16 Julai 2017

Beli Tupperware Set Serveware Warna Pink

Uhh set Tupperware baru warna pink! Ok, isteri saya manjakan dirinya sekali lagi dengan set Tupperware serveware warna pink. Memang menarik, saya sendiri suka dengan set Tupperware yang isteri saya beli ni.

Antara banyak set Tupperware yang ada di rumah, set inilah yang menyerlah dengan warna pink. Set simpanan makanan (food storage) Tupperware yang lain kebanyakkannya warna jingga, merah dan hijau.

Tupperware - Isteri Beli Set Serveware Warna Pink!

Tupperware Set Serveware Warna Pink
Tupperware Set Serveware Warna Pink
Isteri saya beli set Tupperware Serveware berwarna pink ini menerusi program khas Tupperware. Apa ke namanya, saya pun dah lupa .. walaupun baru lima minit tadi ada diberitahu .. haha.

Apapun, saya dapat tahu daripada isteri saya yang bermula bulan Julai ni, Tupperware ada promosi khas sehingga Ogos 2017. Siapa yang kaki Tupperware tentu dah tahu bab promosi ni.

Saya sebagai suami househusband memang tak ada masalah pun jika isteri beli set Tupperware baru. Ada rezeki lebih, isteri baru akan dapatkan dan beli set Tupperware baru. Pun begitu, tengok jugalah keperluan yang ada. Paling penting, set Tupperware yang nak ditambah tu mestilah praktikal dan tidak membazir ruang di dapur semata-mata untuk jamu mata.

Isteri saya memang tegar dengan jenama ni. Ia jenama yang dah lama established. Saya pun suka dengan Tupperware, ia ada kenangan sendiri dalam kehidupan saya sejak kecil. Sebut je nak simpan makanan macam keropok, biskut .. mesti akan cakap ... "Pi simpan dalam tupperware".

Tupperware best sebab rekabentuknya menarik, selain ia bekas simpanan makanan yang kedap udara. Saya suka sebab setiap bekas Tupperware ni dia ada fungsi berbeza. Ada jenis Tupperware yang boleh terus digunakan dalam Microwave. Ada pula direka untuk simpan makanan dalam peti ais.
Tupperware Set Serveware Warna Pink
Namun, dalam banyak-banyak keistimewaan, saya sukakannya sebab ia ada jaminan tanpa had untuk sebarang kerosakan. Rosak je, boleh tukar baru walaupun bekas Tupperware tu dibeli pada lima tahun lepas ..

Tukar baru - Isteri saya dah banyak kali buat ni.

Set Ini Bermula dari RM20 Sebiji

Set Tupperware Serveware warna pink ini unik sebab ia ada set gabungan lainnya bagi membolehkan makanan panas disimpan lama. Set ini tidak boleh digunakan untuk microwave. Harganya pula bermula dari RM20 sahaja untuk satu biji.


Set Tupperware isteri saya beli ni, saya fikir dari jenis set Blossom, yang selalunya berwarna hijau, kali ini ada pula dalam warna pink. Mungkin saya silap kot .. huhu .. malas nak tanya pada wife .. ekekee .. tapi korang yang berminat nak tahu pasal promosi set Tupperware baru, khasnya untuk tahun 2017 ni, boleh tonton video di bawah ni...

Video Tupperware Promotion 2017


Nampak menarik ke promosi Tupperware tu? Aha .. kalau berminat, anda kena pergi ke mana-mana stokis Tupperware atau jumpa agen Tupperware di tempat anda.

Tips saya tentang nak dapatkan set eksklusif Tupperware ni, sila follow dan berkawan dengan mereka yang daftar menjadi agen, nak lagi syok, silalah berkenalan dengan mereka yang jadi stokis yang sering buat jualan lebih daripada 1000 unit/point sebulan .. huhuhu...

Oh ya, set di atas dibeli menerusi pembelian set Level Tupperware. Nak tahu mengenai cara nak mendapatkan set ini, boleh baca post seterusnya ... 

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

1 Komen Kesian

Warna pink, hmm ... kalau orang perempuan memang sukalah ni


EmoticonEmoticon