Bijak Temuduga

Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"

Anak saya .. Maira Kata "Rumah Kami Berhantu". Kenapa Maira 'kata' begitu?

Semasa awal saya dan isteri berpindah ke rumah kami yang dibeli menerusi pinjaman kerajaan, memang pernah ada dengar bahawa kawasan perumahan kami agak 'keras'. Malah, saya pernah diberitahu oleh seseorang yang kawasan rumah saya ada satu pokok yang mempunyai penunggu.

Itu cerita lebih kurang 12 tahun yang lepas. Waktu itu, anak sulong kami baru je dilahirkan. Rezeki anak barangkali, kami dapat berpindah ke rumah sendiri yang dah lama diidamkan. Puas menyewa, awal perkahwinan .. saya dan isteri terus rancang untuk miliki rumah sendiri.

Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"

Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"
Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"
Alhamdulillah, segala urusan pemilikan rumah sendiri menerusi proses pinjaman perumahan kakitangan kerajaan berjalan baik dan lancar. Tiada masalah timbul, malah kami dapat rebat hampir RM10,000 yang akhirnya kami gunakan untuk buat sedikit penambahan di ruang dapur.

Ada kata susah nak dapatkan pinjaman perumahan, apatah lagi menerusi bank .. hmmm ..  kalau anda bukan kakitangan kerajaan, nak tahu cara dapatkan pinjaman perumahan, cuba baca tips di sini - 6 Sebab Pinjaman Perumahan Ditolak Bank

Kami Keluarga Pertama Pindah ke Taman Baru Siap

Sewaktu kami berpindah, kamilah satu-satunya keluarga yang sudah masuk rumah. Taman perumahan saya ketika itu memang gelap, sunyi  .. malah jalan masuk ke taman masih lagi berpalang dan ada pak guard yang menjaganya bermula dari awal senja hingga ke subuh hari.

Takut?

Ketika itu, kami memang tawakkal dan berserah je kepada Tuhan. Memang ada sedikit risau, apatah lagi rumah kami masuk ke dalam, dan bukannya berada di tepi jalan besar.

Belakang rumah pula mengadap ladang kelapa sawit ... uhh memang tak beranilah ketika itu nak renung, tenung hatta melihat sesuka ke kawasan ladang tu. Ketika itu, landasan keretapi berhampiran rumah masih lagi landasan lama ... seram juga tu kalau memalam.

Berpandukan sunnah Nabi S.A.W, kami buat kenduri masuk rumah, dengan buat bacaan yassin untuk 'bersihkan' rumah daripada anasir jahat. Sebelum tu, ketika bersih dan basuh rumah, saya ada alunkan ayat-ayat suci Al Quran daripada radio kaset.

Sedikit sebanyak rasa seram kurang dirasai. Pun begitu, apabila anak sulong kami asyik tak tenteram ketika malam hari, saya pun ambil keputusan untuk bawa berubat dengan seorang pakcik alim.

"Belakang rumah ada pokok besar tu .. patutnya depa alih pokok tu ... " kata orang tu.

Uhh meremang bulu roma dibuatnya.

Lepas berubat, barulah Amri jadi ok. Alhamdulillah, berkat doa pakcik alim tu ... Amri yang baru berusia tak sampai setahun dah tak buat perangai pelik-pelik seperti sebelum ni.

Kisah ni .. kisah lama. Alhamdulillah, Allah S.W.T berikan perlindungan untuk kami sekeluarga ..

Tetapi ...

Tulisan Dinding

Dan baru ni .. saya terjumpa satu tulisan di dinding rumah. Selama ni tak perasan pun sebab ia tertulis di tingkat atas rumah. Di kawasan ruang tamu kedua, bersebelahan TV yang saya menang hadiah peraduan dari Cap Teko...huhuhu.

Tengok punya tengok, macam kenal je tulisan tu. Hah, sah .. tulisan anak perempuan bongsu saya iaitu si Maira.

Tulisan tu berbunyi .. "Jangan sekalipun tengok cerita hantu, kerana rumah ini berhantu nanti akan muncul hantu"
Anak lukis di dinding kata rumah kami berhantu

Gulp. Ah sudah .. siap ada gambar orang kena gantung. Uhh biar betul si Maira ni ... tetiba jadi risau lak.

Betulkah Berhantu?

Saya pun dapatkan kepastian Maira, kenapa dia tulis ... uh tak ngaku weihh ... haha. Eleh, macamlah saya tak kenal tulisan dia tu ... dan sah-sah dia seorang sahaja anak saya yang paling rajin menconteng di dinding rumah.

"Nala saja je .. kan abah tak bagi tengok citer hantu hari tu .. jadi Nala tulis la .. " kata Maira.

Hmm sebab kerana saya tak izinkan dia tengok cerita hantu, Maira tulis rumah kami berhantu. Uhh .. tapi memang banyak tulisan 'hantu' yang telah si Maira tinggalkan di dinding rumah .. tak terpadam dan tak termampu saya nak ambil kesah.

Isteri saya hanya geleng kepala je sebab banyak tulisan 'hantu' tu ada 'gambar' isteri saya .. haha. Gambar bapak, tak berani nak lukis .. hehehe ..
Tulisan 'hantu' di dinding rumah
Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"
Aduhai anak. Adeh.

Saya tak ada nak marah pun si Maira ni, sebab dia memang salah seorang anak-anak saya yang pandai melukis dan mewarna. Pernah menang hadiah pun kat sekolah, dan kat pertandingan melukis. Mungkin sebab tertumpah bakatnya dari saya tu .. huhu...
[Tips] Nak Beli Rumah Sendiri, Tapi Tak Mampu? Baca Ebook - "Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke?"
Hmm kalau andalah, sebagai ibu bapa .. nak marah tak anak yang suka conteng dinding macam di atas tu ... haha.. ni sebahagian je saya tunjukkan .. ada banyakkkkkk lagi lukisan 'hantu' yang Maira lukis merata tempat di dalam rumah.

Dalam tandas pun ada .. adeh.

COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,278,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,631,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,579,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,29,Kekeluargaan,64,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,242,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,306,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,47,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,475,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"
Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"
Anak saya .. Maira Kata "Rumah Kami Berhantu". Kenapa Maira 'kata' begitu?
https://3.bp.blogspot.com/-uOh5HUr41rc/WUxJUvymkkI/AAAAAAAAhIU/uRoU2_ZYpe4fSl78SlQG_g4lRs6KsCYIACLcBGAs/s1600/rumah-kami-berhantu-.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-uOh5HUr41rc/WUxJUvymkkI/AAAAAAAAhIU/uRoU2_ZYpe4fSl78SlQG_g4lRs6KsCYIACLcBGAs/s72-c/rumah-kami-berhantu-.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2017/06/maira-kata-rumah-kami-berhantu.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2017/06/maira-kata-rumah-kami-berhantu.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy