Valya - Budget Hotel Berdekatan MAPS

Budget Hotel Berdekatan MAPS. Hotel Valya, Budget Hotel Dekat Dengan Movie Animation Park Studios Perak

Hari tu saya ada kongsikan kepada pembaca blog ini tentang percutian saya sekeluarga ke Movie Animation Park Studios (MAPS), Perak. Dalam blog post berkenaan, saya ada beritahu yang saya dan isteri telah menempah penginapan hotel menerusi Trivago. Dua tempahan, tempat yang sama dan tarikh yang berlainan.

Hahaha.. agak pelik tapi itulah namanya percutian tanpa jangka. Awalnya dirancang tetiba datang perkara yang tidak boleh dielakkan. Tak mahu bazirkan masa percutian untuk pindah hotel, kami sepakat untuk tinggal bermalam di hotel yang sama selama 2 hari.

Hotel Valya - Budget Hotel Berdekatan MAPS

Hotel Valya - Budget Hotel Berdekatan MAPS
Kami telah ambil kesempatan dengan tawaran harga diskaun untuk menginap di Hotel Valya menerusi aplikasi Traveloka. Hotel Valya merupakan hotel bajet yang berdekatan dengan lokasi utama kami nak pergi iaitu MAPS, Perak.

Hotel Taraf 3 Bintang oleh Traveloka

Ini merupakan pertama kali kami menginap di hotel yang disifatkan oleh Traveloka sebagai hotel 3 bintang. Hotel Valya, sebuah hotel baru yang sebelumnya merupakan sebuah bangunan penginapan untuk pelajar kolej.

Hotel bajet ini terletak betul-betul di sebelah Mydin Meru. Memang tak susah nak mencarinya, kerana dalam aplikasi Traveloka ada memberitahu alamat hotel berkenaan. Ala .. guna Waze pun boleh jumpa hotel bajet ni.
Hotel Valya - Budget Hotel Berdekatan MAPS
Sebenarnya, kami tak pasti sangat akan lokasi hotel ini pada mulanya. Tetapi, selepas dah sampai dan lihat, alhamdulillah .. kami suka dengan lokasi hotel yang berhampiran dengan MAPS, selain Mydin. Malah, tempat makan, kedai serbaguna 24 jam, kedai dobi .. semuanya berdekatan.

Pun begitu, ada pengalaman tidak best menginap di hotel ini.

Huhuhu .. hotel ini adalah hotel yang 100% tidak boleh merokok. Ia sebuah hotel yang bebas asap rokok, sama seperti Hotel Neo Plus Penang yang pernah saya sekeluarga menginap sebelum Ramadan 2017 baru-baru ini.

Hotel Valya sebuah hotel berciri separa moden. Memandangkan ia sebuah hotel yang baru, jadinya kemudahan yang ada pun semuanya nampak masih baru dan bersih. Ada sebuah restoran yang hanya dibuka selepas jam 6 petang... yang pada saya lebih kepada sebuah Pub.
Cari Hotel Bajet Berdekatan Movie Animation Park Studios Perak
Sarapan tidak dihidangkan. Saya tak pasti samada ada pakej penginapan di Hotel Valya ini dengan sarapan. Tapi, bagi kami ... sarapan di hotel bukanlah satu kemestian, apatah lagi lokasi hotel bajet ini berhampiran banyak kedai makan termasuklah kedai makanan segera 24 jam - KFC dan Mc Donalds.

Gambar Bilik Hotel Valya

Ok, dah banyak saya berceloteh pasal hotel ni, saya jamu mata anda dengan lebih banyak gambar semasa saya sekeluarga menginap di sini.... pastinya gambar bilik kami menginap....huhu
Cari Budget Hotel Berdekatan MAPS, Ipoh
Cari Budget Hotel Berdekatan MAPS
Cari Budget Hotel Berdekatan MAPS Perak
[Dah Baca?] Percutian Santai Bulan Ramadan di Lexis Suites, Penang
Hotel Bajet berdekatan Movie Animation Park Studios
Hotel Bajet berdekatan Movie Animation Park Studios
Saya fikir daripada gambar-gambar di atas, dah banyak terangkan mengenai keadaan dalam bilik hotel tempat saya sekeluarga menginap... huhu... Ya, bilik kecil je. Memang saya dan isteri pilih bilik macam ni sebab ia yang paling murah boleh kami dapat. Tak perlu bilik mahal, sebab tujuan datang pun sebab nak pergi MAPS Perak tu.

Yang penting, selesa untuk bermalam dan tidur kami anak beranak.

Bilik memang bersih. Kemudahan semua tip-top dalam bilik. Disebabkan ruang dalam bilik sangat terhad, kenalah adjust apa yang patut terutama sekali untuk bersholat. Anak-anak pun tak boleh nak sesuka hati lompat sana sini, apatah lagi kami ada baby kecil.

Secara overall, bilik ok dengan harga yang kami bayar.



Pengalaman Tak Best ..

Tapi ...

Aha .. ada tetapi tu.

Pengalaman tak best menginap di sini ialah adanya tetamu hotel yang tak faham bahasa. Jelas lagi terang ... dah tak boleh hisap rokok di dalam hotel, apatah lagi dalam bilik .. ada juga yang langgar peraturan simple ni.

Dan nak dijadikan cerita, pada hari kedua kami menginap, kami terpaksa pindah bilik. Kenapa pindah bilik? Sebabnya ialah tempahan kami buat pada dua hari tersebut adalah tempahan asing-asing. Satu atas nama saya, dan satu lagi atas nama isteri saya.

Kenapa buat macam tu? Aha .. sebab nak dapatkan harga murah penginapanlah.

Seperti saya cerita di awal tadi, ianya tak dirancang. Kalau ikutkan saya dan isteri bercuti pada hari Sabtu untuk ke MAPS Perak bawa anak-anak, namun .. sebab isteri ada meeting di Ipoh, maka percutian kami diawalkan pada hari Jumaat.

Hotel dah ditempah pada Sabtu, nak tak nak, terpaksa tempah juga hari Jumaat. Dan mestilah hotel yang sama untuk jimatkan masa dari pindah randah jauh.

Saya dah cuba minta pihak hotel berikan bilik yang sama, tetapi polisi tempahan tidak membenarkan. Maka, hari Jumaat bilik lain, hari Sabtu bilik lain... hahaha.... nasib baiklah hotel ni cuma ada setingkat je.

Kemudian, apabila tiba masa nak pindah bilik ... alangkah kecewanya bila bilik kedua berbau asap rokok yang sangat kuat. Anak saya yang pertama kesan bau .. buka pintu bilik je .. fuhhhh .. menusuk bau rokok jenama apa ntah ke lubang idung.

Terus saya minta tukarkan bilik lain. Alasan simple - "Saya ada baby kecil ni ... " Dah la bilik hotel yang kami tempah memang tak ada tingkap, dinding semata-mata. Jadi, kewajaran tu memang adalah.


Alhamdulillah, kakitangan hotel ni memahami keadaan. Sempat juga mereka luahkan rasa atas ketidaktangungjawaban sesetengah tetamu yang tidak endahkan larangan merokok. Kelam kabut juga mereka mencari bilik yang lain. Yelah, mestilah cari bilik kosong dengan rate yang kami bayar.

Dapat juga bilik ganti. Wangi lagi.

Hotel Bajet Untuk Mereka Masuk MAPS Perak

Hotel Valya hotel bajet yang boleh anda pertimbangkan untuk menginap kalau mahu seharian di MAPS Perak. Lokasinya strategik.

Kalau nak hotel yang lebih selesa, dan yang paling dekat dengan MAPS, boleh cuba risik-risik Hotel Casuarina Meru. Aha .. tu sapa yang berduit, leh la menginap di hotel tu. Hotel baru juga tu. Dan pastinya lebih baik daripada hotel bajet yang kami duduk ni.

Boleh semak harga hotel-hotel yang berdekatan dengan MAPS Perak di Agoda dan juga Trivago.

Oh ya, jangan lupa baca cerita saya mengenai MAPS Perak ye, terutama entri INI.

Semoga bermanfaat.

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,302,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,92,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,302,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,360,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,67,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,118,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,317,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Valya - Budget Hotel Berdekatan MAPS
Valya - Budget Hotel Berdekatan MAPS
Budget Hotel Berdekatan MAPS. Hotel Valya, Budget Hotel Dekat Dengan Movie Animation Park Studios Perak
https://3.bp.blogspot.com/-BmjuVVbRQAg/WYs23E3fSVI/AAAAAAAAjkI/FNl-82jwbKI6xeBZ5EQHFAsFSLC2FKNvgCLcBGAs/s1600/hotel-valya-hotel-bajet-di-meru.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-BmjuVVbRQAg/WYs23E3fSVI/AAAAAAAAjkI/FNl-82jwbKI6xeBZ5EQHFAsFSLC2FKNvgCLcBGAs/s72-c/hotel-valya-hotel-bajet-di-meru.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/budget-hotel-berdekatan-maps.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/08/budget-hotel-berdekatan-maps.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy