Milo kiub menjadi fenomena di Malaysia, malah ia turut mendapat perhatian di negara-negara jiran Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan juga Singapura. Milo kiub menjadi fenomena kerana bentuknya yang menarik hati.

Saiznya yang kecil sebesar dadu memang nampak sangat kiut. Ada sebab kenapa Milo Kiub dihasilkan sebegitu, in Sha Allah .. menerusi blog post saya ini, anda akan dapat tahu beberapa fakta menarik mengenai Milo Kiub ini.

21 Fakta Menarik Mengenai Milo Kiub Yang Menjadi Tular di Media Sosial

21 Fakta Mengenai Milo Kiub Harus Tahu
Baiklah, saya akan kongsikan kepada anda beberapa fakta menarik yang telah saya kumpulkan menerusi rakan-rakan blogger saya yang ada menjual produk laris ini secara online. Anda pasti terkejut tentang beberapa perkara mengenai Milo Kiub ini setelah anda mengetahuinya.
  1. Milo Kiub atau Milo Energy Cube telah lama wujud dan ianya bukan produk baru Nestle.
  2. Milo Kiub bukan produk tempatan (Malaysia). Nestle Malaysia tidak menjual mahupun menghasilkan Milo Kiub ini. 
  3. Milo Kiub yang dijual di Malaysia atau negara-negara Asia Tenggara adalah merupakan produk keluaran Nestle Nigeria. Ia adalah produk import.
  4. Harga Milo Kiub agak mahal disebabkan ia diimport dari negara Nigeria.
  5. Penghasilan produk Milo Kiub adalah untuk konsumer di negara-negara di Afrika seperti Nigeria, Gambia, Ghana, Cameroon, Uganda, Kenya, Sudan, Afrika Tengah, dan juga Togo.
  6. Berat Milo Kiub tidak sampai pun 3 gram (2.75g) dengan dimensi saiznya cuma 0.8cm x 0.8cm x 0.8cm.
  7. Ia adalah kuib tenaga (10 kiub = 110 kalori) 
  8. Rasanya seperti Milo dalam tin dan manis, cuma sedikit rangup. Ia bukan seperti rasa coklat biasa yang lebih lembut.
  9. Amat sesuai diambil sebelum melakukan senaman atau untuk kembalikan tenaga yang hilang selepas bersukan, membuat kerja-kerja berat.
  10. Boleh mengakibatkan mata anda sukar untuk lelap jika diambil terlalu banyak.
  11. Dianggap sebagai makanan ringan yang lebih berkhasiat berbanding makanan tidbits yang lain.
  12. Milo Kiub di Malaysia banyak dijual di laman sosial seperti Instagram dan juga Facebook.
  13. Ia juga boleh dibeli secara online di laman web shopping ternama seperti Lazada, 11th Street, Qoo10; juga terdapat di laman web Shopee.
  14. Ada dakwa Milo Kiub dihasilkan di Dubai - fakta ini tidak benar.
  15. Milo Kiub boleh terus dimakan dan boleh juga dicampur dengan air atau susu.
  16. Ia tidak cair di tangan, dan hanya akan cair di mulut.
  17. Milo Kiub kekal rangup jika disimpan dalam bekas kedap udara setelah dibuka dari bungkusannya. Jika tidak, ia akan keras.
  18. Kanak-kanak selamat memakan Milo Kiub namun tidak digalakkan mengambilnya terlalu banyak.
  19. Media Singapura melaporkan bahawa produk Milo Kiub akan dilancarkan di sana.
  20. Rata-rata yang menjual Milo Kiub di media sosial mendapatkan bekalan - samada membelinya secara borong online atau menggunakan perantara pelajar-pelajar Afrika yang belajar di Malaysia.
  21. Menurut salah seorang penjual online Milo Kiub, ia juga boleh didapati di pasar Afrika di Pasar Raja Bot (dulunya dikenali sebagai Pasar Chow Kit) - dijual oleh warga Negro Afrika dari Nigeria.
Amacam? Dah banyak anda tahu mengenai Milo Energy Cube ini tak? Mungkin ada beberapa fakta yang dah pun anda sedia maklum memandangkan produk kiut ini sudah jadi tular sejak Disember 2016 lagi.



Ramai yang mempunyai rasa ingin tahu telah cuba mendapatkannya, walaupun hakikatnya ia adalah serbuk Milo yang dimampatkan menjadi kiub-kiub kecil yang sangat kiut.

Bahaya Milo Kiub

Bahaya Milo Kiub ni .. sebab menurut beberapa rakan blogger, ia boleh menyebabkan anda ketagih. Dah rasa satu, nak lagi .. nak lagi ... malah ada yang dapat menghabiskannya dalam tempoh satu malam untuk satu bungkus yang ada 100 kiub kecil!

Dari sudut bisnes, produk ini telah menampakkan permintaan yang amat tinggi sekali dalam kalangan konsumer di Asia Tenggara. Nestle Milo telah menjadi sebahagian dari kehidupan di rantau ini dan menjadi antara menu minuman popular.




Bukan setakat minuman, Milo menjadi antara bahan dalam biskut. kek, serta roti. Malah, ada yang memperkenalkan Milo Dinasour sebagai tarikan unik untuk ke restoran dan gerai makan mereka.

Anda dah cuba Milo Kiub? 

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

5 Komen

tak suka sangat milo kiub ni sbb keras huhuhuhu

Reply

Macam mana pulak kawan boleh tak perasan lazada pun ada jual milo kiub

Reply

Hehehe .. eh ehh .. samalah kita pun tak berapa suka .... haha

Reply

Hehehe.. ramai dah mula jual merata tempat .... dalam Lazada pun seller luar tu .. bukannya ada stok sangat .. kena tengok bebetul

Reply

Belum pernah cuba lagi. Owh kiranya rasa sama je ke dengan milo biasa cuma dalam bentuk kiub. Tetiba teringat kadang milo kat rumah jadi keras sebab x tutup bekas rapat. Kalau ala2 macam ni, selalu kecik2 suka makan.hehe

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.