8 Tips Untuk Lebih Jimat Online Shopping

Saya akui, saya dan isteri antara yang gemar membeli-belah secara online. Selalunya kami akan membeli-belah apabila ada produk yang dicari sukar di dapati di kedai atau pasaraya biasa. Sebab keduanya ialah, kami mahu mencari produk dengan harga yang lebih murah. Produk yang dijual secara online ini kebiasaannya lebih murah.

Memandangkan saya dan isteri, malah anak saya pernah dan agak aktif shopping secara online ni, maka saya nak kongsilah sedikit tips untuk mereka yang mungkin baru nak berjinak-jinak bershopping online ni. Tips yang ingin saya kongsikan ialah bagaimana untuk lebih jimat bila melakukan online shopping ni.

8 Tips Untuk Lebih Jimat Online Shopping

Tips Untuk Lebih Jimat Online Shopping
Tips Untuk Lebih Jimat Online Shopping
Tips Untuk Lebih Jimat Online Shopping
Seperti awal cerita, saya ada mengatakan antara sebab utama kami sekeluarga gemar untuk membeli-belah secara online atau dalam talian adalah kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada apa yang ditawarkan di kedai-kedai mahupun pasaraya biasa.

Di zaman yang serba mencabar ini, di mana banyak harga barang keperluan telah naik, maka amat perlulah kita berjimat-cermat. Berjimat cermat bukan untuk menjadi kaya raya, tetapi sebagai keperluan untuk membolehkan kita menyimpan dan melakukan persediaan untuk masa depan.

Meh saya kongsikan beberapa tips untuk lebih jimat bila online shopping ni....

Pilih Waktu Sesuai

Pilih waktu yang sesuai untuk beli-belah secara online. Mungkin ramai yang tak tahu, adakalanya beli belah online ini boleh merugikan. Rugi dari segi masa, rugi dari segi wang ringgit. Anda kena tahu waktu paling terbaik untuk shopping secara online. Kadang, apabila kita dah nakkan sesuatu, kita nak beli, tetiba stok tak ada. Jadi, kita dah rugi masa di situ. Ada ketika, kita shopping di waktu biasa, yang akibatkan kita perlu bayar kos penghantaran walhal di waktu tertentu, kos ini adalah percuma.

Pilih Kedai Online Yang Dipercayai

Jangan mudah terpedaya dengan segala tawaran menarik yang diberikan. Anda perlu pilih kedai online yang dipercayai supaya pembelian anda kelak sesuatu yang menggembirakan. Ada banyak kes di mana pembeli rasa kecewa selepas menerima barang yang dibeli secara online. Untuk membantu anda memilih kedai online yang dipercayai, cubalah cari atau Google review berkaitan kedai online tersebut.

Beli Belah Sewaktu Kempen Promosi

Tips Untuk Lebih Jimat Online Shopping
Saya dan isteri sering beli-belah waktu sesuatu kempen promosi yang dilakukan oleh laman web shopping online. Waktu ini, anda boleh mendapatkan harga murah luar biasa untuk sesetengah produk. Malahan, anda boleh dapatkan beberapa kelebihan lain untuk lebih jimat seperti kos penghantaran percuma, hadiah percuma, peluang untuk sertai kontest online dan baucer-baucer diskaun serta tunai.

Di Malaysia, ada tiga kempen beli belah online besar-besaran yang dilakukan oleh kebanyakan kedai dan laman web shopping online iaitu Black Friday, Online Revolution dan #MyCyberSale. Kempen promosi di waktu ini berikan kelebihan kepada pengguna kerana penjual akan masing-masing bersaing untuk meningkatkan jualan.

Gunakan Kod Baucer Diskaun

Tips Untuk Lebih Jimat Online Shopping
Setiap laman web shopping online yang besar-besar sering berikan kod baucer diskaun ini. Ada yang berikan setiap hari, ada yang berikan ketika kempen promosi. Anda perlu rajin lihat laman-laman web ini untuk mendapatkan kod baucer diskaun. Anda boleh dapatkan diskaun sehingga 50%-70% menggunakan kod baucer yang disediakan.

Jika anda nak gunakan kod baucer, lihat pada syarat dan terma diberikan dengan teliti. Ada yang kenakan syarat penggunaan sah kod baucer ini untuk jumlah pembelian tertentu. Dan anda perlu juga tahu bukan semua produk dijual boleh menggunakan kod baucer diskaun ini. Tapi, bila dapat gunakan kod baucer diskaun, memang sangat berbaloilah ... kerana dapat jimat lebih. Kadang anda boleh dapat double-discounts.

Gunakan Aplikasi Beli-Belah Menerusi Smartphone

Ramai yang tidak tahu, jika anda beli-belah menggunakan aplikasi sesebuah laman web shopping online, anda boleh dapat penjimatan yang lebih baik berbanding beli-belah menerusi laman web shopping online itu sendiri.

Aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma samada di App Store dan Google Play. Pembelian pun lebih mudah menggunakan aplikasi ini.

Kemudahan Pembayaran

Mungkin ramai tak sedar, bahawa memilih kemudahan pembayaran yang sesuai boleh memberikan penjimatan yang lebih. Contohnya macam bank-bank, ada yang berikan diskaun khas serta kemudahan pembelian bayaran secara ansuran tanpa faedah untuk produk-produk terpilih jika membayar menggunakan kad kredit atau debit mereka.

Ikuti Jenama Tertentu

Katakan anda sukakan produk Nestle, maka cubalah anda ikuti produk ini samada di laman sosial seperti FB atau laman web rasmi mereka. Kadang syarikat ternama seperti Nestle ada promosi khas yang tidak terdapat dalam laman web shopping online besar yang ada. 

Ini adalah cara mereka meraikan pengguna mereka yang setia. Kadang, ada kontest online yang mereka sediakan untuk pembelian produk-produk mereka. Maka, selain anda boleh jimat membeli .. dapat juga join kontest yang mereka sediakan.

Cara paling mudah untuk ikuti jenama-jenama pilihan anda ialah dengan melanggan newsletter mereka. Anda cuma perlu daftarkan nama atau email anda sahaja, dan in Sha Allah .. tawaran-tawaran lebih jimat akan terus anda terima menerusi email.

Bacalah Review

Jangan sebarangan ingka nak beli-belah secara online. Ya, banyak tawaran menarik disediakan sehingga menyebabkan anda rasa nak beli tanpa fikir panjang. Awas, bukan semua produk yang dijual secara online itu bagus. Maka, anda perlu baca review yang diberikan. 

Seperti mana awal saya ada beritahu, ada laman web shopping online yang jual produk yang kurang bermutu. Sila lihat pada harganya, lihat juga siapa penjualnya. Jika harga seperti terlalu murah, lihat ada tak review mengenai produk tersebut.
Tips Untuk Lebih Jimat Online Shopping
Bacalah review yang ada diberikan dan ditulis oleh kebanyakkan blogger Malaysia. Ramai di kalangan blogger Malaysia diberikan kesempatan untuk mencuba sesuatu produk itu. Malah, ramai yang telah berkongsi pengalaman peribadi mereka membeli produk tertentu samada dari laman shopping online yang terkenal, mahupun menerusi laman Facebook dan juga Instagram.

Kadang tu, ada blogger yang berikan tawaran khas yang eksklusif untuk lebih jimat. Aha .. peluang untuk anda dapatkan produk yang anda suka dengan harga lebih baik, dan pastinya dengan lebih keyakinan.


Okay, cukup apa yang saya berikan ini sebagai panduan untuk lebih jimat ketika nak shopping online. Apa yang dikongsikan ini adalah bersandarkan pengalaman saya dan isteri yang sering membeli-belah secara online. Dah banyak barang dan produk kami beli, dari sekecil benda hinggalah produk seperti penghawa dingin. Malah, ada sahabat saya beli sebuah peti ais secara online selepas baca review saya mengenai laman web shopping online Lazada Malaysia.

Secara kesimpulannya, jika mahu berjimat .. mungkin anda perlu sedikit usaha. Selain untuk mendapatkan penjimatan beli belah online ini, ia juga adalah untuk mengelakkan anda merasa kecewa ketika bershopping online.

Harapnya perkongsian saya sedikit sebanyak membantu anda ... in Sha Allah.

  • [message]
    • Tawaran Review
      • Buat usahawan online yang ada kedai online, seandainya mahu mendapatkan khidmat blogger menulis review, boleh hubungi saya untuk bantuan .. hanya email ke editor@hasrulhassan.com atau whatsapp 01010402901. Saya ada senarai ramai blogger Malaysia yang sanggup menulis review dengan harga pengiklanan yang berpatutan.

Post a Comment

10 Comments

  1. perkongsian yang menarik untuk dijadikan panduan.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama .. :) selalu gunakan kod baucer diskaun kalau nak tempah online hotel. Memang dapat murah dari harga biasa.

      Delete
  2. Tak lama akan ada kempen Mycybersale 2017. Masa nilah untuk shopping online :)

    ReplyDelete
  3. Nice tips... rupanya pakai aplikasi lagi terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jika guna Apps .. lebih banyak diskaun khas diberikan yg tak ada di laman web biasa.

      Delete
  4. Alhamdulillah selama ini rupanya saya lakukan tips yang dikongsi oleh saudara HH..
    Perkongsian yang sangat berguna..
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  5. MyCyberSALE dah bermula. Boleh cari barang-barang yang berkenan di hati pada waktu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, akan bermula pada 9 Oktober 2017 ... yeahh ... grab discounts

      Delete
  6. Suka jugak beli online, sebab masa tu jadi dropship, memanjang follow igshop orang lain, hehe

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.