11 Julai 2017

Daftar Percuma Affiliate Involve Asia & Mula Jana Komisen Automatik

Pernah dengar mengenai program affiliate Involve Asia? Aha .. seperti kebanyakan program affiliate percuma yang lain, anda boleh buat duit secara online dengan program affiliate Involve Asia ini. Komisen yang anda akan dapat secara umumnya adalah dalam USD.

Jika anda mencari satu program affiliate bersifat antarabangsa yang boleh berikan anda komisen dalam USD, maka Involve Asia adalah antaranya.

Daftar Percuma Buat Duit Online Dengan Involve Asia

Daftar Percuma Buat Duit Online Dengan Involve Asia
Kenapa saya syor anda buat duit dengan Involve Asia? Salah satu sebab utamanya ialah menerusi Involve Asia, anda ada banyak pilihan untuk menjana komisen. Dan ianya satu program affiliate yang sangat sesuai terutama untuk pemilik blog dan laman web kerana anda boleh pilih berdasarkan niche blog anda.

Di dalam Involve Asia, anda boleh jana komisen menerusi beberapa niche berikut:
  1. Elektronik
  2. Fesyen
  3. Kesihatan dan Kecantikan
  4. Tempat Jual-Beli (marketplace)
  5. Aplikasi mudah-alih
  6. Pelancongan
  7. Lain-lain, selain dinyatakan di atas
Nak daftar sekarang sebagai salah seorang publisher di Involve Asia? Daftar sini - Involve Asia Affiliate Program

Cara Nak Buat Duit Dengan Involve Asia

Katakan anda nak dapatkan komisen dan promosikan produk elektronik di dalam blog anda, contohnya set home theater  atau mungkin penyaman hawa dingin, anda boleh ambil banner atau teks link dari advertiser Sen Heng di dalam Involve Asia.

Lihat seperti contoh di bawah ini ...
Buat duit dengan komisen dari Involve Asia
Ok. Tu salah satu contoh, katakan pula anda tulis blog mengenai fesyen, anda boleh promosikan produk-produk fesyen daripada jenama-jenama seperti Zalora, Glampot, Tudung2u, TeezBee, FOS, FashionValet, Bonia, MilkTee, Peep Boutique, Kime, Uniqlo dan banyak lagi di dalam Involve Asia.

Lihat di bawah ini antara pengiklan di dalam Involve Asia yang berkaitan dengan pelancongan atau travel .. anda boleh terima komisen dalam USD untuk syarikat-syarikat antarabangsa terdiri dari Trivago, syarikat penerbangan termasuk dari Malaysia Airlines sendiri, Etihad Airways, hotel-hotel terkemuka seperti rangkaian hotel Club Meds, rangkaian hotel Citin, Nida Rooms dan Zen Rooms serta banyakkkk lagi.
Buat komisen promosi produk pelancongan
Menerusi peluang diberikan ini, anda boleh terima komisen sehingga 20% daripada harga jualan yang terhasil. Agak lumayan tu jika nak dibandingkan dengan tahap kesukaran kerja yang perlu anda buat.

Apa perlu anda buat untuk jana komisen ini?

Anda tidak perlu nak simpan barang, tak perlu nak simpan stok, tak perlu nak ambil butiran pelanggan, tak perlu uruskan pengeposan, tak perlu uruskan pembungkusan ... semuanya diuruskan oleh syarikat-syarikat itu sendiri.

Anda cuma perlu promosikan samada banner iklan atau teks link yang mengandungi id Involve Asia anda sahaja di blog. Dan biarkan ia menjana income automatik setiap bulan kepada anda.

Ramai blogger otai yang telah menyertai Involve Asia ini. Ia sebuah program percuma. Anda tak perlu bayar apa-apa pun untuk buat duit online dengan Involve Asia.
Berminat nak buat duit dan jana komisen dengan Involve Asia? Daftar sini sekarang - Involve Asia Affiliate Program
Hanya isikan butiran yang diminta di dalam kotak yang disediakan. Tiada risiko untuk anda. Program ini 100% selamat dan telah pun membayar saya sebelum ini.

Lihat antara bayaran yang telah saya terima daripada Involve Asia, automatik masuk ke akaun bank saya selepas melepasi had pengeluaran yang ditetapkan.
Bukti pembayaran komisen dibuat Involve Asia
Anda juga boleh buat duit online dengan mendaftar percuma di Involve Asia. Daftarlah ye ...

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen

Terima kasih Bro HH..

Peluang keemasan kepada blogger

ok nnt try buat. tq boss

Rugi tak ambil peluang untuk tambahkan income menerusi blog. Cara ni salah satu yang paling mudah.


EmoticonEmoticon