Ingin Mati Ketika Berdakwah - Azmil Mustapha

AI Trade
Takziah. Saya baru dapat tahu bahawa Azmil Mustapha, pelakon yang popular di zaman remaja saya telah kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung di rumahnya. Azmil Mustapha  meninggal dunia ketika tidur pada jam 1 petang 14 Februari 2018 di usia 65 tahun.

Azmil Mustapha meninggalkan dua bekas isteri dengan lima orang anak. Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan seorang anak perempuan, Shamira. Manakalah dalam perkahwinan kedua, Azmil dikurniakan Allah S.W.T dengan empat orang anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia.

"Ingin Mati Ketika Berdakwah" - Azmil Mustapha

Azmil Mustapha yang popular dengan watak Ali dalam filem 'Ali Setan' pernah melahirkan hasrat untuk mati ketika berdakwah. Menurut laporan akhbar BH Online, Azmil Mustapha pernah mengungkapkan kata-kata berikut, "Mati ketika berdakwah sesuatu yang ajaib kerana ia mati di jalan Allah. Impian saya mahu mati ketika berdakwah... Itu idaman saya."

Ia diungkapkan oleh Azmil Mustapha ketika dalam satu wawancara bersama Harian Metro.
Ingin Mati Ketika Berdakwah - Azmil Mustapha
[post_ads]
Saya kenal dengan aktor ini menerusi filem Mekanik, arahan Othman Hafsham. Dalam filem Mekanik, ada satu babak yang saya sangat ingat sampai sekarang. Babak tersebut melibatkan dialog yang menjadi fenomena atau boleh dianggap viral ketika itu, bergandingan bersama pelakon jelita Susan Lancaster. Filem itu juga turut dibintangi oleh lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Dialog filem Mekanik yang saya maksudkan ialah dialog di bawah, diungkapkan oleh Susan Lancaster kepada Azmil ketika ditanya oleh Azmil "U orang putih ke?" (kalau tak silap).

"Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biru ke. Kita orang Malaysia kan".

Biografi Azmil Mustapha

  • Nama sebenar Mohd Azmil Mustapha Kamil.
  • Dilahirkan pada pada 1 Januari 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • Terima Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Filem, Radio dan TV dari Universiti Indiana, Bloomington, Amerika Syarikat pada 1979 - belajar 5 tahun.
  • Filem pertama - Mekanik 1983 Popular dan dikenali ramai menerusi filem Ali Setan (1985) dan Ali Setan 2 (1986) bersama Fauziah Ahmad Daud.
  • Filem lain - Suara Kekasih (1986), Kepala Angin (1987), Driving School (1990), XX Ray 2 (1995), Iman Alone (1998), Hanya Kawan (1997) dan terakhir Puteri Gunung Ledang (2004)
  • Filem luar negara - Fifty Fifty (USA), Madu dan Racun, Gadis Hitam Putih dan Dewi Cinta (usahasama Malaysia-Indonesia)
  • Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada Festival Filem ke 4 menerusi Mekanik, arahan Othman Hafsham.
  • Pelakon Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 6 menerusi filem Ali Setan, arahan Jins Shamsudin.
  • Awal 1990an, ambil keputusan untuk lupakan dunia glamor dan lebih kepada kehidupan berkeluarga dan dekatkan diri dengan perjuangan agama Islam.
  • Pernah ke Syria untuk belajar agama.
  • Terbabit dalam membantu rakan artis lain untuk belajar dan mendalami ilmu agama Islam.
  • Sering bersama pendakwah lain untuk berdakwah.
Azmil Mustapha antara pelakon yang saya ingat dan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan saya ketika remaja. Apabila Azmil Mustapha ambil keputusan untuk tinggalkan dunia glamor dan belajar mendalami agama serta berdakwah ... saya rasa gembira.

Moga roh Azmil Mustapha ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi soleh. Takziah buat keluarga beliau, dan Al Fatihah.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

8 Comments

  1. Al-Fatihah
    semoga rohnya dicucuri rahmat allah

    ReplyDelete
  2. suka dengan keraktor dia ni, sangat sederhana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Ketika Allahyarham berubah jadi pendakwah .. saya sangat gembira. Ada aura tersendiri.

      Delete
  3. …إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
    Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman..
    Aminnnn..

    ReplyDelete
  4. Syukur. penghabisan dia cantik. Semoga kita pun berakhir dalam keimanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Alhamdulillah. Apa yang beliau inginkan tercapai.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.