Webe Promotion

Panduan & Tips Memilih Pakej Umrah Elak Kena Tipu

Ketahui 10 Panduan Memilih Pakej Umrah dan Haji, dan 7 Langkah Jemaah Untuk Elak Kena Tipu Pakej Syarikat atau Agensi Umrah dan Haji.

Tips dan panduan memilih pakej umrah. Penipuan pakej umrah dan haji kerap berlaku kerana ramai yang tidak ambil endah tentang beberapa perkara. Mangsa sangat mudah tertipu dengan penawaran menarik seperti pakej umrah VIP, pakej umrah murah, pakej umrah dengan ustaz, pakej umrah dengan selebriti dan bermacam lagi.

Walhal perkara-perkara berkaitan penipuan pakej umrah dan haji ini boleh dielakkan jika para bakal jemaah membuat sedikit penyelidikan dan semakan tentang syarikat pengendali pakej.

Panduan Memilih Pakej Umrah atau Agensi Pengelola Untuk Elak Kena Tipu

Panduan Memilih Pakej Umrah atau Agensi Pengelola Untuk Elak Kena Tipu
Panduan dan Tips Memilih Pakej Umrah Untuk Elak Kena Tipu
Untuk sedikit sebanyak membantu para bakal jemaah dan orang ramai memilih pakej umrah yang sah, berdaftar dan berlesen, saya kongsikan 10 tips di bawah ini sebagai panduan semua. Ia mungkin bukan tips yang menyeluruh tetapi bolehlah diambil rujukan sebelum ambil keputusan muktamad memilih mana-mana pakej umrah mahupun haji daripada agensi atau syarikat pengelola.

Panduan dan Tips Memilih Pakej Umrah Untuk Elak Kena Tipu

Hasrat murni jemaah menunaikan ibadah umrah dapat ditunaikan  sekiranya  jemaah mengambil langkah-langkah berikut:
  1. Memilih pengelola umrah yang diluluskan oleh Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) seperti yang telah saya senaraikan di Senarai Syarikat dan Agensi Berlesen Untuk Kendali Pakej Umrah/Haji.
  2. Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih.
  3. Menyelidik latar belakang agensi; lesen dan permit untuk 'outbound' yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi. Sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah.
  4. Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain.
  5. Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi.
  6. Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi. Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi.
  7. Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan.
  8. Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan lain yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  9. Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah.
  10. Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah. 

Masalah Bakal Dihadapi Akibat Penipuan Pakej Umrah dan Haji

Panduan dan Tips Memilih Pakej Umrah Untuk Elak Kena Tipu
Antara masalah yang bakal timbul kepada bakal jemaah yang tidak membuat semakan syarikat dan agensi pengelola pakej umrah dan haji adalah seperti berikut:
  • Penundaan tarikh penerbangan
  • Masalah jemaah terkandas, samada sebelum berlepas, ketika mendarat atau ketika mahu pulang ke Malaysia.
  • Kegagalan mendapatkan visa umrah.
  • Perlantikan agen umrah tanpa lesen.
  • Perlanggaran syarat dan terma mengelolakan pakej umrah dan haji.
  • Penipuan dari segi harga pakej dan servis ditawarkan oleh agensi pengelola terbabit.

7 Langkah Boleh Dilakukan Jemaah Elak Kena Tipu Pakej Umrah

Panduan dan Tips Memilih Pakej Umrah Untuk Elak Kena Tipu

Selain 10 tips memilih pakej dan agensi pengelola umrah dan haji, anda juga boleh ikuti beberapa langkah berikut sebelum menjadi mangsa penipuan ini:
  1. Buat semakan mengenai lesen mengelolakan pakej umrah dan haji samada lesen tersebut dikeluarkan pihak berwajib di Malaysia mahupun dari Arab Saudi.
  2. Buat semakan mengenai latar belakang syarikat dan track record pengendali pakej umrah dan haji. Kerap berlaku kejadian penipuan berulang dari syarikat atau agensi pengelola yang sama.
  3. Fahami dengan betul pakej yang ditawarkan, terutama pakej-pakej yang mengandungi tawaran yang agak istimewa dan berlainan daripada pakej disediakan oleh syarikat dan agensi pengelola yang lain.
  4. Fahami bagaimana proses yang dikendalikan oleh syarikat atau agensi dalam pengurusan jemaah itu dijalankan.
  5. Fahami kandungan kontrak dan perjanjian yang anda tandatangani atau persetujui. Baca dengan teliti untuk mengelakkan ianya berat sebelah dan boleh melepaskan syarikat atau agensi dari tindakan undang-undang.
  6. Simpan apa jua pamplet, resit pembayaran dan dokumen berkaitan pakej umrah dan haji ditawarkan. Penting supaya boleh dijadikan bukti dan rujukan seandainya berlaku apa-apa masalah di kemudian hari.
  7. Jika anda sebagai bakal jemaah ataupun jemaah terasa tertipu dengan pakej yang ditawarkan atau merasakan ada beberapa servis pakej yang tidak memenuhi apa yang ditawarkan dalam pakej, boleh kemukakan aduan kepada pihak berwajib.

Semoga perkongsian di atas dapat membantu para bakal jemaah yang berhasrat untuk tunaikan umrah mahupun haji dari menjadi mangsa penipuan mereka yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengaut keuntungan.

Sila sebarkan jika maklumat dan info ini bermanfaat.
 

COMMENTS

BLOGGER
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,301,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,90,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,301,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,360,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,66,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,117,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,316,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Panduan & Tips Memilih Pakej Umrah Elak Kena Tipu
Panduan & Tips Memilih Pakej Umrah Elak Kena Tipu
Ketahui 10 Panduan Memilih Pakej Umrah dan Haji, dan 7 Langkah Jemaah Untuk Elak Kena Tipu Pakej Syarikat atau Agensi Umrah dan Haji.
https://3.bp.blogspot.com/-tzhQDcj5hiU/WhQ27mIlOXI/AAAAAAAAoQ4/MJ8Rgn3Se64sEIT2-TpKLNLWBPzv7Yj-QCLcBGAs/s1600/tips-pilih-pakej-umrah-elak-kena-tipu.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-tzhQDcj5hiU/WhQ27mIlOXI/AAAAAAAAoQ4/MJ8Rgn3Se64sEIT2-TpKLNLWBPzv7Yj-QCLcBGAs/s72-c/tips-pilih-pakej-umrah-elak-kena-tipu.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/11/tips-memilih-pakej-umrah-elak-kena-tipu.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/11/tips-memilih-pakej-umrah-elak-kena-tipu.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy