4x4 Safari dan ATV - Tarikan Terbaru di Cameron Highlands

4x4 Safari and ATV Cameron Adventurous - Tarikan Terbaru di Cameron Highlands. Baru-baru ini, saya dan keluarga telah ambil peluang cuti hujung minggu untuk naik ke Cameron Highlands, Pahang. Sudah setahun lebih, kami tidak bercuti ke sini. Untuk pengetahuan, Cameron Highlands merupakan destinasi percutian wajib kami anak-beranak saban tahun. Dan menariknya, ada sahaja benda baharu di Cameron Highlands, dan terkini adalah servis 4x4 Safari and ATV yang terdapat di Kuala Terla, iaitu di kawasan ruang parkir Cameronian Tea.

Saya dan keluarga tiba lewat petang di Cameron Highlands, sekitar jam 5 petang setelah bertolak dari Penang pada jam 3 petang iaitu sebaik sahaja abis sholat Jumaat 29 Julai 2016. Isteri saya telah menempah penginapan selama 2 hari 1 malam di Hotel Snooze, Brinchang dan kemudiannya 2 hari 1 malam di Apartment Hotel Copthorne, Kea Farm. Jadinya, kami bercuti di Cameron Highlands adalah selama 3 hari 2 malam di dua buah hotel penginapan yang berbeza.

Semua tempahan hotel kami gunakan khidmat tempahan hotel online di Agoda. Alhamdulillah, kami mendapat harga sewa semalam yang berpatutan setelah membandingkannya di beberapa laman web lain termasuklah Trivago yang nyata harga diberikan sedikit mahal (pada kali ini).

4x4 Safari and ATV Cameron Adventurous - Tarikan Terbaru di Cameron Highlands

4x4 Safari and ATV Cameron Highlands - Tarikan Terbaru di Cameron Highlands
Ok, berbalik kepada cerita asal iaitu mengenai tarikan rekrasi 4x4 Safari and ATV yang terdapat di Kuala Terla, Cameron Highlands. Perkhidmatan ini disediakan oleh Cameron Adventurous. Ada 3 pilihan rekrasi disediakan:

  1. Menaiki kenderaan 4x4 Safari, merentasi kawasan ladang teh yang luas di Cameronian Tea.
  2. Sewaan ATV Safari tunggang sendiri untuk jelajah kawasan ladang teh Cameronian Tea.
  3. ATV Extreme tunggang sendiri tetapi di laluan yang lebih mencabar di kawasan ladang teh Cameronian Tea.
Untuk merasai keseronokan riadah ini, anda boleh terus ke perhentian Cameronian Tea yang terdapat di Kuala Terla. Lepas penat .. boleh pekena teh tarik istimewa berharga RM5 ... hhohoho...

Ramai juga pelancong asing dan tempatan yang dah cuba tarikan terbaru Cameron Highlands ini, termasuklah pelakon dan pengarah Rushdi Ramli.

Caj atau Bayaran Cameron Adventurous

Untuk rasai pengalaman menaiki kenderaan 4x4 Safari ini, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM10 seorang. Yang ATX tu, ia datang dengan pakej rasanya .. iaitu RM35 seorang.
4x4 Safari and ATV Cameron Highlands - Tarikan Terbaru di Cameron Highlands
4x4 Safari and ATV Cameron Highlands - Tarikan Terbaru di Cameron Highlands
Saya dan isteri tak dapat nak mencuba kerana pada waktu kami tiba .. masa sudah agak lewat. Lagipun, pakaian pun tak sesuai untuk melakukan aktiviti yang ganas-ganas ni ... dan waktu kami tiba, gerimis telah mengundang. Jalan pun nampak basah.

Mungkin di kesempatan lain. Apa yang kami sempat cuma bergambar sahaja .. ekekkeke...

Kawasan jelajah untuk Safari Cameron Highlands juga agak luas ... boleh refer pada peta di bawah ini.

Jadi, kalau anda ke Cameron Highlands, nak mencari satu pengalaman baru bolehlah cuba Cameron Adventurous ini. Manalah tahu, boleh dapat apa-apa parut untuk dikenang .. hehehe....

Jika nak info lebih lanjut, anda digalalakkan untuk Google .... in Sha Allah, anda akan jumpa. Atau boleh sahaja lihat laman web mereka di sini - http://cameronadventurous.com/

Selamat bercuti.

p.s: Nanti saya nak update dalam entri terbaru tips atau cara nak dapatkan sewa hotel murah di Cameron Highlands, menggunakan Agoda.

2 comments.. read them below or add one

Servis Bina Website Servis Bina Website August 06, 2016
Best nih....kalau sape sukakan cabaran boleh la try... :D
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah August 08, 2016
Pergi sana nanti boleh nak cuba juga. Macam best.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.