RinggitPlus Banner

Kadar Dividen ASBSN, BSN Dana Al-Jadid dan BSN Dana Al-Ifrah

AI Trade
Kadar Dividen ASBSN, BSN Dana Al-Jadid dan BSN Dana Al-Ifrah. Berita baik untuk mereka yang melabur dalam dana pelaburan PBSNB. Permodalan BSN Bhd. (PBSNB) hari ini ini (9 Januari) mengumumkan agihan pendapatan tiga dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Uh hu, ramai kot yang tidak tahu bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) ada menyediakan tiga jenis amanah saham untuk mereka yang mahu melabur dalam unit amanah. Jika anda seorang yang suka ambil peluang menjana keuntungan menerusi unit amanah atau unit trust ini, maka bolehlah jenguk prospektus berkaitannya.

Dividen ASBSN, BSN Dana Al-Jadid dan BSN Dana Al-Ifrah

Dividen ASBSN, BSN Dana Al-Jadid dan BSN Dana Al-Ifrah
Dividen ASBSN, BSN Dana Al-Jadid dan BSN Dana Al-Ifrah
Untuk makluman, PBSNB anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional itu telah mengumumkan agihan 0.85 sen atau RM2.33 juta bagi Amanah Saham BSN (ASBSN), 0.55 sen atau RM1.29 juta bagi BSN Dana Al-Jadid dan 0.55 sen atau RM1.41 juta bagi BSN Dana Dividen Al-Ifrah.

Untuk para pelabur unit-unit amanah ini, pelaburan semula unit agihan pendapatan bagi Al-Jadid dan Al-Ifrah akan dibuat pada hari ketiga bekerja selepas pengumuman, manakala pelaburan semula bagi ASBSN dibuat pada 31 Januari 2018.
[post_ads]
Ada beberapa lagi unit amanah yang disediakan oleh pihak PBSNB. Berikut adalah senarai unit amanah yang tersedia untuk pelabur yang berminat:

logoBSN Dana Shariah Money Market (Dilancarkan pada 1 August 2017)
logoBSN Islamic Maximizer Fund (Dilancarkan pada 15 June 2017)
logoBSN Islamic Tactical Fund (Dilancarkan pada 15 June 2017)
logoBSN Dana Dividen Al-Ifrah (Dilancarkan pada 12 September 2012)
logoBSN Dana Al-Jadid (Dilancarkan pada 18 Jun 2008)
logoAmanah Saham Bank Simpanan Nasional (Dilancarkan pada 12 Januari 1995)

Daripada senarai dana di atas, ada tiga dana amanah baru yang dibuka untuk pelabur-pelabur iaitu:

  1. BSN Dana Shariah Money Market
  2. BSN Islamic Maximizer Fund
  3. BSN Islamic Tactical Fund

Oh ya, sebelum anda klik pada setiap info berkaitan prospektus dana amanah di atas, sila fahami dahulu penafian di bawah:
==

Pelabur dinasihatkan membaca dan memahami prospektus dan surat ikatan amanah sebelum melabur dalam dana. Sekiranya masih ragu-ragu sila berunding dengan pakar kewangan anda. Dana unit amanah adalah semata-mata ditawar berdasarkan kepada kandungan maklumat di dalam prospektus elektronik dan maklumat lain adalah bukan sebahagian daripada prospektus elektronik.

Prospektus bercetak dan borang permohonan boleh didapati di Permodalan BSN Berhad yang bertanggung jawab untuk ruangan internet yang mana prospektus elektronik dan borang permohonan dimasukkan. Dana unit amanah ini hanya diperuntukkan di Malaysia atau sesiapa sahaja di Malaysia.

==
[post_ads_2]
[Dah tengok?] Panduan Buat Duit Dengan Unit Amanah
Orait, faham dah .. maka bolehlah lihat apa kandungan prospektus dana amanah di atas tu ye.

Selamat melabur.

Untuk info lanjut mengenai PBSNB, boleh klik SINI.




Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. Jangan lupa juga saham akhirat... hui hui .. :)

      Delete
  2. alhadmulillah berita baik untuk semua pelabur

    ReplyDelete
  3. banyak pilihan saham bsn ni ye.. alhamdulillah byk juga dividen tu

    ReplyDelete
  4. not bad dividen dari sini kan..teringin jugak nak menabung kat Asbn ni,tapi ramai pulak cakap TH lagi bagus..terus confuse

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak confuse, melabur je dalam mana-mana atau semua ... :) bukan satu komitmen pun. Jika ada simpanan tambah je pelaburan.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.