08 Ogos 2017

Borang Permohonan Bayaran Wang Tak Dituntut (WTD) UMA-7

Baru-baru ini viral kisah seorang wanita mendapat durian runtuh apabila mengemukakan permohonan untuk bayaran balik wang tak dituntut (WTD) menerusi Jabatan Akauntan Negara. Apabila telah viral, maka ramailah yang tersedar bahawa ada wang yang menjadi milik sedang disimpan oleh pihak berwajib.

Maka, ramailah orang berpusu-pusu untuk menyemak WTD ini menerusi kaunter-kaunter Jabatan Akauntan Negara cawangan seluruh negeri di Malaysia. Dalam proses untuk mendapatkan balik WTD ini, ada satu borang penting yang perlu diisi dan dikemukakan.

Borang Permohonan Bayaran Wang Tak Dituntut (WTD) UMA-7

Borang Permohonan Bayaran Wang Tak Dituntut
Borang Permohonan Bayaran Wang Tak Dituntut
Untuk menuntut bayaran bagi Wang Tak Dituntut (WTD), pemohon perlulah mengisi satu borang wajib iaitu UMA-7 untuk memudahkan proses. Beserta dengan borang tersebut, pemohon juga perlu mengemukakan beberapa dokumen lain iaitu:
  1. Salinan Kad Pengenalan/Passport
  2. Dokumen asal (buku bank/sijil simpanan tetap/cek). Jika tiada, pemohon perlu dapatkan pengesahan asal daripada pihak yang telah menyerahkan wang kepada pihak Jabatan Akauntan Negara.
  3. Salinan muka depan buku akaun/penyata bank yang masih aktif. Ia mestilah disahkan oleh pegawai bank selain wajib tertera nama dan nombor akaun pemohon.

Borang UMA-7 yang telah lengkap diisi perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang berkaitan. Untuk makluman, untuk setiap jenis WTD, ada beberapa dokumen yang berlainan perlu disertakan.

Sebagai contoh, jika anda memohon bayaran balik WTD untuk harta pusaka, dokumen surat mentadbir harta pusaka atau surat mahkamah perlu disertakan bersama dengan 4 dokumen yang dinyatakan tadi.

Untuk keterangan lengkap, anda perlu rujuk dengan pegawai Jabatan Akauntan Negara ketika membuat permohonan bayaran WTD ini.

Muat Turun Borang UMA-7 Untuk Tuntut Bayaran WTD

Sebagai membantu untuk permudahkan proses membuat permohonan bayaran wang tak dituntut ini, saya lampirkan borang Permohonan Bayaran Wang Tak Dituntut (WTD) UMA-7 untuk keperluan anda.

Anda boleh muat turunnya dan cetak. Hanya klik kekotak kecil di penjuru.


Dan berikut adalah contoh cara mengisi borang berkenaan - UMA-7:

Borang permohonan WTD yang telah lengkap diisi, perlu dihantar ke pihak Jabatan Akauntan Negara bersama dokumen sokongan. Jika diluluskan, dan disahkan, anda akan terima bayaran balik Wang Tak Dituntut ini terus ke akaun bank anda seperti dinyatakan dalam tempoh 30 hari.

Sebelum itu, harus anda tahu mengenai definasi Wang Tak Dituntut sebelum kemukakan permohonan anda.

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:
  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:
  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
  • akaun pemiutang dagangan
  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Anda digalakkan untuk baca dan faham mengenai WTD ini di pautan berikut - http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut

Semoga bermanfaat buat anda dan agar anda berjaya mendapat hak anda. In Sha Allah.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

4 Komen Borang Permohonan Bayaran Wang Tak Dituntut (WTD) UMA-7

saya tunggu online sistem dia tahun depan

terima kasih tuan. info berguna nih

Ya. Ramai tunggu sistem tu .. senang skit rasanya kot nanti.

kena tnggu sistem online mudah skit.


EmoticonEmoticon