11 Tanda Awal Anak Anda Seorang Anak Bijak Dari Kecil

Tanda Awal atau Ciri Anak Anda Seorang Anak Yang Pandai Sejak Masih Kecil. Ketahui 11 Tanda Anak Bijak Sejak Kecil.

Anda nak tahu tak tanda-tanda yang menunjukkan anda anda merupakan seorang insan yang bijak? Aha .. jika anda ada rasa ingin tahu, elok anda baca perkongsian ini daripada saya. Ianya pasti akan membantu anda merungkai persoalan samada anak anda itu seorang yang bijak atau tidak ..

Memang terdapat beberapa kajian yang boleh membantu anda untuk mengesan kebijaksanaan dan kepandaian anak-anak ini. Ianya boleh diketahui sebelum mereka masuk ke sekolah lagi, malah sebelum mereka itu berada di alam pra-sekolah. Menarik tak?

11 Petanda Awal Tunjukkan Anak Anda Seorang Yang Bijak

11 Tanda Anak Anda Seorang Anak Bijak
Kepandaian anak-anak memang boleh dikesan kalau anda sebagai ibu bapa fokus memerhatikan tindak-tanduk dan tingkah-laku anak anda. Mengikut kajian, terdapat 11 petanda awal yang menunjukkan bahawa anak anda seorang anak yang bijak dan mempunyai akal yang cerdas.

Mari sama-sama lihat satu persatu ye. Kalau boleh sambil baca, sambil tengok anak anda tu .. hehe.
11 Tanda Anak Anda Seorang Anak Bijak

1. Anak Anda Mudah Ingat Sesuatu Perkara

Satu cara mudah untuk mengetahui sama ada anak anda itu genius atau tidak adalah dengan melihat kebolehan dirinya untuk mengingat sesuatu.

Menurut pakar dari New Kid’s Center, jika anak anda mudah untuk mengingat di mana dia letakkan mainan, kenal wajah orang lain dengan mudah, atau ingat sesuatu tempat yang dia pernah pergi, itu adalah petanda yang si kecil anda itu bijak orangnya.

Cuba anda uji ingatan anak anda. Lakukan permainan mudah atau aktiviti berdasarkan memori. Dengan cara ini, bukan sahaja anda boleh melihat samaada anak anda mempunyai kepandaian sejak kecil, malah dapat membantu menguatkan lagi daya ingatannya.

2. Anak Anda Suka Termenung

Pernah tak anda perasan yang si kecil anda suka termenung? Jika ya, ada kemungkinan besar yang pada ketika itu, dia sedang berfikir dalam-dalam dan memfokuskan dirinya pada sesuatu perkara.
Tanda-Tanda Anak Bijak Sejak Kecil
Dr. Deborah L. Ruf, seorang konsultan akademik menerangkan anak yang pintar suka melihat dan memberikan penumpuan pada sesuatu sedari usia muda!

Sudah tentu, sebagai kanak-kanak, renungan itu mungkin juga renungan yang kosong. Tetapi, ada ketikanya, dia bukan termenung tanpa berfikir. Boleh jadi dia sedang berfikir secara mendalam dan sedang mempelajari sesuatu. Ketika ini, kalau anda panggil anak anda, mungkin anak anda akan buat tak tahu sahaja, dan buat tak endah apa yang anda minta atau suruh.

3. Anak Anda Dapat Membuat Kesimpulan Mengenai Sesuatu Perkara

Tanda Anak Seorang Yang Bijak
Kemahiran anak anda untuk berfikir dan membuat rumusan tentang sesuatu hal juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu adalah seorang yang bijak orangnya.

Contohnya, apabila dia melihat seseorang sedang membuat roti bakar, dia pasti boleh merumuskan bahawa orang itu sedang lapar dan akan makan roti tersebut.

Cuba anda ingat, ada tak anak kecil anda tanyakan kepada anda ....contohnya begini:

"Abah masak apa tu? Abah lapar ye?"

Menurut pakar dari What to Expect When You’re Expecting, kemampuan anak kecil untuk membuat hubungan antara satu perbuatan dengan perbuatan lain dan memberikan rumusan berdasarkan pemerhatian adalah satu tanda kepandaian. Aha .. macamana? Anak anda ada tanda ini tak?

4. Anak Suka Bermain Dengan Kanak-Kanak Lebih Dewasa

Tanda-Tanda Anak Bijak Sejak Kecil
Jika anak anda gemar bermain dengan kanak-kanak yang lebih berusia darinya, maka itu juga boleh menjadi petanda bahawa anak anda seorang anak yang bijak.

Lyn Kendall, seorang konsultant dari British Mensa berkata yang kanak-kanak bijak suka bergaul dengan orang lebih berusia darinya. Mereka bukan sahaja matang, malah dapat belajar dari kanak-kanak yang lebih tua atau dewasa. Malah, kemahiran berfikir juga mampu berkembang pesat jika dia terus bergaul dengan cara ini.

5. Anak Petah Bercakap

Kanak-kanak yang petah bercakap dan pandai bersembang pada usia muda juga dikatakan lebih bijak dari kanak-kanak yang seusia dengannya. Orang tua-tua dahulu memang suka dengan kanak-kanak yang petah bercakap, pastinya kerana mereka tahu bahawa anak itu mempunyai kebijaksanannya tersendiri.

Menurut Institut Davidson, kemahiran bahasa yang tinggi adalah antara ciri yang selalu ada pada kanak-kanak genius. Pada anda, mungkin anak kecil anda itu bak 'burung murai', asyik nak bercakapppp je ...  tapi sebenarnya, ia adalah keupayaannya dalam mengekspresikan pemikiran dan perasaannya! Maka, kalau anak anda betah berkata-kata, elok dibiarkan atau layan dia dengan baik.

6. Anak Susah Untuk Tidur

Petanda Anak Kecil Anda Seorang Yang Bijak
Ini lagi satu petanda yang anak anda itu seorang yang bijak. Mungkin pada anda, ia adalah satu masalah kanak-kanak. Tetapi sebenarnya, anak yang bijak memang sukar untuk lena! Ada je benda yang dibuat atau dilakukan, atau sedang lakukan.

Menurut Dr. Ruf, ini adalah kerana otaknya sedang ligat berfikir, sehinggakan dia tidak mampu untuk lena dek pemikiran tanpa henti itu. Maka, jangan risau sangat kalau anak anda itu susah betul nak masuk tidur awal. Mereka mungkin akan jadi seorang yang hebat satu hari kelak!

7. Anak Gemar Bersosial

Ada kanak-kanak pemalu sifatnya. Ada juga pendiam dan tidak pandai bermain dengan kanak-kanak lain. Tapi, kalau anak anda suka berkawan dan tidak suka duduk diam bila berjumpa dengan rakan sebaya dengannya, maka ini juga salah satu daripada petanda yang anak anda itu bakal menjadi seorang insan yang pandai dan cerdik.


Lyn Kendall dari Mensa menerangkan yang sifat suka bermain, bergurau dan bersosial adalah ciri yang ada pada kanak-kanak bijak. Jadi, jika anak anda memeriahkan suasana anda ketika berkawan, ketahuilah bahawa anak anda itu ada bakat istimewa.

8. Anak Menunjukkan Pelbagai Emosi

Kemahiran untuk meluahkan pelbagai perasaan juga adalah antara ciri yang ada pada kanak-kanak yang mempunyai akal yang bijak. Cara memproses sesuatu emosi pada peringkat awal usia ini menunjukkan bahawa otak dan emosi sedang berinteraksi.

Dr. David Palmer, seorang ahli psikologi menjelaskan kepada Psychology Today bahawa anak yang bijak itu lebih beremosi dari kanak-kanak biasa. Sesuatu yang saya sendiri tidak jangkakan. Agak berlainan dengan kepercayaan saya selama ini.
[Baca] Petua Lahirkan Anak Yang Bijak
Menurut pakar ini lagi, anak kecil yang bijak adalah sensitif dan mampu menunjukkan rasa simpati dan empati pada orang lain. Jadi, jika anda perasan yang anak anda sering berubah emosinya, ketahuilah bahawa dia sedang meningkatkan kemahiran emosi serta kognitifnya.

9. Anak Sentiasa Banyak Tenaga

Petanda Anak Kecil Anda Seorang Yang Bijak
Banyak bergerak, bermain serta mempunyai tenaga yang tinggi bukanlah ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak hiperaktif semata-mata. Tetapi, ia juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak orangnya.

Dr. Hillary Hettinger Steiner dan Dr. Martha Carr menjelaskan yang stimulasi mental serta fizikal adalah tanda kepandaian pada seorang kanak-kanak! Maka, janganlah kita sebagai ibu bapa nak melolong marahkan anak kerana asyik bermain tanpa henti - memang itu sifat mereka yang ada kelebihan ini.

10. Anak Minat Pada Sesuatu Perkara dari Usia Kecil

Petanda Anak Kecil Anda Seorang Yang Bijak
Kanak-kanak gemar serta sering bertukar minat. Tapi, kalau anak anda sukakan sesuatu perkara untuk masa yang lama, ini adalah tanda kebijaksanaan.

Contohnya, walaupun anak anda masih kecil, tapi dia sudah ada hobi tersendiri – contohnya melukis gambar kartun yang diminatinya atau suka menyimpan kad gambar atau mainan yang unik.

Menurut Baby Center, anak anda mungkin berbakat jika dia mahir dalam sesuatu aktiviti, contohnya seni, sukan atau pandai bermain dengan nombor.

11. Anak Anda Sukakan Buku

Bukan semua kanak-kanak gemarkan buku. Hanya yang istimewa sahaja tertarik dengan buku – menyelak setiap halaman, melihat gambar dan membacanya!
[Baca] Tips Untuk Didik Anak Agar Suka Membaca
Jika anda perasan dari awal yang si kecil anda gemarkan buku, berbanding alat mainan lain, maka, ketahuilah bahawa anak anda mungkin seorang yang cerdik. Menurut New York Parenting, kanak-kanak yang pandai selalu menunjukkan minat dalam membaca sebelum mereka masuk ke alam persekolahan lagi!
Petanda Anak Kecil Anda Seorang Yang Bijak
Aha .. jadi bagaimana? Anda sudah tahu 11 tanda seorang anak yang bijak. Adakah anak-anak anda ada semua tanda-tanda dinyatakan di atas? Atau mungkin sebahagian dari petanda tersebut? Jika ya, alhamdulillah .. anak anda mungkin salah seorang manusia yang punyai kepandaian dan kebijaksanaan tersendiri.

Sila amati dan perhatikan anak anda. Bila dapat kenal-pasti, gunakan kesempatan dan kelebihan itu untuk asuh dan didik mereka menjadi lebih baik dan sempurna. Paling penting, gunakan peluang untuk bentuk diri mereka yang punyai tanda kebijaksanaan ini untuk menjadi insan yang berguna dan bermanfaat pada manusia lain.

Olahan dari sumber: my.theasianparent.com dan majalah Pa&Ma.

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,51,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,336,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: 11 Tanda Awal Anak Anda Seorang Anak Bijak Dari Kecil
11 Tanda Awal Anak Anda Seorang Anak Bijak Dari Kecil
Tanda Awal atau Ciri Anak Anda Seorang Anak Yang Pandai Sejak Masih Kecil. Ketahui 11 Tanda Anak Bijak Sejak Kecil.
https://4.bp.blogspot.com/-i50Zf0LL4E8/Wc6TZ9gahbI/AAAAAAAAlus/D5_WO6ovWk0yw64nConNlDbXCyN4cs8OgCLcBGAs/s1600/tanda-anak-bijak-1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-i50Zf0LL4E8/Wc6TZ9gahbI/AAAAAAAAlus/D5_WO6ovWk0yw64nConNlDbXCyN4cs8OgCLcBGAs/s72-c/tanda-anak-bijak-1.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/11-tanda-anak-anda-seorang-anak-bijak.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/09/11-tanda-anak-anda-seorang-anak-bijak.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy