Satu lagi iklan atau filem Hari Raya 2017. Kali ini daripada syarikat telekomunikasi Maxis. Filem Raya 2017 daripada Maxis ini agak menarik juga pada pandangan saya. Ia baru sahaja dimuat-naik ke laman YouTube pada 16 Jun, dan sudah ditonton hampir 1000 kali oleh netizen.

Wayang Sayang. Itulah tajuk filem Hari Raya 2017 daripada Maxis. Ia dilakonkan oleh Beto Khusairi, salah seorang aktor yang saya dan isteri suka .. huhu.

Wayang Sayang - Filem Raya 2017 Maxis

Wayang Sayang - Filem Raya 2017 Maxis
Iklan Raya 2017 Terkini daripada Maxis
Filem raya daripada Maxis ini mengisahkan sepasang suami isteri Kamil dan Nora yang bercadang untuk berpisah. Mereka baru sahaja berkahwin dalam dua tahun.

Sebelum mereka berkahwin, mereka berkawan baik. Malah mereka saling kenal sejak dari bangku sekolah lagi. Kehidupan mereka ketika itu begitu mesra, dan bahagia hingga akhirnya mereka ambil keputusan untuk mengahwini sesama sendiri.

Maka, sejak mereka berkahwin, kebahagiaan sebelum ini tiba-tiba hilang. Barulah kenal hati budi sebenar apabila sudah menjadi suami isteri tinggal sebumbung. Hidup mereka banyak berlakon, dan bermain wayang di depan orang.

Ya, filem raya 2017 daripada Maxis, Wayang Sayang memperlihatkan kehidupan yang banyak bermain wayang.

Sehingga satu hari, pasangan ini dipanggil bersama ahli keluarga lain untuk mendengar surat wasiat daripada ayah Kamil iaitu Encik Kamarudin.

Wasiat Arwah Ayah Kamil

Apa wasiat yang disampaikan oleh Encik Kamarudin menerusi sepucuk surat kepada Kamil? Apa isinya? Dan apa kaitan surat tersebut dengan hasrat Kamil yang mahu berpisah dengan isterinya, Nora?

Meh tonton sepenuhnya Wayang Sayang, sebuah filem raya 2017 daripada Maxis, dan ambil iktibar darinya bersama-sama... ho yeahhh .. terutama untuk pasangan suami isteri ...

Video Penuh Filem Raya 2017 Maxis

Kita semua hebat berwayang. Kadang kala, Bukan kerana kita mahu, tetapi terpaksa. Wayang untuk pengiktirafan, wayang untuk status, wayang untuk membawa kebahagiaan kepada mereka yang kita sayang. Tetapi, adakah wayang yang kita serlahkan ini membawa kita ke tempat yang ingin dituju?

Hanya bila kita mendengar kata hati, kita mampu untuk tiba ke destinasi yang kita tercari-cari selama ini. Semoga Hari Raya ini memberikan keriangan dan kebahagiaan yang tulen, bukan sekadar wayang. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, dari Maxis.

Amacam? Best ke tak Wayang Sayang ni? Dapat sesuatu tak? In Sha Allah, untuk pasangan suami isteri, ia sebuah filem raya yang harus anda ingat dan ambil pengajarannya. :)


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. menyentuh jiwa..perkahwinan itu suatu keindahan yg perlu kita terokai bersama2 dan menghargai bersama pasangan masing2..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement