Saya nak cerita benda yang pertama kali dibuat di rumah saya, iaitu makan nasi di dalam talam. Tetapi, ia bukan pengalaman kali pertama makan nasi dalam talam buat kami seisi keluarga, dah pernah buat dah sebelum ni, beberapa kali di restoran Nasi Arab yang popular di Parit Buntar.

Tapi untuk Ramadan kali ini, isteri saya telah cadangkan untuk buka puasa makan dalam talam. Bila cakap makan nasi dalam talam, terus kami fikirkan Nasi Arab Mandy .. huhu..

Buka Puasa Makan Nasi Arab Dalam Talam di Rumah

Pertama Kali Buka Puasa Makan Nasi Arab Dalam Talam
Pertama Kali Buka Puasa Makan Nasi Arab Dalam Talam
Isteri saya tiada resepi khusus untuk membuat Nasi Arab ni. Dulu ada panduan dalam bentuk CD, tapi ntah mana perginya. Pun begitu, sekarang ni dah mudah .. boleh dapatkan yang segera punya. Hanya beli pek segera Nasi Arab - samada Nasi Mandy atau Kabshah, terus masak je di rumah. Cuma perlu tambahkan bahan mentah untuk lauk, samada ayam atau kambing.

Jadi, disebabkan kami teringin berbuka puasa di rumah, makan dalam talam ... isteri saya pun pergi beli Nasi Arab Mandy segera. Ada banyak jenama dijual di pasaraya. Kat kedai-kedai runcit biasa pun ada yang jual pek segera Nasi Arab ni.

Dalam pek segera Nasi Arab, memang dah siap segala rempah ratus yang penting. Malah, beras mati iaitu bahan paling penting untuk masak Nasi Arab juga disertakan sekali. Maka, tak perlu beli beras .. dah siap dah. Seperti saya katakan tadi, cuma kena cari samada ayam atau kambing untuk dijadikan lauk utama.

Mudah Je Nak Masak Nasi Arab

Cara-cara nak masak pun diberikan. Ikut je arahan satu persatu, in Sha Allah, dah boleh dapat setalam Nasi Arab yang dibuat di rumah.
Rempah ratus membuat nasi arab
Bahan untuk sediakan nasi arab Mandy
Isteri saya masak Nasi Arab Mandy, dengan lauk kambing dan ayam. Guna je rempah ratus diberikan dalam pek. Dalam kurang 30 minit, semuanya dah siap tersedia di dalam talam. Sup pun ada.

Seronok buka puasa makan dalam talam ni. Ia mengeratkan hubungan. Anak-anak saya memang suka je, tak ada berebut apa pun. Mereka belajar cara nak bertolak-ansur, dan paling saya suka ialah, makan dalam talam ni selalu je licin, jarang betul tinggalkan sisa.

Talam Macamana?

Kami gunakan talam plastik je. Jenuh cari talam original yang dibuat daripada stainless steel tu. Tak jumpa pula bila mencari ni .. haishhh ..

Eh. Talam yang macamana? Hidang air tu ke?

Errkk .. bukan talam empat segi tu ye, ni talam bulat yang memang untuk menghidangkan makanan tu. Ala, kalau kat kenduri kendara di kampung, yang masak sendiri tu, yang hidang sendiri, mesti ada talam ni.

Makan dalam talam juga antara sunnah Nabi S.A.W. Banyak manfaat dan barakah yang tersembunyi di sebalik makan di dalam talam ni. Ia merapatkan ukhwah.

Pengalaman Peribadi Makan Dalam Talam Dengan Orang Tak Kenal

Jika ikut pengalaman peribadi sayalah, saya pertama kali berbuka puasa makan dalam talam kongsi 3 orang semasa saya belajar di USM dulu. Buka puasa di masjid USM, jimat. Hari-hari boleh makan Nasi Briyani, kadang Nasi Arab, kadang Nasi Tomato ... semua dihidang untuk 4 orang makan di dalam talam.

Yang masak pula, staff dan sukarelawan masjid. Tukang masak atau chef masjid memang akan ada untuk bantu dari awal sampai akhir. Pernah jugalah saya turut serta memasak di masjid beberapa kali .. huhu .. leh dapat kenal awek-awek cun yang rajin memasak .. hehehe.
[Dah Baca?] Buat Bakeri di Rumah, Jana Pendapatan Sampingan
Pengalaman tu saya ceritakan pada isteri dan anak-anak. Banyak gak derang soal, apatah lagi bila dirasakan pelik buka puasa makan sama-sama nasi dalam talam dengan orang yang tak kenal. Serius. Saya mula tu agak segan juga awal berbuka puasa makan dalam talam ketika itu, tapi redah juga.

Alhamdulillah, dapat jumpa, kenal dan sembang dengan pelbagai orang. Dari yang kecik hingga ke orang tua. Dari rakyat Malaysia sampailah ke warganegara Bangladesh dan Pakistan yang memang ramai ketika tu. Kenangan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Memang best. Syukur dapat merasa pengalaman unik tu.

Kerana itulah, apabila isteri kata nak buat buka puasa makan dalam talam, saya ok je. Lagi-lagi bila isteri saya nak masakkan Nasi Arab Mandy .. huhu.

Alhamdulillah. Nampak macam tak mampu nak habiskan makan nasi yang berlambakan di dalam talam. Syukur, seperti biasa .. licin habis menjilat talam .. haha.

Cubalah kalau anda ada kesempatan berbuat demikian. Tak ada talam, pi la beli ... bukan mahal mana pun.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Paling suka nasi mandy Arab. Lebih sedap dari nasi ayam malaysia.

    Makan talam ni dah biasa sejak belajar di tanah Arab dulu.

    BalasPadam
  2. sedapnya nasi arab..dah lama xmkn..dulu2
    pon selalu mkn dalam talam jg time zaman student.

    BalasPadam
  3. adei..terbuka waktu lunch...ayam dalam talam nampak menari2

    BalasPadam
  4. Kalau dah menjilat talam tak perlu basuh lagi la..

    BalasPadam
  5. dah lama tak makan nasi dalam talam beramai-ramai. seronok sgt perasaan makan beramai2 macam tu kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement