07 Februari 2017

Bunga Daisy Cantik di Lavender Garden, Cameron Highlands

Cantiknya Daisy di Lavender Garden Cameron Highlands. Bunga daisy adalah sejenis bunga yang sangat cantik yang berasal dari kawasan utara dan tengah Eropah. Jika anda nak tahu, perkataan daisy membawa maksud 'mula kembang pada waktu terbit fajar'.

Bunga ini tergolong dalam keluarga bunga Compositae (sekuntum bunganya terdiri daripada banyak kuntum-kuntum kecil). Bunga daisy melambangkan keikhlasan, kesetiaan dan kesucian. Sebab itulah ramai penggemar bunga menjadikannya sebagai hadiah.

Bunga Daisy Cantik Lavender Garden Cameron Highlands

Bunga Daisy Cantik Lavender Garden Cameron Highlands
Jika anda ada baca blog post sebelum ini, tentu anda sedar yang saya dan keluarga telah pergi bercuti family retreat ke Cameron Highlands, seminggu apabila sekolah dibuka pada awal tahun 2017.

Kami ke Cameron Highlands menyewa sebuah banglo bermalam di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands. Dan percutian kali ini, kami telah bawa sekali dua keluarga yang agak rapat dengan kami - iaitu pasangan suami isteri usahawan Bekam di Parit Buntar dan juga keluarga angkat Maira (anak bongsu saya).

Salah satu destinasi cuti yang kami telah pergi dan singgah ialah Taman Lavender Cameron Highlands.

Inilah pertama kali saya, isteri dan anak-anak ke Taman Lavender ini. Sebelum ni hanya lalu sahaja ... hehehehe... uh bunga je kot .. haha.
[Baca] 4x4 Safari dan ATV di Cameron Highlands
Tapi bila dah masuk ke Taman Lavender atau lebih dikenali sebagai Lavender Garden Cameron, barulah saya tahu bahawa ia satu destinasi yang unik dan menarik untuk dikunjungi terutama buat pasangan yang baru berkahwin dan juga keluarga .. huhu.

Saya fikir, siapa yang minat bunga-bungaan segar, pasti akan sukakan tempat ini.
Bunga Daisy Cantik Lavender Garden Cameron Highlands
Bunga Daisy Cantik Lavender Garden Cameron Highlands
Bunga daisy adalah antara bunga yang banyak terdapat di taman ini. Ada pelbagai jenis bunga daisy ditanam dan dibiarkan hidup subur. memang melayan mata dengan warnanya yang terang dan cantik.

Bunga Daisy Ada Banyak Jenis & Ada Khasiat Tersendiri

Pokok bunga ini berbunga sepanjang tahun dan mudah membiak. Ada banyak jenis bunga daisy. antaranya ialah Spanish Daisy, Blue Daisy, Lazy Daisy atau Prairie Daisy, African Daisy, Michaelmas Daisy, Swan River Daisy, Tatarian Daisy, Painted Daisy, Paris Daisy, Shasta Daisy, Crown-Daisy, Ox-eye Daisy, Nippon Oxeye Daisy, Giant Daisy, African Daisy, Kingfisher Daisy, Sunshine Daisy, Gerbera Daisy, Transvaal Daisy atau Barberton Daisy, Tahoka Daisy, Livingstone Daisy, Gloriosa Daisy, Dahlberg Daisy dan Butter Daisy. Jenis yang paling popular ialah Shasta Daisy dan African Daisy.

Dan kalau anda nak tahu, pokok bunga ini ada khasiatnya tersendiri. Daun dan kelopak bunga ini boleh dimakan  dan dipercayai boleh merawat dan menyembuhkan penyakit tertentu terutamanya sakit tekak dan sakit perut.
Bunga Daisy Cantik Lavender Garden Cameron Highlands
Bunga Daisy Cantik Lavender Garden Cameron Highlands
Walaupun cara menanam pokok bunga daisy amat mudah iaitu dengan menabur biji benih asalnya dari bunga, ia hanya boleh hidup di kawasan yang bersuhu dingin seperti Cameron Highlands.
[Baca] Buat Duit Rakam Video Bunga dan Muat Naik di Youtube
Kalaupun ia tumbuh di kawasan biasa, bunga yang terhasil kurang cantik dan tidak menyerlah.

Jadi, kalau anda nak layan bunga-bunga daisy yang cantik lawa, boleh singgah di Lavender Garden Cameron ini. Pastikan anda bawa kamera ... supaya boleh berposing dan ambil gambar bersama bunga daisy cantik .. huhu.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen Bunga Daisy Cantik di Lavender Garden, Cameron Highlands

Memang bunga2 kat Cameron Highland ni segar segar semuanyaa. Warna warni pulaktu. Sangat cantik.

...oh flower. i will always adore daisies.

Assalam.... nice blog ! suka jalan-jalan sini.. jemput jalan-jalan kat blog Killa pula ye? www.syakillaazam.my


EmoticonEmoticon