tubuh mereka nampak lansing dan berpinggang ramping.

5 Rahsia Wanita Jepun Kekal Ramping

Rahsia Wanita Jepun Kekal Berpinggang Ramping
Lima rahsia wanita cantik Jepun ada pinggang ramping
Anda mahu kelihatan kurus dan ramping seperti wanita-wanita Jepun tak? Aha .. tak perlu lagi menyeksa diri dengan diet yang ketat. Apa yang perlu dilakukan cuba ikuti 5 amalan dan cara pemakanan wanita Jepun di bawah ini.

Makan Secara Perlahan

 Makan Perlahan Rahsia Wanita Jepun Kekal Ramping
[post_ads_2]
Wanita Jepun tidak gelojoh. Cara mereka makan adalah secara perlahan dan lemah lembut. Wanita Jepun sangat bersopan ketika makan. Malah, ada beberapa adat tradisi seperti menyediakan teh yang dilakukan dengan tertib tertentu. Sangat lemah lembut.

Apabila makan lebih perlahan, maka makanan akan dikunyah lebih lama. Makanan yang dimakan dengan cara ini akan lebih tercerna, lantas tidak memberatkan fungsi perut.

Tidak Makan 'Junk Food', Lebihkan Makanan Segar

Wanita Jepun yang berpinggang ramping lebih suka makan makanan segar seperti ikan, sayuran, sushi serta rumpai laut. Mereka sebolehnya akan hindari makanan yang mempunyai berkalori tinggi seperti 'junk food'.
Makan makanan segar  Rahsia Wanita Jepun Kekal Ramping
Kebanyakan menu seharian mereka adalah makanan seimbang dan versatil. Ketika musim sejuk, wanita Jepun akan makan daging, ikan, dan sup panas. Ketika musim panas, mereka akan makan sup sejuk, makanan laut, ramen dan juga salad. Penting semuanya disediakan segar.

Ambil Sarapan Pagi Waktu Yang Sama

Wanita Jepun ambil sarapan pagi pada waktu yang sama. Amat berbeza dengan sesetengah wanita yang sifatkan pengambilan sarapan boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Wanita Jepun jarang melewatkan sarapan. Sarapan yang sempurna adalah bagus untuk bekalkan tenaga melakukan kerja.

Kaedah Memasak Makanan

Kaedah memasak makanan jadikan wanita Jepun ramping
Orang Jepun amalkan cara memasak yang berbeza dengan kebanyakan masyarakat di Asia. Cara memasak orang Jepun lebih sihat, dan dengan teknik yang mampu untuk kekalkan rasa serta khasiat dalam makanan tersebut.

Orang Jepun mengamalkan kaedah memasak seperti merebus (reneh), mengukus, dan panggang. Jika makanan itu digoreng, ianya digoreng dengan sedikit minyak. Malah kebanyakkan masakan Jepun tidak menggunakan minyak. Mereka tidak amalkan memasak secara deep fry yang kebanyakkan dari kita sering buat terutama untuk masakan mat salleh .. huhu.

Makan Secukupnya

Wanita Jepun memegang prinsip untuk makan secukupnya. Malah dalam budaya Jepun, makan itu merupakan satu budaya, tetapi dilakukan dengan penuh tertib tatasusila serta menghargai makanan. Makan dengan porsi yang secukupnya sekadar untuk kenyang.

Ya, wanita Jepun akan berhenti makan jika sudah kenyang. Mereka jarang beli makanan luar sebarangan, dan lebih suka untuk memasak sendiri makanan kerana ianya lebih terjamin dari segi kesegaran serta kebersihan.
[post_ads_2]
Tabiat makan wanita Jepun ini bukan sekadar membolehkan mereka berpinggang ramping. Malah, kulit mereka lebih mulus dan cantik.

Pun begitu, walaupun tabiat makan wanita Jepun ini sebegitu, jarang pula kita nampak lelaki Jepun yang berpinggang ramping. Ini adalah kerana cara makan lelaki Jepun agak berbeza kerana secara budayanya lelaki Jepun dianggap sebagai pahlawan yang lebih kasar. Dan lelaki Jepun sangat kuat minum arak yang membuatkan perut mereka tidak seramping wanita Jepun.

Post a Comment

3 Comments

  1. Sebenarnya kena tukar Gaya hidup saja Kan. Kita kt Malaysia ni dah terlebih makan tempah Dan lemam

    ReplyDelete
  2. mungkin di Malaysia lelaki lebih tertib makan..sebab itu ramai yang sihat walfiat

    kalau ada wanita berusia berpinggang ramping dan kulit mulus...terbaik la

    ReplyDelete
  3. makan perlahan tu yes. aida pernah dpt nasihat dari senior di opis.
    sebab tu sunna nabi kena kunyah 40 kali ekk.
    jepun memang bagus pemakanannya. cth nyer mcm sushi.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.